Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nuwairatul Iman

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label sedap. Show all posts
Showing posts with label sedap. Show all posts

Jun 10, 2012

Dadih orang kite :)

Dah lama Muadz minta ibu buatkan ni tapi kesibukan ibu telah melambatkan aktiviti buat dadih ni .. alhamdulillah, last week opah bagi tupperware isi dadih ni, ( mekasih opah ... erkk mcm upin ipin plak ), dapat la ibu buat dadih mangga feveret anak-anak ibu especially si muadz yang sangat suka makan manis2 ni .. ( geraaaaaammm sangat, puas nasihat jgn makan menda merapu, tapi biasalah budak-budak, sungguhpun begitu, dengan ibu mmg bertuah la kalau dapat jajan, gula-gula dsb yang mmg diragui kehalalannya .. dgn org lain, ibu hanya dapat bagi lirikan mata 'manja' je .. )



Penangan susu ibu rasanya ---> si mus'ab ni mmg tak berapa minat jajan, gula-gula dan menda-menda haru biru ni .. die lebih berminat nasi, lauk-pauk, air kosong. Alhamdulillah. Mungkin sbb masa full bf dulu dia banyak rasa menda2 gini kot. Compare to Muadz yg minum susu botol, dah biasa sangat rasa menda manis-manis. Aduhai anak ibu ..

 Ni la hasilnya yang belum dibekukan. 

Ibu guna dadih buatan org Islam. Sedappp !! Nyumm nyum.

Memang tak manis. Dah siap susu, gula, gelatin semua dalam 1 bungkus. Masak air. Tuang serbuk campuran tu. Buh perasa. SIAP !! 3 step je. 

Kalau tak sedap memang ibu tak introduce. Sebab ibu pun bukan suka anak-anak makan menda manis-manis ni. Tak manis dan ada susu which is good for them jugak kan. This one mmg sedap sangat. Previously ada try brand lain buatan muslim juga tapi tak berapa nak best. Sapa nak ni boleh habaq sbb org yang buat ni duk Kulim .. dekat ngan rumah parent in law je.

Minggu bermalas-malasan

Waaa .. bestnye cuti. Walaupun tak dapat cuti full-day tapi dapatla rehat sket sbb encik abang kate tak payah masak .. jadi bule la makan luar weekend ni. Almaklum la tetiap ari masak, i pun teringin nak rasa air tangan org lain. Air tangan suami je jarang dapat .. hihi 

Tapi walaupun begitu, nak share jugak this few days punye menu untuk tatapan kengkawan :) 

 Ni menu takda idea namanya : Sambal sardin + bening 'sayur popeye' + telur dadar

 Minum petang + dinner = Burger ayam + hash brown ( sorang separuh ..jimat .. hihi )

 Cubaan pertama buat nasi dagang : tak berapa nak jadi .. tapi encik abang makan tambah la jugak :)
nasi dagang + gulai ayam + acar timun + ayam goreng ( utk anak-anak )

 Sekian, terima kasih. hihi .. 

Wahai encik abang, saya nak gi holiday ... hwaaa .. penat dah duk umah nih .. 


Jun 6, 2012

Udang Masak Serai Pedas

Semalam bukak fridge nampak udang .. ermm nak masak ape yek ?? pk punya pk punya pk .. tak dapat idea juga, akhirnya pe lagi search tenet, jumpa resepi udang masak serai inspired by Ajwin Ajeera . Nampak best nih. Pe lagi, serai ada, daun limau purut ada .. nyum nyum .. keluarkan semua bahan dari fridge .. 10 minit .. siappp !!!


 Bahan utama - udang segar nyum nyum 

 Bawang merah, bawang putih, cili api (banyakkkk !! )

Serai + daun limau purut

  
Kacang panjang - Saja tambah sbb maleh nak masak sayur dah. 

Cara masaknye senang je. Tumis bawang-bawang. Dah wangi tumisan tu, masukkan udang dan terus masuk kacang. Campur air sket kalau nak berkuah. Tunggu kejap dan siappp !! 
Cik abang pun makan laju je. Licin. 

Menu tengah hari : Nasi panas + ayam goreng + udang goreng serai + ulam timun 

Ni la hasilnya - Mavelesss 

 Ulam timun

 Ni minum petang kami - Kuih cara kaler kaler inti gula 

Kuih cara 3 rase - pandan, oren n yum .. sedap ke ?? ermm cuba jaya je .. :)

Jun 5, 2012

Home made sushi

Weekend lepas, atas request daripada anak-anak, suami dan adik-adik, ibu menggagahkan diri sediakan sushi untuk mereka. Tak la sesedap sushi kedai, tapi boleh la sekadar nak melepaskan rindu makan sushi dan yang paling penting insyallah dijamin HALAL. Untuk pengetahuan, ada sebuah kedai di sini yang menjual bahan-bahan masakan jepun .. kedainye kecik je tapi semua barang ada. Ikan seperti maguro pun ada dijual. Yang paling best, dia jual sangat murah berbanding jusco. Ice cream yang selalu ibu beli RM10 die boleh jual RM6. Miso paste yang selalu mengandungi alkohol, dia ada jual yang non-alkohol. Waaa ape lagi, memborong sakan la ibu. Kengkawan yang teringin nak ape-ape boleh gitau, ibu boleh tolong tgkkan.  

So, ni la hasilnya ... 

 Persediaan bahan-bahan dan peralatan

 Yaki tamago aka telur goreng 

 Ebi furai aka udang goreng tepung

 Gohan aka nasi yang dah dikepal guna acuan sushi

 Yaki tamago sushi yang dah siap

 Ebi furai sushi - favorite cik abang dan anak-anak

 Maki zushi aka sushi gulung 

 Maki zushi yang dah siap - telur, tuna, sosej, udang, telur ikan, timun dan salad

Budak kecik yang tak dapat makan sushi :)


Apr 5, 2012

Lauk berpantang ringkas berkhasiat

Memang ringkas. Sayur campur masak 'bening' = sayur rebus + ikan tenggiri goreng. Alhamdulillah licin suami dan anak-anak makan. Terpaksalah anak-anak dan suami berpantang jugak. Maafkan ibu ye.

 Brokoli + lobak putih + carrot + ikan bilis goreng .. yummy !

Ikan tenggiri goreng

Menu Esoknye !

 Tauhu masak kicap + lobak putih

Kebanyakan menu berpantang saya mesti ada lobak putih ye. Kenapa lobak putih penting ??? Ye betul !! Nak bagi banyak susu. Ade org kata lobak putih sejuk. Tapi alhamdulillah saya makan ok je. Cuba dulu baru tahu ok ke tak di badan sendiri ye.

Sponsor Kami