Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nuwairatul Iman

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Jan 25, 2010

Holiday

Orang kata bagi family yang ada anak-anak belum sekolah, bawaklah diorang bercuti bukan musim cuti sekolah. Memandangkan kami satu family ni dah lama tak pergi bercuti, rase ceciwi la pulak nak balik kulim minggu lepas. Bukan anak-anak yang ceciwi ... mak ayah yang excited tak ingat.

Aku memang dah lama tak berkelah sejak adik bongsu dah membesar nih,bapak malas dah nak bawak pegi waterfall, wet world and so on. So, we decided to go to Bukit Merah Lake Town. Yang lagi best kami stay one night kat sana. Dengan kata lain, lebih rilek untuk mandi manda.

So, these are few pics to share! ... whupppss, kami pergi satu keluarga belah abang.. with atok, opah, maklong, abang danial and tokcik. Seronok betul walaupun penat melayan tentera-tentera atok and opah yang dua orang tu ...














Waiting for entrance. Arrived before 10am. Punyelah excited !




















Bebudak ni lagi la excited !














Takcaya tengok tu !

Pelampung hero-hero tu ibu belikan sehari sebelum bertolak, di Nilai 3. Kalau tak, sure kena pau kat sini. Bankrup ibu...hehehe... sape bijak??


Jan 23, 2010

Formula nak tidurkan anak-anak

Ibu masih belum dapat formula untuk menidurkan dua putera kesayangan ibu nih. Setiap kali nak tidur tengahari mesti problem. Bukan apa, memang sejak kecil ibu manjakan si abang nih ... setiap kali nak tidur mesti ibu peluk cium sampai abang tertidur sambil berbual-bual dengan dia. Bila adik dah ada, abang masih mahukan peluk cium ibu.

Masalahnya, selagi adik tak tidur, ibu tak boleh tinggalkan adik sendirian sebab adik mesti nangis. Adik pulak 24 jam nak melekat dengan ibu. Jadi, ibu selalu pesan dengan abang suruh abang diam supaya adik boleh cepat tidur dan ibu boleh peluk abang ...

Malangnya ... abang tak pernah nak faham nasihat ibu tu ... dia sangat suka mengeliting tepi tepi adik, kejap kejap cium adik. Paling tidak pun, membebel bebel tepi telinga adik ..

MACAM MANA ADIK NAK TIDUR ???

Akhirnya, abang pun tak boleh tidur sebab adik tak boleh tidur ...

Arghhhhh tensyennye !! Ade sesape yang tahu formula nak tidurkan anak-anak waktu siang ?? Malam takpe, ayah ade .. so tugasan menidurkan abang boleh diserahkan pada ayah ..( walaupun kekadang failed jugak !! ) .. Ermm anak-anak ni kan .. ape ape pun nak carik jugak bau ibu.

BANGGA PUN ADA JUGAK !! ... :)

Jan 13, 2010

Adik mana ???

Hari ni ibu sibuk sikit menguruskan macam-macam perkara. Kebetulan mbah dan maktok datang rumah. Biasalah orang tua kami memang rajin datang rumah, melawat cucu. Rindu bangat la tu. Baru sehari dua tak ke sana, insyallah mesti diorang yang ke sini. Alaah tak jauh mana pun Bandar Baru Bangi dengan Bandar Bukit Mahkota nih. Adalah dalam 20 minit naik keta. Tapi tol pegi balik RM2.80 jugaklah.

Disebabkan ibu tak menang tangan hari ni, terpaksalah ibu mintak tolong maktok bawak balik abang ke sana. Tapi jauh disudut hati, berat sebenarnya nak bagi si abang tinggalkan ibu dan adik di rumah tapi nak buat macam mana. Si abang pun memang pantang tengok mbah start kereta, dia mula lah menggedik nak ikut. Kali ni ibu terpaksa izinkan mbah bawak abang balik.

Tapi ibu perasan, masa abang dah naik kereta kat luar pintu pagar tiba-tiba muka si abang dah berubah. Agaknya dia baru perasan yang ibu dan adik tak ikut. Tapi disebabkan keinginan yang amat sangat si abang ni nak naik kereta, dia let go je perasaan tu agaknya ...

Kata maktok abang cari adik dan ibu kat sana tadi ...

" Adik mana ?? Ibu mana ?? " Si abang baru sedar yang dia rindukan adik dan ibu .. tapi nak buat macam mana. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta sape peduli ... terpaksa lah si abang tunggu sampai malam baru mbah hantar dia balik BM.

Tapi hakikat sebenarnya .... IBU PUN ANGAU JUGAK PTG TADI !!! hwaaaaaa ...

Jan 11, 2010

Kisah abang dan adik

Kisah si abang dan adik ni memang memeningkan aku. Oh ye sebelum ape ape elok aku perkenalkan dulu si abang dan si adik serta serba sedikit mengenai mereka berdua nih ..

Si abang >> klik sini


Si abang ni namanya Muhammad Muadz. Umurnye 2 tahun 2 bulan lebih kurang. Tapi keletahnya mengalahkan budak umur 3 tahun. Geram betul dibuatnya. Kekadang rasa nak ketawa kekadang rasa geram nak gigit pun ada. Pantang ibu dan ayah salah sikit semua nak ditegurnya .. ' Allah marah ' , ' Ayah...tersilap tu' atau paling tidak pun bila si abang nak meluahkan rasa tak puas hati dia sekadar menjerit ' Ayah ni !' tak pun 'Ibu ni!' ... Sabar je la ...

Si adik >> klik sini


Si adik ni pula namanya Muhammad Mus'ab. Umurnya baru nak masuk 2 bulan. kecik lagi. Tapi dah pandai jugak tunjuk kelaku. Almaklumla ibunya tak kerja. Manja terlebih la tu. Asyik nak melekat je. Orang tua-tua kata jangan ajar berdukung nanti naik lemak. Tapi tak ajar pun. Memang dia susah nak letak la .. geramnya .. satu kerja pun susah nak settle .. tapi takpela orang pun faham ade baby memang camtu la gayanya ..

Setakat ni dulu la ibu nak bercerita tentang si abang dan si adik. Insyallah nanti dah besar boleh la diorang berdua bace balik gelagat masing-masing kat blog ibu diorang.

Ermm .. lame jugak aku maintain blog ni .. Since 2004 .. wuishhh ! Takpe untuk tatapan anak-anak ibu nanti ... Sayang anak-anak ibu ... * ayah jangan jeles ye !

Dec 24, 2009

Kumiliki Segala

Alhamdulillah... hanya itu satu-satunya kalimah yang mampu aku luahkan dengan ketibaan tahun baru 2010 ini. Dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata, kurasakan sungguh bahagia. Sangat bahagia. Walaupun terlalu sibuk dengan karenah dua putera tersayang, aku gembira dan bersyukur kini kumiliki zuriatku sendiri...alhamdulillah.

Dalam kesibukanku melayari bahtera rumahtangga, tanpa aku sedari hanya 2 posts yang mampu aku nukilkan untuk tahun 2009 ini. Wah, busynye aku .. orang lain pun busy juga... tapi insyallah tahun ini aku lebih tenang kerana segala yang kuimpikan telah ada didepan mata, hanya tunggu diaplikasikan.

Alhamdulillah, tahun 2009 merupakan tahun persediaan buat kami sekeluarga. Bulan 4 yang lalu, kami dah selamat berpindah ke rumah baru setelah hampir 2 tahun menanti untuk siap diduduki. Agak jauh dari pusat bandar dan memang itu menjadi impian aku dan abang. Bukan apa, rimas dengan hiruk pikuk bandar. Di mana? Di Bandar Bukit Mahkota. Kalau sebut BBM memang orang tak kenal tapi kalau sebut Bandar Seri Putra, insyallah orang tahu. Di kawasan yang samalah tu. Dah lebih setengah tahun kami menetap di sini dan alhamdulillah suasananya seperti yang diimpikan kami berdua. Kawasan yang tenang dengan kehadiran jiran tetangga yang baik dan saling mengambil berat antara satu sama lain. Aku bersyukur kami diberi peluang memiliki rumah sendiri seawal usia ini dan kuharapkan agar Allah permudahkan kami sentiasa.

Alhamdulillah, tahun 2009 ini juga kami menyambut kelahiran seorang lagi ahli baru dalam keluarga ini. Muhammad Mus`ab sentiasa dinanti oleh abangnya Muhammad Muadz. Aku sentiasa berdoa agar mereka menjadi anak yang soleh dan sentiasa mendoakan kedua ibu bapa mereka. Mus`ab dilahirkan pada 20 Nov 2009 jam 5.30ptg dengan berat 3.1kg secara normal. Alhamdulillah aku berjaya juga mengeluarkannya setelah bertarung nyawa hampir sejam. Dan kini berat Mus`ab dah 4.1kg dengan hanya minum susu badan. Setelah kegagalan aku menyusukan Muadz  secara ekslusif dulu, aku berazam untuk menyusakan Mus`ab sepenuhnya. Walaupun pelbagai dugaan datang, aku kuatkan azam dan alhamdulillah lega akhirnya aku dapat memberikan sepenuhnya susuku buat anak tersayang.

Rasanya cukup sampai disini dulu. Harapanku agar aku diberi sedikit masa terluang lagi untuk aku terus menulis di ruang yang tak seberapa ni lagi... wassalam.

Jan 7, 2009

Setahun 2 bulan !!

Lamenye aku tak menulis, sibuk sangat. Alaaa macam aku sorang je sibuk, orang lain pun sibuk keja, orang lain pun jaga anak, ape yang sibuknye ?? Ermm, muzukashii ne ....

Takpe la malas nak citer pasal sibuk sebab semua pun sibuk jugak kan .. lame tak citer pasal muadz kan. Alhamdulillah, hari ni cukup setahun 2 bulan si kecik aku tu. Last monday, aku try hantar muadz ke skool .. kejap je .. main dengan kawan-kawan, pendek kate macam playskool la.

First day dia sangat memilukan. Saat yang aku takleh lupa masa aku nak ambik die kat skool tu. Once die nampak je aku tutup pintu keta, die nangis sekuat-kuat hati siap sedu-sedan lagi .. maklumla tak pernah berpisah dengan ibu. Sayu sangat aku tengok die. Rase tak sampai hati. Aku dapat bayang sepanjang di skool dia nangis sebab biasanya kalau aku tinggal kejap ade urusan luar pun mak kate die nangis je carik ibu.. Aduhh tak sanggup rasenye nak hantar on the 2nd day.

2nd day pun sama .. menangis je mase nak hantar and nak amik. Tapi alhamdulillah 3rd day, HARINI .. nampak dah semakin ok. Tak nangis sangat dah walaupun jebikkkk jugak mase nak amik .. esok insyallah OK kot .. hopefully ..

Aku sangat excited bila flash card yang aku buat untuk muadz successful .. hehe .. flash card pertama muadz aku tampal gambar-gambar famili terdekat yang seperti atok, opah dedua belah serta semua adik beradik aku dan abang. Aku selallu tunjuk flash card tu bila that person ada dengan dia.. last few months bila aku tunjuk, die pandang that person and smile and finally semalam aku tunjuk lagi and he took the card and gave to the actual person in the card .. hwa hwa hwa .. excitednye aku..

Okla kot.. sampai sini dulu. ntah bile dapat tulis lagi pun aku tak sure. Hopefully boleh kembali aktif.. tapi nak dapat pegang pc pun bercinta..hehe.. tapi takde sape pun nak bace blog aku ni.. aku sorang je bace..

till then, minasan !

Sep 2, 2008

Sibuk

Bulan 8 tahun 2008 ... bulan yang paling sibuk bagi aku dan abang telah pun berlalu, alhamdulillah .. segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.. actually di pertengahan bulan 7 pun kami dah mula sibuk dengan pelbagai program keluarga .. setiap minggu ade aktiviti keluarga .. kalau bukan side abang yang datang memenuhi teratak kami ni, side aku pulak yang berkumpul di sini. Pendek kata memang takde satu weekend pun tanpa tetamu di rumah.. ( Actually sejak lepas kahwin pun memang rumah kami sentiasa ada tetamu ... tak pernah lekang .. ade je sedara mara datang .. ) Mengikut perkiraan aku, dalam setahun .. paling banyak pun 10 weekends je la kot rumah kami free dari tetamu .. hihi .. bayangkan how busy we are .. aku tak pasti la orang lain macam mane .. dan aku sendiri tertanya-tanya adakah kebanyakan famili face menda yang sama macam aku ni ? Kekadang sampai nak beli barang dapur pun tak sempat .. finally, weekdays malam baru sempat ke kedai .. macam pelik tapi ntah la .. betul ke pelik ? atau mungkin menda ni biasa ...

Ermm .. mula mula dulu terase jugak la penatnya .. tambahan pulak aku masih kerja .. dan mungkin this is one of the reason why I resigned and decided to be a professional housewife huhu .. senang aku nak tumpukan perhatian pada kerjaya dan rumahtangga .. alhamdulillah keputusan yang aku buat ade baiknya .. aku dapat bagi sepenuh masa aku buat suami dan anak, di samping aku dapat berkerjaya dari teratak buruk aku nih .. macammana ?? Ermm dengan pengalaman kerja dan masa yang ada untuk buat some reseaches, alhamdulillah takde yang mustahil .. and I was quite suprise when I can have and do what I want even from home ...

Muhammad Muadz dah pandai melangkah .. selangkah dua .. dah pandai mengajuk .. pantang cakap lebih sket mula la mengajuk dengan bunyi die laaa yang aku pun tak baper nak faham .. die suka sangat main " puk amai-amai " ... bile die dah pandai main ni aku plak yang seronok .. geram pun ade tengok telatah die mengacah aku dan abang .. tapi seperti biasa nak tidur memang susah .. asyikk nak mainnn je .. even takde toys pun die sanggup bersengkang mata panjat ibu dan ayah die .. suruh layan sampai die mamai .. eiiii geramm pun ade ..

Anyway ... dikesempatan ini, kami sekeluarga mengucapkan Salam Ramadhan buat semua dan semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang lepas dengan penuh limpah rahmat Allah SWT, Insyallah ..

With Love,
Mila

Jul 16, 2008


My little Muhammad Muadz is 8 months old .. alhamdulillah ..

His development is getting faster ... tak sempat nak catit dalam diary dah .. everything is going soooo fast !

  • His weight is around 8-9kg which is normal for his age .. alhamdulillah .. tapi letih jugak la nak dukung .. I always bring carrier because he prefers carrier then stroller especially kat supermarket sempit sempit .. kalau alamanda kerrr .. stroller should be OK for him sbb luas mata memandang .. ( pandai memilih jugak anak aku sorang nih .. )
  • He will put everything inside his mouth .. people says " Nevermind .. he is exploring .. " .. ermmm susah ati jugak sebab takut termasuk menda yang tak patut ... die sangat suke mengemas pinggan mangkuk kat rak dapur dan jugak pasu pasu kecil yang ibu susun atas rak TV ... erghhh penat nak susun balik after he done his 'job' ..
  • He doesn't like to be in a car for more then 15 minutes unless ibu pasang child song which bought by his 'atok angkat jepun' tu .. ade lagu anpanman, doraemon, sakana jusco and few more .. ibu dah hafal dah pun lagu lagu tu .. selalu sangat dengar ..
  • My Muhammad Muadz tak boleh nampak ibu ... die akan meraung sekuat ati .. tak boleh nak pujuk langsung .. even ayah ke atok ke opah ke ... ( ermm keras ati jugak anak aku nih .. ) .. so kalau ade sesape nak main ngan die .. kena make sure ibu kena lari dulu pi mana mana .. kalau takkkkk .. die nak melekaaaaaattt je ..
Ok la sekian dulu kisah si Muhammad Muadz yang dah besar nih ... tu dah bising la tu .. nak melekat ngan ibu ..

" Sabar la sayang .. ibu nak off PC dah ni .......... "

Jul 11, 2008

News

Until last few months my favorite TV program was NEWS ... After work, going home .. performed solat and everything .. I will prepare our dinner while listen to the news ( mostly on TV3 news la kan .. ) Time tu, they were so much talking about Malaysian issues ( not politicsssss issues ... ) ... banyak jugak la citer masalah rakyat, kemalangan jiwa and wutso ever ... of coz la nak tengok perkembangan terkini negara .. even kat Jepun dulu pun I watched news nak tahu ape ape menda baru yang penting-penting even I am not fully understood what they were talking about .. the main point is they talked about what we want to know ...

Nek Emo sket ...

But lately ... ( not sooooooooooooo lately laaa ... ) ... lepas 'KALAH' aritu, they start talking nonsense ... kerajaan negeri salah itu ini .. ade je yang tak kena .. hellooooo ... mase kitorang bagi mandat tanak buat bebetul .. dah kalah baru nak kondem org lain .. kalau betul sangat apesal KALAH ???? desho .. Ermmm this is not because I am with the other side ke ape .. tak kisah la tu .. tapi rase dah meluat sangaaattt tengok NEWS sekarang nih .. bias sangaattttt ... baper banyak la korang dapat untuk cakap menda menda nih ??sudah sudah la tu ... lets talk about Malaysian social problems .. nape banyak kes curi ?? nape banyak kes bunuh sekarang ?? do some research la weih before saying those nonsense things .. rakyat dah penat dengar menda politics nih .. cost of living naik .. rakyat perlu duit .. they will do anything to get some money to get food ... you all never pay for petrol, toll, electricity and wutever ... pls think about rakyat laaa .. dont say government did so many GOOOOOD things and all rakyat agreed with that .. yang di interviewed semua setuju ape you all buat .. cube la interview yang negative same .. ape salahnye .. bagi peluang rakyat bersuara .. susah sangat ke ??

Sori terEmo plak .. saje je .. nak meluah perasaan .. dah jadi housewife ni lebih la sket tgk tv and bace di internet .. pastu everytime news citer pasal kerajaan negeri tak tunai janji laaa .. kes liwat laa .. kes altantuya dah diam dah .. aiiii nak alih konsentrasi rakyat ker ?? pandai betul politician ni kan .. tak kisah laaa .. kubur lain-lain .. pandai pandai la jawab nanti .. rakyat tanak tahu semua tu .. kami nak hak kami sebagai rakyat je ..

betul tak kawan-kawan .. hehe

Sponsor Kami