Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nuwairatul Iman

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Sep 10, 2013

Ada gaya jugak si Muadz nih

Tengok gaya renang si Muadz ni, okla jugak not bad dpd ibu langsung tak pandai renang .. 

Seminggu sekali ke 2 kali mmg kami satu famili akan ke Swimming Pool Seberang Jaya tu .. Kolam nya saya bagi 9/10 bintang .. memang best .. Rasanya kalau belah belah sini dah kira best mcm kat Putrajaya .. yang lagi best, kolam budak kat ni punya la besar. Orang pun tak ramai. Memang puas lah kami anak beranak berendam dalam tu. 

Nukman tanpa pelampung pun boleh pusing kolam rilek je xmo pegang2. Nak tengok luas tak luas .. ni aa .. ni baru kolam dewasa. Ada 2 lagi kolam sebesat ni jugak kat tepi saya duk berdiri amik gambar tu. Bayangkan ... 

Tiket murah je :-

Adult : RM3
Kids : RM1.50

Masuklah lama mana nk masuk. Ari jumaat tutup. tghari sampai kul 4 tutup. 




Sep 8, 2013

Oh My English !

Hari ni separuh hari setelkan kelas English Muadz & Musa'b di Perda. First time jumpa teacher Norma. Alhamdulillah die sangat baik dan reliable untuk jadi cikgu anak-anak saya. Memandangkan Mus'ab belum khatam Bacalah Anakku, it is advisable that he starts with Bacalah Anakku first, then baru start Read Easy. So, keputusannya Muadz with Read Easy, while Mus'ab dengan Bacalag Anakku. Tak kisah la mana-mana pun as long masa anak-anak ibu tak terbuang gitu aje .. Penuh dengan aktiviti yang diorang minat. Nak komen ape ape, nanti saya citer kenapa saya padatkan aktiviti diorang .. sekarang tak berapa nak sempat sebab dah lewat malam nih .. menaip pun mata nak terkatup dah .. hehe 





Ni la hero kesayangan ibu .. Muadz, Mus'ab dan Nukman .. tengok pun tau betapa strugglenya ibu ayah dengan mereka mereka nih .. semoga anak soleh ya ! :) 

Aug 29, 2013

Semangat menulis kembali menerpa jiwa .. chewah !

Assalamualaikum wrt,

Esok GENAP 11 BULAN saya bercuti dari menulis di blog kesayang yang sudah bersawang nih. Aduhai sayangnya. Sejak tahun 2004 saya menulis, tiba-tiba tergerak hati semula untuk menulis. Rasa rugi sangat terlepas kisah-kisah comel anak-anak saya bertiga kerana kesibukan ibu mencari rezeki buat mereka.

Ah, tak boleh dibiarkan begitu aja ( fikirku sendirian ) .. alhamdulillah diberi kekuatan dan semangat untuk bangkit dan menulis semula di sini.

Walau saya yakin bukan ramai pun viewer blog ini. Tapi niat asalnya bukan lah untuk tatapan umum. Sekadar bual bicara seorang ibu bersama suami dan 3 orang anak tersayang .. jika ada yang sudi menbaca, alhamdulillah .. silakan .. tak ada apa yang menarik pun di sini .. cuma kisah suka duka yang saya ingin simpan sebagai kenangan buat anak-anak bila saya dah tiada nanti .. :)

Salam rindu dari saya buat semua sayang-sayang saya ... 

 Raya 2012

Psst .. raya 2013 gagal mendapatkan pose menarik .. almaklum semua dah besar panjang ! :(

Sep 30, 2012

8 tahun yang lalu ...

Awal tahun 2004 masa tu .. senpai (senior) duk tanya, korang dah ada blog ke belum weh ? Erkk, ape ke benda blog tu .. Saya yang buta IT ni memang tak tahu menahu la ape benda blog tu. Disebabkan saya rasa programming yang nampak macam cacing kerawit tu  sangat susah la, saya tak amik IT kat Jepun dulu. Lepas sorang-sorang senpai mula bukak blog. Sampai la ke satu blog senpai ni, saya begitu kagum sebab dia boleh buat blog yang hebat ( Masa tu kira hebat laa kalau ada lagu, gambar gerak-gerak bagai, kan ) .. Waa, senang ke susah buat blog nih ?

Jadi, saya dalam keadaan buta IT ni, cuba jaya je la buat satu blog. Kononnya masa tu, nak buat blog jadi diari hidup la. Susah senang life kat Jepun. Bagi keluarga dan sanak saudara baca ( .. padahal diorang tak baca pun, syiokk sendiri jer .. ngeh3x ). Punye la susah awal-awal tu. Yelah, dulu mana ada PLUGIN, WIDGET bagai tu kan .. semua kena guna HTML. Bersengkang mata la ubah sana-sini kat template tu. Sampai blog hanging 2 3 hari takleh bukak pun ada. Fenin la tu .. haha. Semua pakai tutorial online jer. Alhamdulillah ramai teman blogger yang bantu. Kalau tak, rasenye saya dah putus asa. 

Macam tak percaya. Dah almost 9 tahun blog nih. Waaa, kalau baby, dah darjah 3 tu. Segala susah senang pahit maung kehidupan insan bernama nosaka-ila, semua tercatit dalam blog ni. Ada yang famili tahu, kawan-kawan tak tahu. Ada yang kawan-kawan tahu, famili tak tahu. Tapi blog ni kirenye semua tahu lah. Sayang betul saya dengan blog nih. Cam sayang anak plak .. huhu. Mana taknya. Menatang bagai minyak yang penuh nih. Dulu-dulu rajin la nak tukar template, tuka link, tuka itu ini. Alahai, time belajar banyak la masa kan. Sekarang ni ... ya ampunnnn .. :p

Kejap je masa berlalu. Dulu anak dara. Masuk 2006 dah jadi isteri orang. Masuk 2007 dah jadi ibu orang. Masuk 2012 .. fhewwww dah ada 3 orang hero yang sangat lincah dan suka membuli ibu ayah .. fuh fuh .. bayangkan ... 3 hero tu !! Mana sempat je la blog ni di update. 

Kalau dulu, blog ni berkisar tentang seorang pelajar Electrical Engineering yang sangat rakus belajar sebab nak habis cepat .. balik boleh kawenn ( uppss !! rasia bocor .. hehe ). Sekarang ni, blog berubah tema, jadi blog mak-mak yang suka share resipi, jahit menjahit dan pelbagai isu rumah tangga .. hahah .. kenapa blajar tinggi-tinggi tapi tak kerja tu, saya dah jawab dalam entry dulu-dulu. Sape nak tau boleh cari .. sebab saya pun dah lupa letak tang mana .. hukhuk .. 

Jadi, sebab utama macam mana saya boleh ter-start menulis blog adalah kerana suka-suka untuk explore dunia internet disebabkan ada sedikit masa waktu belajar dulu dan akhirnya menjadi minat untuk berkongsi segala kisah kehidupan bersama rakan-rakan dan saudara-mara. Bukan untuk duit, bukan untuk kaya dan sebagainya. Sekadar untuk berkongsi. 

Inilah hero kesayangan saya sekarang :)



Sep 7, 2012

Homestay berhampiran Bukit Mahkota Club House

BERSIH . SELESA . MODEN :)



D’Mahkota Homestay ( 3 bilik tidur SEMUA ber-aircond )

Berhampiran Bukit Mahkota Club House
Rumah teres 2 tingkat di seksyen 6 Bukit Mahkota.

LOKASI BERHAMPIRAN
1. Pusat membeli belah Nilai 3
2. Berhampiran pusat pengajian tinggi KUIS, USIM, Nilai College dll.
3. 30 minit ke KLIA & LCCT
4. 5 minit ke Tol PLUS – Seri Putra Bukit Mahkota.

KEMUDAHAN
1. Master bedroom : 1 katil queen + aircond + kipas + wardrobe
2. Guest room 1 : 2 katil single + aircond + kipas
3. Guest room 2 : 1 katil single + 1 pull out bed + aircond + kipas
4. Dapur berkabinet + pinggan mangkuk + dapur memasak + peti sejuk
5. Ruang makan + set meja makan
6. Ruang tamu luas dan selesa + set sofa + TV
7. 3 bilik air bersama kelengkapan mandi.
8. Mesin basuh + kelengkapan membasuh + seterika + iron board
9. Parking kereta yang luas dan selesa

SEWA
RM 230.00/malam (isnin-khamis)
RM 250.00/malam (jumaat-ahad @ malam cuti umum)
( Malam ke-2 RM 200/malam )
Check in 2.00 ptg
Check out 12.00 tghari (negotiable)

UNTUK TEMPAHAN
En. Ali : 019-779 5884
Pn. Hamidah : 019-385 4197




Aug 29, 2012

Apam kukus la pulak ...

Ni menu ptg semalam sebenarnya .. actually ibu ayah puasa semalam. Punye la teringin nak makan apam .. cari cari punye cari resipi, dapatla yang paling simple. Godek godek dapur cari bahan .. wallaaa cukup semua .. walaupun tgh migrain tahan 5, ibu gagahkan juga diri di samping teringin nak hidangkan kat anak kuih kaler kaler .. heheh

Menu semalam :
nasi putih panas-panas
udang masak lemak + nenas
kacang botol goreng cili
bergedil tuna

dessert : apam kukus kaler2


1st time buat, x baper cantik ... kasar sket strukturnye.. rasa, alhamdulillah boleh la utk beginner ..

menu tghari ni .. alhamdulillah dah siap ... jam 10:45 pagi nih .. waaaaa dgn bangganya ..

Menu tengahari : 
nasi daging 
air asam
kerabu kacang botol
( nk perabih kacang botol dlm fridge .. hehe ) 

Menu petang  :
pizza 3 keping 
inti ( daging, tuna, vege ) 
( yang ni tak siap lagi .. satgi la kot baru nguli .. huhu )

Masa untuk berehat sekejap sementara tunggu 2 hero pulang menikmati hidangan makan tengahari :)

Aug 28, 2012

FEB 23, 2004

Macam tak percaya dah nak masuk 9 tahun umur blog ibu nih .. dari zaman ibu anak dara, bercinta dengan ayah sampailah dah anak 3. Kesemuanya tercatit dalam sebuah blog yang ibu namakan nosaka-ila. Ape nosaka ila tu ??? heheh .. kepada yang tahu nama sebenar ibu, nosaka tu nama ibu la tu .. hikhik ..

heheh ... ni la first post ibu dalam blog ni bertarikh 23 / 2 / 2004 .. dekat ngan tarikh birthday Nukman .. masa ibu tulis 1st entry tu mana la ibu nak tau anak ibu yang ke-3 bakal lahir tarikh dedekat tu kan ... subhanallah :)



Aug 27, 2012

Happy Birthday TWINS .. :)

27 / 8 / 2012

Happy Birthday Embah yang ke-58 thn 


&
Happy Birthday Nukman yang ke 1/2 thn :)


Minum petang kami

Alhamdulillah kenyang dah ... 2 hari punye menu ni .. semalam ibu buat roti john + okonomiyaki ( lempeng daging cincang + kobis mkn dgn sos bbq n mayonese Q-pi ) .. alhamdulillah semua licin ...

okonomiyaki
homemade roti john

Harini menunye ... kuih lompang gula merah + cucur leftover ( hehe ibu blend isi sup sayur leftover tghari td + hirisan kubis ) .. yummy !! licin jugak budak2 nu mkn ... air ibu buat jus markisa kurang manis ..

kuih lompang + cucur sayur

Aug 26, 2012

Kisah raya si adik dan abang


Tahun ni raya kami terbang ke KL mlm raya.. flight pun kosong sbb semua dh sampai kampung halaman masing-masing. Ni pics sebelum berangkat la ni .. saje ibu pakaikan semua baju kuning .. takde kaitan dgn 'bersih' mahupun 'kurang bersih' yer ..
.

Pagi raya tema kami 'ijau sesejuk mata memandang' keh keh keh ... sbnrnye begitu hangat di tghari :p nk amik gambar berlima punya la susah .. dapatla sekeping adik abang dan aaisy bersama gadget masing2..


Ptg raya kami konvoi ramai2 balik johor 3 biji keta. Kami pinjam PANDA adik ibu no.2 .. alhamdulillah sgt selesa ayah pandu viva manual angkut kami sekeluarga. adik abg, nukman pun x byk karenah ... diam je dlm keta .. nukman sepjg jln lena .. ntah ape yg selesa sgt panda tu pun ibu x tahu .. hihihi ...


\

Sponsor Kami