Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Feb 18, 2015

U-turn Jambatan Pulau Pinang

Macam biasa keluar rumah jam 12.20 untuk fetch anak dari sekolah masing-masing. Seluk poket ada rm10 dua keping ngan beberapa keping rm1. Cukup la kot, nak amik anak je kot. Kekadang je diorang paw karipap sedap at area perai. Sebijik 50sen. Memang sedap. Mamat tu jual soya, cincau dan kuih muih .. semua kuih sedap. Tapi favourite kami anak-beranak mmg karipap dia la ..

Selalu sebelum masuk highway, mata duk tala atas flyover tu tgk highway jem ke tak. Semalam nasib tak baik. Lupa nak tgk. Masuk je highway.. Tu diaaa jem tak gerak .. aduihhh .. bayangkan, biasa nak sampai sekolah muadz pun 30 minit .. boleh bayang tak, betapa jauhnya skolah anak aku tu ??? ni jem tak gerak weiii .. U-turn ?? Mana ada simpang .. Exit ? Pun TAKDA !!

Memang rasa nak nangis. Macam-macam terfikir. Muadz abeh klas kul 12.50. Skrang dah 12.40 .. Confirm tak sampai. Keta masih standstill.

Check tepon, nak sms cikgu .. ALLAH !!

Bateri tinggal 8%.( No sms, no whatsapp, no WAZE .. omaigadddd ... no WAZE ??? )

Gagah jugak, sms cikgu klas dia, suruh pesan tunggu dalam skolah. Jangan pi mana-mana. Ibu lambat. Message abang - call pengetua, minta tolong gitau muads jgn pi mana.

Done !

1.15 baru sampai petronas juru .. ada dalam 20km lagi nak sampai skolah muadz. Aduih tak boleh jadi ni. Satu-satunya simpang terdekat dalam 1km lagi keluar pergi pulau .. Oh tidakkkkk, takkan aku nak pi pulau kot ??? Sampai simpang pi pulau, pukul 1.45pm .. ade notis papan letrik depan simpang nak masuk ke pulau tu ..

" KEMALANGAN MAUT DI KM153.3 , 1.5KM DI HADAPAN. KENDERAAN BERGERAK PERLAHAN."

1.5km lagi ?? Pukul berapa nak sampai nih ... Tgk minyak plak .. ALLAH !!!!  bawah 1 bar ... (T.T) .. Isi minyak ??? dah terlepas tadi, ingat ok .. huhu ..

Aku tekad .. MASUK PULAU .. ( dengan harapan, sebelum bayar tol, ada la dia bukak lubang utk U-TURN ) ... kelam !!!

Bayaq RM7 - terus pecut 10 minit atas jambatan Pulau Pinang sampai pulau with NO WAZE ... mana aku nak hala nih .. belasah je la .. cari lubang u-turn .. terdekat di queenbay. Pusing balik, naik jambatan balik .. 10 minit lagi .. terus cari arah menghala ke Ipoh / KL balik .. aku tgk jem masih teruk ..

Terus masuk jalan biasa. Dan, macam biasa .. jem traffic light .. sangkut-sangkut .. erghhhh .. sampai roundabout Alagapa ( sbb sebelah tu kilang rempah kari Allagappas .. huhu ) .. nampak plak van skolah anak tahun lepas tersadai rosak tepi jalan ..

ALLAH .. takkan aku nak blah jer .. terus aku U-turn balik, walaupun aku tatau ape yg aku boleh bantu. Mungkin boleh bawak dalam 4 orang untuk sumbat masuk dalam Wira comel aku tu .. huhu sampai kat Van, nampak van satu lagi dah sampai untu bebudak naik. Ok fine, aku pecut balik menghala ke skolah anak.

Sampai skolah anak - 2.40pm .. lagi 10 minit cukup 2 jam dia tunggu kat skolah. Alhamdulillah semua selamat. Biasanya dia tunggu tepi pintu gate. Mungkin ustaz & ustazah yg kami kontek dah pesan suruh dia main kat dalam sikit.

Pusing balik, sampai rumah jam 3.30pm. Rasa nak patah pinggang bawak keta dalam keadaan nervous begitu. Huhu ..

Pengajaran. walaupun dalam perjalan yg singkat .. :-

1. Pastikan bateri full
2. Bawah cash secukupnya
3. Isi minyak at least 2 bar

Sekian, terima kasih.

Feb 9, 2015

Hero yang dah besaq panjang.


Ni la hero sulong saya. Sangat aktif tahap tak hengat punya. Memang letih kalau dia ada kat rumah. Kuat betul mengusik adik-adik. Tangan laju jerrr nak bagi adik .. geram pun ade. Tapi kekadang sentimental jugak die nih .

Ni gambar masa besday yang ke-7 ( 7-11-2014 ) .. Prasan tak ??

Yerrrrr ... Seven Eleven .. Memang syiok laa tetiap tahun dapat sambut besday free .. ibu takyah bagi hadiah .. Seven Eleven bagi hadiah tetiap tahun .. huhu ..

Tahun 2014 - dapat sebekas .. bawak la bekas besaq mana pun. satu bekas RM2 .. wallaaaaa .. ibu ayah menggunakan kesempatan yang ada .. walaupun slurpee bukan la jajan yang sihat untuk anak-anak. Sesekali ape salahnye dak ?? Ngeee ...

Ingat nak lepak minum-minum kat umah sorang segelas .. Hampeh !! tak sampai 1 kilometer, dah selamat slurpee masuk perut masing-masing. Almaklum - 5 orang .. huhuh

Al-kisah.

Sponsor Kami