Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Mar 19, 2015

Pengalaman pertama jumpa dentist :)


Dentist   : Nukman minum susu tak sebelum tidur ?
Nukman : Minum.
Destist    : Lepas ni takmau minum susu sebelum tidur dah tau.  Sebelum tidur gosok gigi.
Nukman : Ok.

Erkk .. antara yakin dan tidak jer ibu ni .. tapi nampaknya doc berjaya .. sesampai di rumah minum air kosong, terus lena .. hihi hopefully tahan lama .. :)

Nukman memang dari kecik cuma minum  susu sekali jer sebelum tidur. Itu pun tak wajib. Dia minta kadang-kadang jer .. kalau susu kehabisan stok ( biasanya hujung bulan la .. hahaha ) atau dia tak rasa nak minum, no hal .. takde la nak meraung mintak susu jugak ..


Sesampai di rumah, ayah parking keta ...

Ayah       : Semua dahaga ke ? Nanti kita suruh ibu buat 'sky juice' yer ..
Nukman : Ok, Nukman nak la air yang ayah sebut tu.

hahaha .. aku tatau la dia bayang apa .. agaknya macam fresh oren kot.

Sampai jer rumah terus mintak ..

" Ibu, nak air yang ayah cakap tadi tu .. "

Ibu pun terus bukak fridge bagi air sejuk kosong .. hwaaaaaaaaa takmoooo .. nak juice yg ayah cakap tu .. jenuh jugak la explain kat dia .. ok la akhirnya redha .. kuikuikui ..

Ayahhh plsss .. lain kali jangan buat statement kontroversi okey .. dah pukul 10.30 mlm nih ..

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Doc cuba tampal satu gigi tadi tapi tak berjaya. Sebab dah ngantuk dah dia .. al maklum jam dah pukul 9.30 mlm time tu. Melayang la jugak RM15. Seb baik bleh claim. Next time kite jumpa Doktor Achghaff ( bunyi Nukman sebut la ni ) lagi naa .. Doktor tu baik la ibu .. ok la insyaAllah ..

Mar 18, 2015

Pengalaman cabut gigi bongsu .. T T

Rasenye ade lebih 10 tahun tak jumpa doc. gigi. Tgh sedap dgr ceramah ustaz Azhar Idrus kat masjid Kubang Buaya, first time tuh dapat tgh face 2 face ustaz favouriteku .. wakaka .. seb baik abg tak jeles .. Ntah kenapa tiba-tiba gigi berdenyut sakit yang amat. Memang takleh handle.

Esoknya Senin, abang amik EL, terus carikkk dentist. Memang tak tahan. Dipendekkan cerita, jumpa satu-satunya Doc Melayu yang boleh buat rawatan akar kat Permatang Pauh nih .. yg lain semua Cina. Memang aku prefer Melayu la kan, sebab duk terbayang peralatan2 duk korek mulut patient diorang kan .. hehe

Memula aku fikir nak kena buat rawatan akar jer .. so beria la aku carik doc yg bleh buat rawatan akar. Sekali jumpa dentist, dia kata ni takleh rawatan akar .. kena cabut terus. Gigi bongsu belakang tu tumbuh senget, duk langgar gigi depan dia .. mana tak sakit weiii .. 

Setelah few clinics, finally aku pilih Klinik Pergigian Desa Murni bebetul depan pintu masuk UITM Permatang Pauh. Baper kali tunda appointment sbb doc tak available. Seminggu jugak la menahan kepiluan.

Gigi aku yg macam gambar tengah tu.

Minor Operation.

Ok fine. Minor ok .... minor la sangatttt .. masa operation tu mmg aku pejam mata jer. Gayat weiii nak bukak mata. Tengok drill bagai. Dia kata dia potong gigi, potong gusi .. ahhh takmo cite la kang korang gayat plak .. penyudahnya dalam sejam setel .. korang bayangkan, sejam jugak la aku nganga mulut.

Masa buat tu ok la .. bius kan .. mana sakit .. abeh je ubat bius .. hamikkkk kau .. punya sakit yang amat .. aku rasa beranak 3 hero ni pun tak sakit cam tu .. memang la branak tak sakit .. epidural .. hahaha .. sehari tu mmg baring je .. nak gerak pun tak larat .. so aku cadangkan, kalau korang nak buat, kalau boleh pilih la hari yang korang period dedekat nak habis .. senang nak urus. waktu lain boleh rehat banyak .. sebab nak bangun pun tak larat baq hang ..

Berita baiknya .. dalam 2 hari je la nak sakit pun .. lepas tu, hari ketiga dah boleh bangun masak, ngemas rumah dah .. tapi bab makan .. sori okeyyyy .. seminggu bubur nasik jer .. sampai nak muntah aku ngadap bubur nasik .. mmg takleh nganga luas-luas. Beejahit kan ... lepas seminggu baru bukak jahitan. Masa bukak jahitan tu tak sakit dah la .. alhamdulillah. Lepas seminggu bukak jahitan, everything backed to normal. Cuma korang akan rasa tak berapa best la sebab kurang satu gigi .. hahaha ..

So kepada sesapa yang tgh google, camne gaya operate cabut gigi bongsu tu aku ucapkan good luck la yer ..jangan takut, sebab gigi tu memang nak kena cabut pun .. nak taknak kena buat juga .. hahaha ..

Ok la .. selamat malam .. :)

Feb 18, 2015

U-turn Jambatan Pulau Pinang

Macam biasa keluar rumah jam 12.20 untuk fetch anak dari sekolah masing-masing. Seluk poket ada rm10 dua keping ngan beberapa keping rm1. Cukup la kot, nak amik anak je kot. Kekadang je diorang paw karipap sedap at area perai. Sebijik 50sen. Memang sedap. Mamat tu jual soya, cincau dan kuih muih .. semua kuih sedap. Tapi favourite kami anak-beranak mmg karipap dia la ..

Selalu sebelum masuk highway, mata duk tala atas flyover tu tgk highway jem ke tak. Semalam nasib tak baik. Lupa nak tgk. Masuk je highway.. Tu diaaa jem tak gerak .. aduihhh .. bayangkan, biasa nak sampai sekolah muadz pun 30 minit .. boleh bayang tak, betapa jauhnya skolah anak aku tu ??? ni jem tak gerak weiii .. U-turn ?? Mana ada simpang .. Exit ? Pun TAKDA !!

Memang rasa nak nangis. Macam-macam terfikir. Muadz abeh klas kul 12.50. Skrang dah 12.40 .. Confirm tak sampai. Keta masih standstill.

Check tepon, nak sms cikgu .. ALLAH !!

Bateri tinggal 8%.( No sms, no whatsapp, no WAZE .. omaigadddd ... no WAZE ??? )

Gagah jugak, sms cikgu klas dia, suruh pesan tunggu dalam skolah. Jangan pi mana-mana. Ibu lambat. Message abang - call pengetua, minta tolong gitau muads jgn pi mana.

Done !

1.15 baru sampai petronas juru .. ada dalam 20km lagi nak sampai skolah muadz. Aduih tak boleh jadi ni. Satu-satunya simpang terdekat dalam 1km lagi keluar pergi pulau .. Oh tidakkkkk, takkan aku nak pi pulau kot ??? Sampai simpang pi pulau, pukul 1.45pm .. ade notis papan letrik depan simpang nak masuk ke pulau tu ..

" KEMALANGAN MAUT DI KM153.3 , 1.5KM DI HADAPAN. KENDERAAN BERGERAK PERLAHAN."

1.5km lagi ?? Pukul berapa nak sampai nih ... Tgk minyak plak .. ALLAH !!!!  bawah 1 bar ... (T.T) .. Isi minyak ??? dah terlepas tadi, ingat ok .. huhu ..

Aku tekad .. MASUK PULAU .. ( dengan harapan, sebelum bayar tol, ada la dia bukak lubang utk U-TURN ) ... kelam !!!

Bayaq RM7 - terus pecut 10 minit atas jambatan Pulau Pinang sampai pulau with NO WAZE ... mana aku nak hala nih .. belasah je la .. cari lubang u-turn .. terdekat di queenbay. Pusing balik, naik jambatan balik .. 10 minit lagi .. terus cari arah menghala ke Ipoh / KL balik .. aku tgk jem masih teruk ..

Terus masuk jalan biasa. Dan, macam biasa .. jem traffic light .. sangkut-sangkut .. erghhhh .. sampai roundabout Alagapa ( sbb sebelah tu kilang rempah kari Allagappas .. huhu ) .. nampak plak van skolah anak tahun lepas tersadai rosak tepi jalan ..

ALLAH .. takkan aku nak blah jer .. terus aku U-turn balik, walaupun aku tatau ape yg aku boleh bantu. Mungkin boleh bawak dalam 4 orang untuk sumbat masuk dalam Wira comel aku tu .. huhu sampai kat Van, nampak van satu lagi dah sampai untu bebudak naik. Ok fine, aku pecut balik menghala ke skolah anak.

Sampai skolah anak - 2.40pm .. lagi 10 minit cukup 2 jam dia tunggu kat skolah. Alhamdulillah semua selamat. Biasanya dia tunggu tepi pintu gate. Mungkin ustaz & ustazah yg kami kontek dah pesan suruh dia main kat dalam sikit.

Pusing balik, sampai rumah jam 3.30pm. Rasa nak patah pinggang bawak keta dalam keadaan nervous begitu. Huhu ..

Pengajaran. walaupun dalam perjalan yg singkat .. :-

1. Pastikan bateri full
2. Bawah cash secukupnya
3. Isi minyak at least 2 bar

Sekian, terima kasih.

Feb 9, 2015

Hero yang dah besaq panjang.


Ni la hero sulong saya. Sangat aktif tahap tak hengat punya. Memang letih kalau dia ada kat rumah. Kuat betul mengusik adik-adik. Tangan laju jerrr nak bagi adik .. geram pun ade. Tapi kekadang sentimental jugak die nih .

Ni gambar masa besday yang ke-7 ( 7-11-2014 ) .. Prasan tak ??

Yerrrrr ... Seven Eleven .. Memang syiok laa tetiap tahun dapat sambut besday free .. ibu takyah bagi hadiah .. Seven Eleven bagi hadiah tetiap tahun .. huhu ..

Tahun 2014 - dapat sebekas .. bawak la bekas besaq mana pun. satu bekas RM2 .. wallaaaaa .. ibu ayah menggunakan kesempatan yang ada .. walaupun slurpee bukan la jajan yang sihat untuk anak-anak. Sesekali ape salahnye dak ?? Ngeee ...

Ingat nak lepak minum-minum kat umah sorang segelas .. Hampeh !! tak sampai 1 kilometer, dah selamat slurpee masuk perut masing-masing. Almaklum - 5 orang .. huhuh

Al-kisah.

Nov 11, 2014

Flash Back !

Berkenaan ENTRY : Yeyyy, saya sudah berhenti kerja !!!

Ini adalah testimonial selepas 6 tahun 7 bulan saya bergelar SURI RUMAH SEPENUH MASA. Ops ! silap .. WORK AT HOME MOM ker ???

Alhamdulillah, syukur teramat sangat atas keputusan yang telah dibuat 6 tahun lepas untuk melepaskan tittle RND Engineer semata-mata nak tumpukan perhatian pada suami dan anak-anak. Keputusan yang tak terbayang dek akal 10 tahun lepas masa saya sibuk mengejar segulung ijazah. Rupa-rupanya segulung ijazah itulah yang digunakan bukan untuk diri sendiri. Tetapi digunakan untuk mendidik anak-anak kami yang 3 orang nih.

Bidang kejuruteraan tapi pengalaman 4 tahun di Jepun banyak mengajar saya untuk berdikari dan menjalan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri di rumah. Tanpa ilmu mana mungkin terdidik anak-anak. Dan rugilah ilmu yang tinggi itu tidak disalur pada anak-anak saham akhirat kami berdua.

Pernah suatu masa, kami tak punya apa-apa melainkan beberapa ringgit untuk meneruskan kehidupan keluarga tapi hidup tidak berakhir di situ. Usaha tetap perlu berusaha. Tapi, setiap kali kesusahan itu datang, ia datang sekejap sahaja untuk menguji dan terus menguji. Rezeki yang datang bukan dari manusia. Tetapi dari Allah SWT. Tak pernah satu masa pun kami mengalami ketidakcukupan yang kritikal. Malah, walaupun bersederhana, kami bahagia.

Buktinya pada 3 hero kami yang sihat walafiat, alhamdulillah. Dengan perancangan pendidikan, dan terjaga makan minum sakit perit mereka. Harapnya perkembangan hidup mereka akan tersusun sebaik mungkin. Semoga Allah pelihara keluarga kami :)

Wallahua'lam.

Tahniah Anak IBU !!

1st time ibu menitiskan air mata gembira. Pertama kali ibu rasa tak dapat nak kawal air mata gembira sangat-sangat. Rasa penat lelah ibu mengajar, bagi latih tubi, beli buku latihan dan macam-macam usaha nak biasakan Muadz dengan soalan latihan akhirnya terbalas dengan call daripada ustazah.

" Puan, Muadz ada gitau tak ? "
" Gitau apa ustazah ? Dia takde gitau ape2 pun "
" Haa, Muadz dapat No.1 "

Masa tu mmg takleh handle dah ..

" Kami cikgu-cikgu semua terkejut dia dapat No.1 "

Subhanallah .. memang tak tau nak cakap camne .. since last week dia bawak balik kertas exam, markah almost all papers 90% ke atas. Mana pernah. And yet, masa last exam, markah dia semua bawah 50%. Ibu & ayah gi skolah jumpa Penyelia Petang & Pengetua semata-mata nak bincang apa sebabnya result agak teruk masa tu. Teruk pun tak la teruk, dapat no.9 bagi ibu dah ok dah. Tapi kalau no.9 dengan markah bawah 50%, maknanya ada yang tak kena la kan .. tak kisah dapat no. berapa pun, tapi bila teruk sangat .. mesti ada yang perlu dibetulkan.

Sama ada dia main dalam kelas.
Dia tak faham cikgu ajar.
Dia tak faham soalan.
Dia faham tapi dia malas buat bebetul.
Dia kurang latihan.

Tindakan drastik, beli buku latihan sebanyak mungkin especially English & Math .. selagi ada masa, dia buat. Sangat terkejut, rupa-rupanya dia sangat minat buat latihan. Dan dia boleh fokus ! Latihan di sekolah jer memang sangat-sangat tak cukup. Tak cukup untuk latih dia berfikir dengan cepat especially untuk soalan-soalan aplikasi. Dengan latihan yang sangat banyak, alhamdulillah .. Muadz berjaya buktikan pada ustazah yang dia bukan seperti yang ustazah sangka .. jenis suka main ( tu biasa bagi boys kan .. ) tapi dalam main tu, dia sangat bijak, insyaAllah.

Budak comot baru balik skolah ;)


TAHNIAH MUHAMMAD MUADZ AL-HAFIZ .. ibu yakin Muadz anak bijak, anak soleh ~

Nov 5, 2014

Alkisah hadiah cik abang

Alhamdulillah selamat sampai hadiah yang ditunggu-tunggu .. seb baik sempat sampai sebelum cik abang sampai umah petang semalam. Anak-anak dah tidur, jam 12.30 tgh malam, baru ku bawak keluar hadiah cik abang ..

Memang takleh lupa la riak wajah encik suami keluar bilik air nampak cik adik sayang pegang hadiah .. memang jarang sangat dia dapat hadiah. And this is so suprise for him. Pagi ni masih mengucapkan ribuan terima kasih lagi atas hadiah tak seberapa itu. hihihi ..

Just wondering, sbb rasanya i beli yang fake. Tapi dapat warranty card semua macam full-set. Abang kata tu ori .. sebab dia pernah beli oakley ori dapat sebijik macam tu jugak setnya .. puas ku tegakkan jua kata " I beli yang fake la sayang " .. hahaha .. fake pun ratusan ringgit okeyyyy ..

So, arini ku contact semula seller untuk kepastian. Dan ini la resultnya. ... hahaha.. Confirmed it is FAKE !!! Walaupun siap printed Made In USA .. ntah made in mana pun tatau .. yang penting, cik abang suka sangatttttt .. senyum sampai pagi dapat spek itam baru .. hahaha

Abang comel ~

Nov 4, 2014

HAPPY BIRTHDAY LARLING ❤

Hari ni hari jadi ayah.
Memang jarang sekali ibu belikan hadiah untuk si jantung hati ibu ni.
Bukan ape, sebab bile keluar, i keluar sekali dengan u.
Camne nak beli hadiah.

So this year.
Ibu decide, beli online jer.
Harap-harap sampai arini.
Kalau tak sampai, punah harapan.

Memandangkan sunglass larling tu dah almost 20 yrs, siap dah few times hero2 ni patahkan dan glass die pun dah bertepek-tepek ( aduhaiii kesiannye laki aku ~~~ ) haha ..
So, ibu decide beli yang ni .. harap-harap ok laaa .. Jangan kena scam suda ..

Oh ye, larling punye oakley ori .. sori la, i tak mampu la nak beli oakley ori ..
i beli yang fake jer .. tapi nampak macam ori tau ..
Belasah je la .. nanti barang dah sampai ibu tempek testimoni aa ..

Harap-harap larling suka la .. muah muah muah ❤

Nov 3, 2014

Kesukaan Hero-Hero Saya

Bila nak diorang diam ! 

Haaa, bagi sebekas LEGO.
Nah ! sejam pun boleh. 

Takde gaduh. 
Takde menjerit. 
Takde bertumbuk. 

Sunyi ~ 

Fheww ibu lega. 
Time for ibu ayah berchit chat.  

Be good boys na ! 
 


May 18, 2014

Projek Hari Guru 2

Lagi ??? Hihi .. suke-suke jer. Tahun lepas Muadz sorang. Tahun ni Mus'ab pun ade sambutan hari guru. Yang kalutnyer, dedua skolah pagi .. Adehss !

Seb baik Muadz takyah bawa bento. Kalau tak, mmg ibu kalut aaa .. Siapkan hadiah je pun dah sampai kul 3 .. 

So ni la hasilnya ... 


Yang ni je sempat amik. Buat 16 pcs bookmark .. cukup2 utk cikgu sorang satu. Muadz 12, Mus'ab 4. Huhuhu 


Ni bento Mus'ab .. ni je sempat nak oiii .. sori la .. huhu .. ibu kalut 

Newey, kepuasan diri sbb dpt buat sendiri bento ari guru .. nugget bukan homemade la .. beli siap jer .. hihi 

Sponsor Kami