Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Dec 24, 2009

Kumiliki Segala

Alhamdulillah... hanya itu satu-satunya kalimah yang mampu aku luahkan dengan ketibaan tahun baru 2010 ini. Dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata, kurasakan sungguh bahagia. Sangat bahagia. Walaupun terlalu sibuk dengan karenah dua putera tersayang, aku gembira dan bersyukur kini kumiliki zuriatku sendiri...alhamdulillah.

Dalam kesibukanku melayari bahtera rumahtangga, tanpa aku sedari hanya 2 posts yang mampu aku nukilkan untuk tahun 2009 ini. Wah, busynye aku .. orang lain pun busy juga... tapi insyallah tahun ini aku lebih tenang kerana segala yang kuimpikan telah ada didepan mata, hanya tunggu diaplikasikan.

Alhamdulillah, tahun 2009 merupakan tahun persediaan buat kami sekeluarga. Bulan 4 yang lalu, kami dah selamat berpindah ke rumah baru setelah hampir 2 tahun menanti untuk siap diduduki. Agak jauh dari pusat bandar dan memang itu menjadi impian aku dan abang. Bukan apa, rimas dengan hiruk pikuk bandar. Di mana? Di Bandar Bukit Mahkota. Kalau sebut BBM memang orang tak kenal tapi kalau sebut Bandar Seri Putra, insyallah orang tahu. Di kawasan yang samalah tu. Dah lebih setengah tahun kami menetap di sini dan alhamdulillah suasananya seperti yang diimpikan kami berdua. Kawasan yang tenang dengan kehadiran jiran tetangga yang baik dan saling mengambil berat antara satu sama lain. Aku bersyukur kami diberi peluang memiliki rumah sendiri seawal usia ini dan kuharapkan agar Allah permudahkan kami sentiasa.

Alhamdulillah, tahun 2009 ini juga kami menyambut kelahiran seorang lagi ahli baru dalam keluarga ini. Muhammad Mus`ab sentiasa dinanti oleh abangnya Muhammad Muadz. Aku sentiasa berdoa agar mereka menjadi anak yang soleh dan sentiasa mendoakan kedua ibu bapa mereka. Mus`ab dilahirkan pada 20 Nov 2009 jam 5.30ptg dengan berat 3.1kg secara normal. Alhamdulillah aku berjaya juga mengeluarkannya setelah bertarung nyawa hampir sejam. Dan kini berat Mus`ab dah 4.1kg dengan hanya minum susu badan. Setelah kegagalan aku menyusukan Muadz  secara ekslusif dulu, aku berazam untuk menyusakan Mus`ab sepenuhnya. Walaupun pelbagai dugaan datang, aku kuatkan azam dan alhamdulillah lega akhirnya aku dapat memberikan sepenuhnya susuku buat anak tersayang.

Rasanya cukup sampai disini dulu. Harapanku agar aku diberi sedikit masa terluang lagi untuk aku terus menulis di ruang yang tak seberapa ni lagi... wassalam.

Jan 7, 2009

Setahun 2 bulan !!

Lamenye aku tak menulis, sibuk sangat. Alaaa macam aku sorang je sibuk, orang lain pun sibuk keja, orang lain pun jaga anak, ape yang sibuknye ?? Ermm, muzukashii ne ....

Takpe la malas nak citer pasal sibuk sebab semua pun sibuk jugak kan .. lame tak citer pasal muadz kan. Alhamdulillah, hari ni cukup setahun 2 bulan si kecik aku tu. Last monday, aku try hantar muadz ke skool .. kejap je .. main dengan kawan-kawan, pendek kate macam playskool la.

First day dia sangat memilukan. Saat yang aku takleh lupa masa aku nak ambik die kat skool tu. Once die nampak je aku tutup pintu keta, die nangis sekuat-kuat hati siap sedu-sedan lagi .. maklumla tak pernah berpisah dengan ibu. Sayu sangat aku tengok die. Rase tak sampai hati. Aku dapat bayang sepanjang di skool dia nangis sebab biasanya kalau aku tinggal kejap ade urusan luar pun mak kate die nangis je carik ibu.. Aduhh tak sanggup rasenye nak hantar on the 2nd day.

2nd day pun sama .. menangis je mase nak hantar and nak amik. Tapi alhamdulillah 3rd day, HARINI .. nampak dah semakin ok. Tak nangis sangat dah walaupun jebikkkk jugak mase nak amik .. esok insyallah OK kot .. hopefully ..

Aku sangat excited bila flash card yang aku buat untuk muadz successful .. hehe .. flash card pertama muadz aku tampal gambar-gambar famili terdekat yang seperti atok, opah dedua belah serta semua adik beradik aku dan abang. Aku selallu tunjuk flash card tu bila that person ada dengan dia.. last few months bila aku tunjuk, die pandang that person and smile and finally semalam aku tunjuk lagi and he took the card and gave to the actual person in the card .. hwa hwa hwa .. excitednye aku..

Okla kot.. sampai sini dulu. ntah bile dapat tulis lagi pun aku tak sure. Hopefully boleh kembali aktif.. tapi nak dapat pegang pc pun bercinta..hehe.. tapi takde sape pun nak bace blog aku ni.. aku sorang je bace..

till then, minasan !

Sponsor Kami