Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

May 30, 2012

Hasil kraftangan ibu :)

Punyela lama duk simpan ni .. akhirnya dapat la jugak nak post entry felt ni. Sejak deliver bb ni, belum berjaya lagi nak bukak BIG SHOT yang ayah belikan untuk ibu few weeks before deliver tu. Geram je tgk big shot  tu dari jauh. Dengan susunan kain-kain felt yang berlambak-lambak tu .. aduhai bile la berkesempatan ibu nak menzahirkan semula idea-idea kreatif ( yg tak berapa nak kreatif ) ni .. bukan ape, bila menjahit ni rase macam hilang stress seketika .. dapat la satu kepuasan untuk diri sendiri .. ermm takpa simpan dulu impian tu. Insyallah anak-anak ibu dah besar nanti, ibu boleh mula buat keja ibu .. :)

 Flower keychain

 Angry Bird keychain

Antara hasil kerja tangan ibu yang sempat di snap !

Nukman belajar berenang

Terasa mcm agak obses untuk ajar Nukman swimming. Bukan ape, agak teruja sbb bila dicuba teknik yang diajar oleh Dr. Halina isteri angkasawan negara tu, Nukman memang selesa dan tak menunjukkan rasa tertekan atau takut dengan air. Malah, dia senyum je sepanjang masa mandi. Wow ! amazing .. dulu masa abang-abangnya, risau sangat takut air masuk telinga .. as a result, dedua takut air .. bukan la takut sangat tapi bila air dalam sikit, mula la peluk ayah, takut tenggelam .. 

 Rilek je die kan ?

 Senyum memanjang .. 

Mandi adalah saat yang ditunggu-tunggu setiap hari :)

Bedung Kontemporari :)

Disebabkan Nukman yang dah 3 bulan masih tidur berbedung, ibu mengambil keputusan untuk jahit sendiri bedung yang lebih KONTEMPORARI .. huhu .. kat rumah, ibu bedung pakai kain tudung lame-lame ibu .. hahah .. nak buat camne, badan dah besar, kain lampin mmg tak muat la. Tapi, masalahnya bile jengjalan JUSCO, takkan nak bawak bb berbedung kain tudung bunga-bunga kot. huhu .. 

So, ni la dia rupa hasil kerja tangan ibu malam tadi. Tak berapa kemas la sbb 1st time buat. Tapi insyallah lepas ni untuk anak2 sedara yang bakal tiba 3 org lagi ni boleh la cuba jaya lagi. Huhuhu .. Nampak Nukman macam selesa jek. 

Thanks to Ani Fauzia, my dearie friend yang sudi share dengan ibu this infant swaddler pattern.Sape nak try jahit sendiri boleh check kat sini






Ni la rupanya Nukman bila dah masuk dalam sarung bunga-bunga .. ahaks !

Nape pakai kain bunga-bunga ?? Macam pompuan ... huhu. Sebabnya ibu guna kain yang ada kat rumah je. Tak sempat nak beli kain lain. Insyallah ayah dah request suruh ibu jahit kaler biru. aaaa nak kaler biru, jom jalan-jalan cari kain .. hehe 

Luar ibu guna kain flanel lembut nipis. Dalam guna kain cotton biasa je. Takde lapik dengan span pun sbb takut Nukman panas. Cuma bahagian kepak tu ibu lekat dengan kain gam yang selalu org bubuh kat kolar tu, bagi keras sikit. Lekat kepak tu ibu guna velcro je. 

Menu untuk anak-anak

Sebagai ibu, setiap hari ibu kena fikir nak masak ape untuk suami dan anak-anak ibu untuk breakfast, lunch, minum ptg, dinner dan sub-sub menu yang lain. Sejak kecil ibu dah ajar anak-anak makan pada waktu-waktu yang dah ibu tetapkan ( breakfast 8am, minum pagi 10am, lunch 12pm, minum ptg 4pm, dinner 7pm ). Jadinye sampai sekarang ni bila tiba waktu makan, kalau ibu tak siap makan mmg kelam kabut dibuatnya.. Setiap ari mcm ni la keja ibu memikirkan menu terbaik utk anak-anak. Ni antara yang sempat ibu amik gambar meals untuk this few weeks. Yang lain tak sempat amik, dah selamat masuk pewoottt :)

 Biskut batik istimewa 

  Kuih keria fav. ayah

Chicken chop + mushroom sauce

Chicken lasagna ( hangit sket )

Chocolate muffin

Alhamdulillah, ni la serba sikit air tangan ibu buat anak-anak tersayang. Hari ni ibu masak nasi daging + air asam. Tak sempat nak upload pics lagi. Almaklum la kite pakai kamera. Orang lain dah pakai tablet boleh terus upload je kan .. :)

May 23, 2012

Promosi Ramadhan 1433 - Kurma Ajwa

Assalamualaikum,

Di sini saya ingin mewarwarkan kepada semua, saya ada menjual kurma ajwa @ kurma nabi dengan harga yang sangat berpatutan. Nak tahu macam mana rupenye ?? Macam ni rupa kurma nabi .. 

Harganya seperti di bawah :-

0.5kg = RM 60
1.0kg = RM 110

(tidak termasuk kos penghantaran ye .. tapi bleh nego lagi :p )

Kenapa mahal sangat ? Ape bestnye kurma ni ?

Berdasarkan sejarah yang pernah dibaca, kurma ajwa ini asal pokok pertamanya ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW. Diceritakan Pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda.

Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa.

Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.
Istimewa ajwa dari segi perubatan pula :- 
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : 
“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Jadi apa tunggu lagi ?? Ajwa ni di pasaran harganya mencecah RM150-170 tau. Barang elok mmg mahal sikit. Biasa lah tu. Untuk kesejahteraan keluarga apa salahnya .. kan ? 

Stok baru sampai ni. 

Buahnya tak besar sangat, comel-comel gitu. Cantik dan segar. Rasa .. ermmphh maveles, tak manis menggigit. Manis just nice orang kata. Liat-liat sikit.Nak kata macam Mariami pun tak juga, nak kata macam Mabroom ( harga 2x ganda dari Mariami ) pun tak juga. Lagi sedap dari both Mariami dan Mabroom. 

Sape tak pernah cuba, kena cuba rasa. Rugi tak beli sekarang. Stok sangat-sangat terhad. Jangan salahkan saya kalau lagi seminggu dua anda call tanya saya .. stok dah habis !! Sebab skrang pun dah masuk Rejab ni .. 



Bahagianya dapat buku ...

Terima kasih bebanyakkkk kepada tokteh kerana menghadiah SET GROLIER untuk anak-anak ibu. Alhamdulillah. Memang dah lama sangat berkenan nak beli set buku-buku ni untuk anak-anak tapi tau je la, full set 2-3K jugak. Memang la boleh bayar sebulan 100 tapi kena fikir banyak kali jugak tu. Memang sangat-sangat tak sangka ada org nak hadiahkan buku-buku ni untuk anak-anak ibu. Ni la die penuh separuh rak .. kat luar ada lagi tak muat nak masuk .. 



 Adik suka set yang ni, bacakan kat dia sebelum tidur sambil tgk gambar-gambar dalam buku tu. Manakala, abang pulak suka set buku 'crafting'. Macam-macam adaaaa.. bawah ni salah satu aktiviti kraf diorang la ni. Buat topeng harimau erkk .. silap .. SINGA .. sangat-sangat excited muadz dengan topeng singa dia tu. Ade rambut-sambut lagi.

Ni la hasil kraf pertama dari set GROLIER .. walaupun tak berapa nak sama, tapi ibu tetap berbangga dengan usaha anak-anak ibu.


WELL DONE SAYANG !!

May 6, 2012

Anak ibu nak kawin .....

Dah dedekat Ramadhan ni mula la org duk cari cari kurma, walhal sepatutnya kurma ni menjadi makanan harian kita atas sebab khasiatnya yang begitu tinggi kan. Ramai la jugak yang mula nak cari bisnes bisnes raya ni, almaklumlah nak harap duit suami je, mmg tak cukup .. anak dah masuk 3, at list baju melayu sorang sepasang, baju ibu ayah pun kalau ada rezeki nak la jugak berganti .. tu tak masuk budget untuk duit raya sepupu sepapat anak-anak sedara sedari lagi .. mak aaaiii .. mana nak korek duit ni ???

Wahai kanak-kanak zaman moden, mmg la cost of living dah meningkat, tapi jangan la demand duit raya lelebih ye .. pakcik dan makcik kesempitan hidup .. ahaks ! 

Ni lawak dari The No.2 ( Mus'ab la tu ) 

Mus'ab : Ayah, tu ape ?
Ayah : Ooo, tu kedai isi minyak kereta ...
Mus'ab : Bukan la ayah .. PETRONAS tu. 
Ayah : Erkkk .. 
Tetiba dalam suasana sengap sunyi di tengahari, ibu dan ayah pun baru nak lelap .. Mus'ab bersuara," Ibu, dik nak kawin la ... " 
Ibu ayah terkejut la apesal plak anak aku umur 2 tahun tetiba nak kawin plak ni ???

Oooo .. rupenye dia teringin pakai BAJU MELAYU ... sebabnye die tgk org kawen je pakai baju melayu .. ayah pi surau pun pakai t-shirt je .. padanla die kate die nak kawin .. aduhai anak ibu ..



Sponsor Kami