Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Apr 26, 2011

Syukran ... Allah permudahkan kami lagi ...

Alhamdulillah syukur. Allah permudahlan urusan kami lagi. Rumah dah basuh. Semoga urusan pindah rumah kami berjalan lancar. Setakat hari ni ... air dah masuk. Petang tadi bertungkus lumus dengan suami dan ayah mertua mendobi rumah baru. Esok, insyallah wire man datang nak pasang 9 bijik lampu kalimatang, 1 bijik lampu dinding, 2 bijik kipas siling dan 1 bijik kipas dinding. Total upah pasang RM100 .. harap harap betul la die charge banyak tu, jangan lebih. Budget pun banyak tu jek.

Insyallah esok juga kontraktor TM akan datang untuk sambung line telefon di rumah baru. Alhamdulillah deal punye deal punye deal ... dapat la jugak port kosong untuk rumah ni. Walaupun hakikatnya memang susah depa nak bagi. Tapi tu la, semua kerja Allah SWT. Lega aku dengar bila dapat juga 1 port untuk kami. Senang untuk aku call abang time dia kat Norway nanti. ( Abang nak pi lagi .. adalah hikmahnya tu aku akan di sini bersama anak-anak. Dapat jugak aku bantu mana yg patut untuk kenduri adik bulan 6 nanti )

Insyallah Sabtu ni, grill siap pasang dan bersedia untuk diduduki. Sungguh tak kusangka grill boleh siap seminggu jek sebab rumah yg kami sewa ni haritu janji 2 minggu tapi akhirnya makan bulan jugak. Harapnya tokey grill tu tak klentong kami sbb selagi takda grill, memang mustahil la kami nak duduk dengan anak anak yang begitu aktif memanjat sana sini .. Tingkat 3 plak tu .. aduhai bahaya bahaya .. 

Insyallah, minggu depan angkut barang dari KL ke Penang pulak. Lega nya bila dapat tahu proses mengemas akan dijalankan oleh kontraktor syarikat abang. Tak perlu la kami nak bertungkus lumus bukak pasang katil dan kabinet bagai .. semua A to Z , loading unloading, pack unpack .. depa yang uruskan. Kami tinggal bagi arahan je. Syukur alhamdulillah, Allah permudahkan lagi .. 

Semoga semua urusan berjalan lancar seperti yang dirancang. Harapnya rumah ni sempat la kami buat house warming, insyallah. Rumah di BM (Bukit Mahkota) tak sempat nak buat house warming dah kena pindah. Harapnya rumah di BM (Bukit Mertajam) sempat la kot. Rumah baru ni kecik ja .. penat dah ngurus rumah besar besar .. (teres besar ke ??? besar bangat dah aku rasa .. letih naik turun .. :) )

Rasanya sampai sini la dulu bebelan ku .. Ngantuks plak rasanya .. Daaa ...

Rumah baru kami .. alhamdulillah

Apr 23, 2011

Rehat kejap

Salam semua,

Perkhidmatan internet di rumah kami terpaksa diberehatkan buat seketika sehingga diberitahu. Sebarang informasi sila call atau sms ye .. Terima kasih.

Wassalam

Apr 21, 2011

Kusut

Kalau tengkorak dan kulit kepala aku ni lutsinar, boleh nampak urat saraf berselirat  dalam otak ni lebih bersimpul dari biasa, taktau mana hujung mana pangkai. Mana satu nak pi dulu mana satu nak mai dulu. Ya Allah, permudahkan segala urusan kami sekeluarga. Tenangkan hati kami ini agar hidup lebih tersusun dengan petunjuk-Mu.


Muadz : Adik, mai la ngaji sama. Allah tengah tengok kat atas tu. Nanti Allah marah adik tak ngaji.

Mus'ab : Eleee abang tu, ngaji pakai seluar pendek .. kecohhh jek !!

Erkk ...

************************************************************************

Suspen jek ! 

Takdek ape pun. Kita merancang tapi perancangan Allah swt lagi besar dan tak mampu untuk kite ubah sebab Dia tahu mana yang lebih baik untuk kite, kan ? 

Semoga hidup kami lebih tenang dan bahagia selamanya .. :)

 
Picture frame : Made for my loving sister .. Happy Birthday dear !!

Apr 19, 2011

Suka duka UITMPP

Baru selesai semester di UITM PP. Alhamdulillah semua dah berakhir. Rase-rase macam dah jatuh cinta plak nak jadi cikgu nih. hehe .. macam tak penah jadik cikgu je. tapi aura bebudak utara ni lain macam sket walaupun mostly duk KL. Agaknye derang pun dah terkena angin utagha kot. huhu .. 

Final projek, diorang kena buat video ala ala drama gitu. Yang bestnye, aduhai .. sangat sangat la kreatif bebudak nih. Tak tahu la software ape yang diorang guna nak tampal sana sini bubuh font cantik cantik siap ade bintang-bintang bagai .. aku expect kuar video seketul je .. siap ade lagu lagu .. mak ai .. memang omoshiroi .. sakit perut nengokkan video budak budak nih .. 

Anyway, congrats la ye sebab dah berjaya bagi sensei pecah perut nengok minasan punye hasil kerja yang cumil cumil belaka. Bab markah kreatif boleh dapat lebih. Bab grammar, aduhaiii kena cek balikk. Mana particle 'ni' mana particle 'no' main bedallllll je diorang ni yek. Takpela baru baru belajar memang cenggitu la .. subjek ape pun. Sensei pun dulu camtu jugak. Lagi teruk paa .. 

Walaupun dah abeh kelas, asal lalu depan uitm tu mesti teringat. Macam biasa patutnya malam ni ade kelas BJP253, bila dah takde kelas ni, rasa macam sunyi je la pulak. Tensyen tensyen mengadap si abang dan adik, bila ke kelas tu kurang la sikit tensyen. Walaupun kadang-kadang angin kus kus dengan student pulak datang... hehehe

Alamak, tak boleh lama-lama nih .. adik dan abang dah bising nak mandi .. 

P/s : Manela gambar yang amik hari tu yek, saya tunggu kat email tak sampai sampai pun .. 

Kepada student yang disayangi : 

がんばってください!GAMBATTE KUDASAI !

Hidup perlu diteruskan. Walau seperit mana pun you all rasa untuk menghadapi musim peperiksaan, semua orang melalui pengalaman yang sama dan dah berjuta orang berjaya melaluinya seterusnya berjaya dalam hidup. Yakin pada diri sendiri yang anda boleh buat. Bukan untuk siapa, tapi untuk diri sendiri dan yang penting, untuk ibu ayah tercinta. Berikan sesuatu kepada mereka kerana bukan mudah untuk menjadi ibu ayah. Jadi, berilah sesuatu untuk mereka agar mereka bangga punya anak macam you all semua. 

Sponsor Kami