Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Jun 28, 2005

oh bebeh ... i'm free

alhamdulillah segala rintangan jikken telah berakhir sepanjang aku berada di Oita ni ... pagi tadi signature terakhir dari tsuchida sensei membuktikan aku telah menamatkan semua jikken yang perlu disettlekan sebelum menamatkan pengajian di sini ... biler teringat balik zaman betapa seksanya dengan repot dan jerit pekik sensei marah time wat jikken ... memang rase nak benti bajar jek ... alhamdulillah banyak support dari mak ayah , adik adik dan teman-teman ... whuppsss ! lupe .. tutor tersayang Kajiwara kun ... hihihi ...

Aku rase nak citer balik pengalaman perit time jikken dulu tu kat sini ...

1. Sensei sengaja membuli kitorang suh tulis report dengan pen hitam ... setiap jikken tak kurang 10 pages ... tak termasuk graf yang bermuka surat tu ... syarat utama tak bleh pakai liquid paper dan sebarang jenis pemadam .. sebijik kanji salah .. salin balik satu page .. sampai bengkak bengkak jari menulis report jikken .. tak sempat nak study subject lain sebab terlalu concentrate dengan report jikken 10-12 bijik satu sem ..

2. Sem lepas kitorang kena buat 2 jikken seminggu ... memang tak cukup tangan nak buat ... sedangkan sebijik jikken seminggu pun tak cukup tido .. lagi laaaa 2 bijik ... purata tidur malam aku cume 2 atau 3 jam sehari ... sekadar rehatkan badan kejap sebelum sambung lagi ...

3. Kalau sekali hantar boleh lepas takpe la ... bergantung pada sensei ... ade pernah tu .. 8 kali aku hantar die still tanak terima .. ade je kesalahan yang die carik ... sampai dah merah mata aku pi antar jugak baru die nak terima .. aku tak faham .. nape die tak carik je terus semua kesalahan tu biar aku repair skali je .. repair satu carik lagi salah lain .. aku benci ... sengaja nak nyusahkan aku .. dengan time tu banyak paper nak exam ... takde ati perut sensei tu ..

4. Dah lali telinga aku kena kutuk ngan sensei jepun ni ... " Awak ni bajar ape aaa ?? bahasa jepun lintang pukang .. awak punye bahasa jepun ni bukan level university tau ... gi balik bajar bahasa jepun dulu baru dtg balik jumpe saye .. " :( .. sedih sangat ... aku dah berusaha sebaik mungkin .. bukannye aku tak faham ape yg die cakap .. cume kekadang ade la menda yg aku tak tertangkap ape die cakap .. pastu nak jawab balik soklan die .. secepat org jepun mane la mampu ... aku tak faham betul nape diorang tak boleh nak letak diri diorang kat tempat foreign student .. aku doakan semoga anak diorang nanti datang mai bajar kat mesia dan aku jadi senseinye pulak .. tau la aku nak buat ape ..

5. Memang aku tak baper faham jikken yang aku buat .. aku sekadar menyiapkan takat mampu jek .. tapi aku stress .. sebab buat menda yang aku tak faham .. tak sempat nak bajar sume .. subject dalam kelas pun tak sempat nak study balik semua .. sebab masa tak mengizinkan .. sampai satu tahap aku mmg rase nak benti dah .. aku malas dah .. benci nak buat menda yg aku tak faham .. aku takut aku tak bleh nak face dunia luar bile dah keja nanti .. especially kalau aku jadi engineer .. mane la aku faham sangat litar litar dan hukum hukum electrical nie .. aku harap ade yang dapat membantu aku time dah keja nanti ...

kepada kohai-kohai tersayang ... gambatte ne .. melalui zaman - zaman perit di skolah .. but believe me .. dan lepas semua baru perasan .. dengan menda ni la anda belajar pelbagai perkara .. bukan pasal study jek .. kehidupan , pengorbanan , dan macam macam lagi .. kekadang mmg dtg rase nak marah , stress , dan rase tak mampu nak teruskan ... tapi sebenarnye anda boleh .. kalau tak anda takkan terpilih datang ke nihon ni ... you've been selected from best of the best .. jangan sia sia kan peluang yang ade ni .. ramai lagi teman teman kat mesia yang besusah payah carik duit nak sambung belajar .. yang penting kena usaha .. kejayaan takkan datang bergolek .. tanpa usaha dan doa ... kejayaan sukar dicapai .. heheh

ewahhh .. cakap cam aku power jek .. selagi belum grad .. banyak menda yang perlu dihadapi .. aduihh .. mampu ke aku nie .. risaunye .. doakan yek ...

卒業できるように!!

p/s : kepada teman-teman sekeliling .. gomennasai ne bile sesekali tu nampak saye muram atau takde mood atau nampak cam bengang-bengang ke yang menyakiti hati kalian ... sebenarnye bukan marah kat korang .. time tu mesti tgh tensyen repot jikken tu .. :D

ごめんなさいね!

Jun 26, 2005

My Last Ryoko

Image hosted by Photobucket.com



This might be my last travel to all these places .. aaa zannen dane .. 超楽しかった! dapat melupakan sedikit sebanyak kerunsingan kerja skolah ... thanks to ITOSAN .. thanks a lot .. kalau die takde tak mampunye aku dan kawan kawan nak menjejakkan kaki ke tempat tempat perlancongan kat oita nie .. mahu tak nye .. Ropeway ¥1400 , African Safari ¥3000 , Jikoku Meguri ¥2000 , Umi Tamago ¥2000 lebih ... wuishhh dekat ¥10,000 ....

Walaupun ntah berapa kali aku dah menjejakkan kaki ke sini .. aku rase best gak ... sebab nye setiap kali pegi .. membernye lelain .. kali ni kami ( aku , itosan , kak fuza , balqis dan maslinna ) lima orang start our route with Ropeway .. naik keta cable .. dan mengakhiri perjalanan kami di Umi Tamago ( Telur Laut ) .. ahaks !!! bukan telur onsen tau mas ... heheheh

Panas gilerrr semalam .. abeh tebakar kulit ... walaupun letih .. kitorang gambaru juga habehkan perjalanan mengikut schedule yang telah dirancang ... dan ini merupakan perjalanan terakhir aku ke tempat tempat menarik di Oita ni memandangkan tak lame lagi Itosan tak dapat lagi nak bawak kami ... takpe la .. nak buat camne .. cume ape yang bestnye .. setiap detik perjalanan aku abadikan dalam gambar ... bestttt sangat ... sesape yang nak tgk detik perjalanan kami bleh aa usha kat Fotopagesaku .. heheh

Hisashiburi ni .. lepas letih dan berlapar ( menahan perut ) semata-mata nak menikmati tendon best .. akhirnye dapat jugak .. heheheh .. sebenarnye kat beppu ade sebijik kedai yang memang dikenali dengan tendonnye .. pendek kate .. tanye laaa sesape .. kedai tendon mane paling sedap ... memang kedai tu la .. aku pun tak pasti nama kedai tu .. tapi memang sedap laaaa ... wuishh tak bleh nak citer ah .. hehehe ...

balik dari travel ... dapat call dr mak angkat plak .. suh dtg umah die amik barang yg aku pesan .. heheh disebabkan die balik mesia .. aku pun mengambil kesempatan memesan kulit popiah dan majalah .. tekejut aku punye laaa banyak majalah die bawak balik .. tatau la bile bleh abeh bace .. sesape yang nak pinjam bleh aa datang amik .. heheh tapi kasik aku abeh bace dulu .. kueng kueng kueng ... rupenye rupenye diorang menanti aku nak banje sushi .. aduihhh walaupun perut dah penuh .. aku pi jugak le teman diorang ... dapat la jugak melepas rindu kat salmon dan pelbagai deza-to .. ahaks !!! time kasih bebanyak ... nyum nyum ..

dan .. balik terus tido ... letihhh gilerrrr .. kakiku kebas kebas ... !!!

Jun 24, 2005

somethin' to share ...

walaupun tak sibuk sangat minggu nie ... tapi keja keja yang perlu disiapkan kan tak jugak siap .. ishhh fushigi ya na ... apesal eh ... dua tiga arini aku banyak melayan buku 'Being Happy' .. buku yang telah bersemadi di rak buku aku selama 3 tahun lebih di Oita , 2 tahun lebih di Malaysia .. bace 3 muka surat tetido ... sambung selai lagi tetido lagi .. hehehe ... sebabnye buku tu dalam eigo .. aku ni eigo barai sket .. tak bape nak faham .. tapi saiking best plak bace ..

terima kasih kepada insan yang telah menghadiahkan aku buku tu .. the only present dari dia yang aku rase sangat bermakna dalam hidup aku .. it helps me lot ... buku motivasi yang banyak mengajar aku mengenali diri sendiri ... apa yang paling aku ingat die tulis dalam buku tu ...

"You deserve love and respect just because you are you ... don't worry if you think you have some bad attitudes you still have opportunity to change ... However , all changes will be met with resistance , in a word ... be prepared ... Live changes when we change ! "

The most important is .. love yourself first then you will know how much you mean to everybody around you ...

そうですね?  ... I LOVE MYSELF ... and i love my pillow too... ahaks !!

Jun 15, 2005

暇はいつだって??

友達と遊びたいな~

一緒にぶらぶらしたいな~

一緒にクラーンを読みたいな~

自転車を乗ってどこかに行ってみたいな~

ショッピングしたいな~

ふ~ん (U_U)0” 。。。。いつできるかな。。。

ずっと電力講座4年生室にいて疲れますわ!

皆試験だし。。どうしようもなく待つしかないか。。

その時間が来るまでお待ちしておりま~す。。。

♪d(^0^)b♪ .... yihaaaaaa !!

Jun 11, 2005

.....

buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

sebagai manusia biasa .. kite hidup macam roda ... kita tak akan berada di atas selamanya ... kadang-kadang kite mesti berada di bawah ... mungkin masa kite di atas kite rase orang akan carik kite ... orang senang dengan kite ... tapi bile kite kat bawah ... kite pasti akan carik orang pulak ... untuk mengurangkan rase tak sedap di hati ... dan tensyen dalam diri ...

yang pasti .. kite perlu bersedia untuk berada di bawah ... tanpa persediaan yang cukup ... kite mungkin boleh jatuh tersungkur dan yang pasti kite akan sakit ... tapi .. dengan persediaan ... sekurang-kurangnya kite dah ready untuk berada di bawah .. walaupun sakit tapi mungkin kurang sket la kot ...

x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x

tiada yang membezakan seseorang manusia dengan yang lain melainkan dengan IMAN nya ... maknanya .. manusia ni disisi Allah sama je ... yang membezakan darjat manusia disisi Allah cume iman die jek .. dan kite sebagai manusia tak layak untuk menilai keimanan seseorang ... cumanya untuk menjadi manusia beriman ... pembentukan diri dengan akhlak yang mulia dan perbaiki diri dengan amal ibadat adalah salah satu pemangkinnye ... :) .. ape kate kite cube ???

p/s : belajar menghargai seseorang sementara dia masih ada ... jangan sampai masa dia dah pergi baru tercari cari ... masa tu dah tak boleh buat ape lagi ...

Jun 10, 2005

some good jokes for me ...

TEACHER: Why are you late?
L-JOHNY: Because of the sign.
TEACHER: What sign?
L-JOHNY: The one that says, "School Ahead, Go Slow."
----------------------------------------------------------------------
TEACHER: What is the chemical formula for water?
L-JOHNY: "HIJKLMNO"!!
TEACHER: What are you talking about?
L-JOHNY: Yesterday you said it's H to O!
----------------------------------------------------------------------
TEACHER: George, go to the map and find North America. !
GEORGE: Here it is!
TEACHER: Correct. Now, Johny, who discovered America?
L-JOHNY: George!
-----------------------------------------------------------------------
TEACHER: Johny, name one important thing we have today that we didn't have ten ye! ars ago.
L-JOHNY: Me!
------------------------------------------------------------------------
TEACHER: Johny, why do you always get so dirty?
L-JOHNY: Well, I'm a lot closer to the ground then you are.
------------------------------------------------------------------------
L-JOHNY: Dad, can you write in the dark?
FATHER: I think so. What do you want me To write?
L-JOHNY: Your name on this report card.
------------------------------------------------------------------------
TEACHER: How can you prevent diseases caused by biting insects?
L-JOHNY: Don't bite any.
------------------------------------------------------------------------
TEACHER: Johny, give me a sentence starting with "I".
L-JOHNY: I is... TEACHER: No, Johny. Always say, "I am."
L-JOHNY: All right... "I am the ninth letter of the alphabet."
------------------------------------------------------------------------
Teacher: "Can anybody give an example of COINCIDENCE?"
L-Johnny : "Sir, my Mother and Father got married on the sameday, sametime."
------------------------------------------------------------------------
Teacher: "George Washington not only chopped down his father's Cherry tree, but also admitted doing it. Now do you know why his father didn't punish him?"
L-Johnny : "Because George still had the axe in his hand."
------------------------------------------------------------------------
L-Johnny : Daddy, have you ever been to Egypt?
Father : No. Why do you ask that?
L-Johnny : Well, where did you get THIS mummy then?
------------------------------------------------------------------------
Teacher : What a pair of strange socks you are wearing, one is green and one is blue with red spots!
L-Johnny: Yes it's really strange. I've got another pair of the same at home.
-----------------------------------------------------------------------
Teacher: Now, children, if I saw a man beating a donkey and stopped him, what virtue would I be showing?
L-Johnny: Brotherly love.
------------------------------------------------------------------------
Teacher: Now, Johny, tell me frankly do you say prayers before eating?
L-Johnny : No sir, I don't have to, my mom is a good cook.
------------------------------------------------------------------------
Teacher: Johny, your composition on "My Dog" is exactly the same as your brother's. Did u copy his?
L-Johnny: No, teacher, it's the same dog!
----------------------------------------------------------------------
Teacher: What do you call a person who keeps on talking when people are no longer interested?
L-Johnny : A teacher

because i'm tired of everything ... !!!


Jun 9, 2005

kisah sorang penghantar suratkhabar ..

perrghhh .. 7 jam duduk dalam lab ni ... boleh pengsan dibuatnye ... akhirnya siap satu kerja .. ade 4 lagi report nak kena siap .. 3 perlu disubmit esok .. mesti tak sempat nye la .. takpe la aku buat takat mampu jek ... yang mane tak mampu .. sori la sensei .. hehehe

wooo baru teringat .. esok 10hb .. bermakne esok adelah hari gaji aku .. muehehehe ni yang rase best nie .. walaupun tetiap ari bangun pagi rase cam nak benti je keja sbb tak larat nak bangun pagi dah .. sedar tak sedar dah cukup lagi sebulan .. sayang la plak nak benti keja tu .. bukan senang nak dapat keja cenggitu .. nasib aku baik .. alhamdulillah bos faham dan bagi aku rumah taman je .. ade la dalam 5 bijik umah yang aku perlu panjat tangga .. yang lain aku cume perlu masukkan dalam posbox pagar rumah je ..

kalau dulu aku amik mase dalam 2 jam jugak nak abeh kan 2 taman ... tapi saiking alhamdulillah boleh abeh dalam 1 jam setengah .. cepat abeh cepat balik umah ... cube bayangkan sehari kerja sejam setengah je .. tapi gaji same ngan org kerja sehari 6 7 jam .. cumenye keja aku ni takde cuti la .. sebulan sehari je cuti .. tapi kalau aku ade hal dan mintak cuti .. die bagi .. aku cuti sehari , 2 hari mahupun 5 hari .. die cume tolak sket dan gaji akhir bulan tetap same ... amcam .. menarik tak ???

heheh ... aku tertarik dengan masyarakat jepun ni ... aku kerja bangun dalam pukul 330 .. lepas subuh terus gi kerja .. dalam pukul 4 dah ade makcik-makcik dan pakcik-pakcik jepun yang berjogging ... kalau tak jogging pun diorang jalan ... tetiap ari aku akan jumpe pakcik makcik yang same ... kuat betul semangat diorang .. ade yang jalan suami isteri ... ade yang jalan sorang .. naik bukit turun bukit .. jauh plak tu .. tapi tetiap ari aku tak miss .. mesti jumpe diorang ... kalau kat mesia mungkin ade org buat tapi tak ramai la kot ( kat kampung aku lah .. kat tempat lain aku tatau ) ... hehehe ... pastu dalam pukul 5 plak dah nampak pakcik pakcik yang bawak pet ( inu ) derang jengjalan ... ramai plak tu .. bukan sesikit nye .. sepanjang jalan mesti terserempak dengan pakcik makcik yg dah tua-tua .. ade yg dah bongkok bongkok pun still jalan lagi ... hebatkan diorang ... ??

esok kije lagi .. jumpe lagi pakcik makcik tu .. muehehehe ... yang pasti aku slalu lumbe ngan penghantar surat khabar dari syarikat lain .. aku katteni buat satu checkpoint .. sape sampai dulu die menang ... kalau aku kalah maknenye aku lewat ah tu ... heheh

ape aku mengarut nie ???

Jun 7, 2005

jom fikir-fikirkan

sejak kebelakangan ni aku rasekan banyak betul kerja kerja aku Allah permudahkan .. alhamdulillah ... dan aku harap kemudahan yang Allah bagi ni aku tak salah guna sampai lupe diri ... wahai sahabat-sahabat semua .. sekiranya aku tersalah laku ... sile la tegur jangan segan silu ... yoroshiku ne .. :p

kali ni aku rase nak citer perbualan aku dengan sorang sahabat jepun ... die ni dah lame tahu pasal islam nie ... dan aku harap sangat satu hari nanti hati die terbuka nak terima islam ... aku cuba ajak berbual dengan dia .. tapi malangnya dengan ilmu aku (yang sebesar kuman pun blom tentu nie) .. banyak persoalan dia yang aku tak mampu nak jawab .. :( antara persoalan die yang aku rase nak ajak sahabat-sahabat pun same-same berfikir apakah jawapan yang paling sesuai bagi memuaskan hati orang bukan islam disamping menampakkan Islam tu cantik .. bukan satu agama yang susah dan berat untuk dilaksanakan ...

antara persoalannya ...

1. Kenapa Islam tak beri peluang pada penganutnya untuk memilih agama sendiri ? Dari kecik dilatih dengan kibishi tentang solat, puasa dan sebagainya .. dan bile dah besar kalau kuar Islam kena bunuh .. ?

2. Kenapa orang Islam begitu meletakkan babi sebagai makanan yg kotor .. ade jugak orang Islam yang minum arak tapi kalau sebut babi zettai org Islam tak makan .. kenape ?? Ape beza babi dan arak sedangkan dedua haram ..

3. Orang Islam percaya wujudnya syurga dan neraka dan meletakkan Islam agama yang benar .. dan orang yang masuk Islam je akan masuk syurga ... jahat pun bleh masuk syurga as long percaya Allah tu tuhan ... tapi agama lain pun pegang menda yang same .. agama lain pun kate agama diorang the only religion yang betul ..

4. Awak tak nampak Islam tu berat dan kibishi sebab awak dr kecik dah dilatih untuk solat 5 waktu sehari , pakai tudung , puasa dan sebagainya ... bagi org bukan Islam .. dah tentu die tak nampak ape kebaikan membunuh org yg keluar dari Islam .. betul tak ??

5. Orang selalu cakap ... contohnye bile result exam kuar dan keputusannya tak elok mungkin orang akan cakap " Kite tak doa mintak tolong Allah atau Allah tak tolong sbb kite jahat " ( ni die fikir la kot .. bagi aku setiap kejadian tu ade hikmah dan sebabnya .. ) .. TAPI bile result elok orang akan cakap " Kite berusaha dengan baik dan Allah tolong kite " ... bagi saya .. Tuhan tolong ke tak tolong tu lain citer ... yang penting diri sendiri .. saya dapat result elok ke tak elok ke takde kaitan dengan tuhan ... sebab kebaikan dan keburukan semua datang untuk saya jugak ...( ermm...)

6. Al-Quran daripada Allah , kitab pegangan Kristian pun asal asal dari Allah ... tuhan yang same ... betsuni iinn jang .. ( tapi manusia dah ubah kitab-kitab tu ... ) .. ye la tapi tuhannye kan same .. dan ape buktinya org org kafir akan masuk neraka org islam je masuk syurga .. kat mane nak nampak balik amalan-amalan manusia .. ? memang org islam percaya wujudnya malaikat ... tapi pernah ke nampak ?? orang islam percaya sebab sume ade tulis dalam quran je kan .. ?

ade banyak lagi ... ini yang aku rase paling banyak dia tekankan ... aku harap mereka yang bace tulisan aku ni takde yang KELIRU tentang kebenaran Islam .. hakikatnya ... ISLAM itu benar .. ISLAM satu-satunya agama yang BENAR dan LENGKAP ... yang menampakkan kelemahan Islam adalah MANUSIA .. manusia sendiri yang merosakkan keindahan ISLAM .. dan kadang-kadang ORANG ISLAM sendiri yang mengkelirukan orang bukan ISLAM tentang kebenaran ISLAM .. mari lah kite fikir-fikir kan ...

tujuan aku tulis menda ni untuk mengajak teman-teman berfikir pandangan orang Jepun tentang Islam .. dan camne cara nak jawab yang terbaik supaya Islam ni nampak indah dimata diorang ... :P

p/s : terpanjang plak .. tuan puteri minta diri .. hihihi

Sponsor Kami