Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Dec 24, 2009

Kumiliki Segala

Alhamdulillah... hanya itu satu-satunya kalimah yang mampu aku luahkan dengan ketibaan tahun baru 2010 ini. Dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata, kurasakan sungguh bahagia. Sangat bahagia. Walaupun terlalu sibuk dengan karenah dua putera tersayang, aku gembira dan bersyukur kini kumiliki zuriatku sendiri...alhamdulillah.

Dalam kesibukanku melayari bahtera rumahtangga, tanpa aku sedari hanya 2 posts yang mampu aku nukilkan untuk tahun 2009 ini. Wah, busynye aku .. orang lain pun busy juga... tapi insyallah tahun ini aku lebih tenang kerana segala yang kuimpikan telah ada didepan mata, hanya tunggu diaplikasikan.

Alhamdulillah, tahun 2009 merupakan tahun persediaan buat kami sekeluarga. Bulan 4 yang lalu, kami dah selamat berpindah ke rumah baru setelah hampir 2 tahun menanti untuk siap diduduki. Agak jauh dari pusat bandar dan memang itu menjadi impian aku dan abang. Bukan apa, rimas dengan hiruk pikuk bandar. Di mana? Di Bandar Bukit Mahkota. Kalau sebut BBM memang orang tak kenal tapi kalau sebut Bandar Seri Putra, insyallah orang tahu. Di kawasan yang samalah tu. Dah lebih setengah tahun kami menetap di sini dan alhamdulillah suasananya seperti yang diimpikan kami berdua. Kawasan yang tenang dengan kehadiran jiran tetangga yang baik dan saling mengambil berat antara satu sama lain. Aku bersyukur kami diberi peluang memiliki rumah sendiri seawal usia ini dan kuharapkan agar Allah permudahkan kami sentiasa.

Alhamdulillah, tahun 2009 ini juga kami menyambut kelahiran seorang lagi ahli baru dalam keluarga ini. Muhammad Mus`ab sentiasa dinanti oleh abangnya Muhammad Muadz. Aku sentiasa berdoa agar mereka menjadi anak yang soleh dan sentiasa mendoakan kedua ibu bapa mereka. Mus`ab dilahirkan pada 20 Nov 2009 jam 5.30ptg dengan berat 3.1kg secara normal. Alhamdulillah aku berjaya juga mengeluarkannya setelah bertarung nyawa hampir sejam. Dan kini berat Mus`ab dah 4.1kg dengan hanya minum susu badan. Setelah kegagalan aku menyusukan Muadz  secara ekslusif dulu, aku berazam untuk menyusakan Mus`ab sepenuhnya. Walaupun pelbagai dugaan datang, aku kuatkan azam dan alhamdulillah lega akhirnya aku dapat memberikan sepenuhnya susuku buat anak tersayang.

Rasanya cukup sampai disini dulu. Harapanku agar aku diberi sedikit masa terluang lagi untuk aku terus menulis di ruang yang tak seberapa ni lagi... wassalam.

Sponsor Kami