Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Jan 26, 2010

Perkembangan Adik & Abang

Adik dah pandai borak ! Alhamdulillah. Seronok betul tengok perkembangan adik dan abang. Adik dah pandai senyum bila ibu berbual dengan dia. Ternganga-nganga mulut nak sembang walaupun suara tak keluar. Cukup 60 hari yang lalu adik dah pandai pusing badan. Pantang letak atas bantal mesti bergolek. Tak boleh letak tepi-tepi katil dah, sangat bahaya.

Abang pulak, berbual dah macam orang tua.Geram pun ada kadang-kadang. Tapi masih senang nak mintak tolong ambilkan itu ini. Alhamdulillah senang nak ajar si abang nih. Dah pandai mengira sampai nombor 10. Asal nampak nombor kat TV atau buku, mula lah nak mengira. Setiap kali panjat tangga pun nak kira anak tangga. Tapi sampai 10 je la .. hehe

Sekarang adik n abang tengah tidur. Tadi abang tidur bawah. adik masih belum tidur. Berangan agaknya. Ntah masa bila abang  naik atas pun ibu tak perasan. Sedar-sedar abang tengah peluk adik, dedua dah terlelap... Alahai cutenye hero ibu duorang nih!!

Ibu doakan anak-anak ibu jadi anak soleh dan ringan tulang bantu ibu dah besar nanti ye, sayang!

Ayah ke Brunei pagi tadi. Rindu pulak ibu pada ayah. Tapi nak buat camne, ayah pergi pun atas urusan kerja. Sebulan sekali mesti nak kena ke sana. Tinggal la ibu dengan anak-anak ibu. Ayah cecepat balik ye.. kami rindu nih...
 








Jan 25, 2010

Holiday

Orang kata bagi family yang ada anak-anak belum sekolah, bawaklah diorang bercuti bukan musim cuti sekolah. Memandangkan kami satu family ni dah lama tak pergi bercuti, rase ceciwi la pulak nak balik kulim minggu lepas. Bukan anak-anak yang ceciwi ... mak ayah yang excited tak ingat.

Aku memang dah lama tak berkelah sejak adik bongsu dah membesar nih,bapak malas dah nak bawak pegi waterfall, wet world and so on. So, we decided to go to Bukit Merah Lake Town. Yang lagi best kami stay one night kat sana. Dengan kata lain, lebih rilek untuk mandi manda.

So, these are few pics to share! ... whupppss, kami pergi satu keluarga belah abang.. with atok, opah, maklong, abang danial and tokcik. Seronok betul walaupun penat melayan tentera-tentera atok and opah yang dua orang tu ...














Waiting for entrance. Arrived before 10am. Punyelah excited !




















Bebudak ni lagi la excited !














Takcaya tengok tu !

Pelampung hero-hero tu ibu belikan sehari sebelum bertolak, di Nilai 3. Kalau tak, sure kena pau kat sini. Bankrup ibu...hehehe... sape bijak??


Jan 23, 2010

Formula nak tidurkan anak-anak

Ibu masih belum dapat formula untuk menidurkan dua putera kesayangan ibu nih. Setiap kali nak tidur tengahari mesti problem. Bukan apa, memang sejak kecil ibu manjakan si abang nih ... setiap kali nak tidur mesti ibu peluk cium sampai abang tertidur sambil berbual-bual dengan dia. Bila adik dah ada, abang masih mahukan peluk cium ibu.

Masalahnya, selagi adik tak tidur, ibu tak boleh tinggalkan adik sendirian sebab adik mesti nangis. Adik pulak 24 jam nak melekat dengan ibu. Jadi, ibu selalu pesan dengan abang suruh abang diam supaya adik boleh cepat tidur dan ibu boleh peluk abang ...

Malangnya ... abang tak pernah nak faham nasihat ibu tu ... dia sangat suka mengeliting tepi tepi adik, kejap kejap cium adik. Paling tidak pun, membebel bebel tepi telinga adik ..

MACAM MANA ADIK NAK TIDUR ???

Akhirnya, abang pun tak boleh tidur sebab adik tak boleh tidur ...

Arghhhhh tensyennye !! Ade sesape yang tahu formula nak tidurkan anak-anak waktu siang ?? Malam takpe, ayah ade .. so tugasan menidurkan abang boleh diserahkan pada ayah ..( walaupun kekadang failed jugak !! ) .. Ermm anak-anak ni kan .. ape ape pun nak carik jugak bau ibu.

BANGGA PUN ADA JUGAK !! ... :)

Jan 13, 2010

Adik mana ???

Hari ni ibu sibuk sikit menguruskan macam-macam perkara. Kebetulan mbah dan maktok datang rumah. Biasalah orang tua kami memang rajin datang rumah, melawat cucu. Rindu bangat la tu. Baru sehari dua tak ke sana, insyallah mesti diorang yang ke sini. Alaah tak jauh mana pun Bandar Baru Bangi dengan Bandar Bukit Mahkota nih. Adalah dalam 20 minit naik keta. Tapi tol pegi balik RM2.80 jugaklah.

Disebabkan ibu tak menang tangan hari ni, terpaksalah ibu mintak tolong maktok bawak balik abang ke sana. Tapi jauh disudut hati, berat sebenarnya nak bagi si abang tinggalkan ibu dan adik di rumah tapi nak buat macam mana. Si abang pun memang pantang tengok mbah start kereta, dia mula lah menggedik nak ikut. Kali ni ibu terpaksa izinkan mbah bawak abang balik.

Tapi ibu perasan, masa abang dah naik kereta kat luar pintu pagar tiba-tiba muka si abang dah berubah. Agaknya dia baru perasan yang ibu dan adik tak ikut. Tapi disebabkan keinginan yang amat sangat si abang ni nak naik kereta, dia let go je perasaan tu agaknya ...

Kata maktok abang cari adik dan ibu kat sana tadi ...

" Adik mana ?? Ibu mana ?? " Si abang baru sedar yang dia rindukan adik dan ibu .. tapi nak buat macam mana. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta sape peduli ... terpaksa lah si abang tunggu sampai malam baru mbah hantar dia balik BM.

Tapi hakikat sebenarnya .... IBU PUN ANGAU JUGAK PTG TADI !!! hwaaaaaa ...

Jan 11, 2010

Kisah abang dan adik

Kisah si abang dan adik ni memang memeningkan aku. Oh ye sebelum ape ape elok aku perkenalkan dulu si abang dan si adik serta serba sedikit mengenai mereka berdua nih ..

Si abang >> klik sini


Si abang ni namanya Muhammad Muadz. Umurnye 2 tahun 2 bulan lebih kurang. Tapi keletahnya mengalahkan budak umur 3 tahun. Geram betul dibuatnya. Kekadang rasa nak ketawa kekadang rasa geram nak gigit pun ada. Pantang ibu dan ayah salah sikit semua nak ditegurnya .. ' Allah marah ' , ' Ayah...tersilap tu' atau paling tidak pun bila si abang nak meluahkan rasa tak puas hati dia sekadar menjerit ' Ayah ni !' tak pun 'Ibu ni!' ... Sabar je la ...

Si adik >> klik sini


Si adik ni pula namanya Muhammad Mus'ab. Umurnya baru nak masuk 2 bulan. kecik lagi. Tapi dah pandai jugak tunjuk kelaku. Almaklumla ibunya tak kerja. Manja terlebih la tu. Asyik nak melekat je. Orang tua-tua kata jangan ajar berdukung nanti naik lemak. Tapi tak ajar pun. Memang dia susah nak letak la .. geramnya .. satu kerja pun susah nak settle .. tapi takpela orang pun faham ade baby memang camtu la gayanya ..

Setakat ni dulu la ibu nak bercerita tentang si abang dan si adik. Insyallah nanti dah besar boleh la diorang berdua bace balik gelagat masing-masing kat blog ibu diorang.

Ermm .. lame jugak aku maintain blog ni .. Since 2004 .. wuishhh ! Takpe untuk tatapan anak-anak ibu nanti ... Sayang anak-anak ibu ... * ayah jangan jeles ye !

Sponsor Kami