Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Dec 30, 2011

Tahniah kerana bertukar status diri


Tahniah. Sorang lagi adikku bertukar status dari single ke married... Lepas ni mungkin lambat sikit la kot nak tunggu adik ke-5 pulak nak tukar status. Selamat diijabkabulkan 4.12.2011 aritu. 

Aduhai ... bulan Disember 2011 ni memangla bulan yang paling mencabar hidup aku sekeluarga ... dengan kandunganku yang dah mencecah 7 8 bulan nih .. keletihan maksima yang tidak dapat digambarkan dengan jadual weekend yang sangat bz sehingga tak sempat duduk rumah pun weekend .. rasa-rasanya semua pun macam tu kot. Kenduri kendara dan macam-macam aktiviti untuk mengisi masa lapang anak-anak .. 

Dah pukul 12 ni .. cik abang nak balik. Hari ni cuti masak la rasenye .. tak larat pulak nak masak .. lagipun dah boring la makan masakan sendiri. Nak rasa air tangan org lain plak .. :)

Nov 20, 2011

20.11.2011

Tarikh keramat buat anak ke-2 yang hari ini genap umurnya 2 tahun. Alhamdulillah dah 2 tahun umur anak ibu. Ramai yang melangsungkan pernikahan dan majlis walimah pada tarikh keramat ini tapi ibu lebih berbangga dan berbesar hati kerana menyambuat ulangtahun anak ibu yang ke-2 pada tarikh bersejarah ni ..



Jul 18, 2011

Hasil Tanganku




Inilah beberapa contoh hasil tanganku yang sangat lambat diupdate masuk blog. Tatau la ok ke tak. Harap-harap anda suka .. Actually banyak lagi kaler yg dah buat tapi tak sempat nak ambik gambar sbbnye dah kelam kabut dengan si anak2 kecil berdua. Bile cek balik dalam kamera .. alaaaa takde rupenya gambar yang tu.. sho ga nai la .. Sebab barang sudah sampai ke tuan yang mengorder .. Harap die suke :) 


 

Ini pulak aksi dua beradik menikmati sate ayam + timun ibu buat sebagai snek di petang hari. Kemain sedap lagi si abang makan ( kalau tak, aduhai susahnya nak makan anakku seorang ini ) .. Alhamdulillah .. lega ibu tgk anak ibu makan banyak .. Insyallah lepas ni ibu akan lebih kreatif lagi menyediakan hidangan berkhasiat untuk anak anak ibu ye ..

Jul 7, 2011

Berkampung di Bangi

Minggu ni kami sekeluarga nak berkampung di Bangi sekejap sempena majlis walimah adinda tersayang Ce dan isterinya Shikin .. Semoga semua berjalan lancar .. :)


Ready to go ! Thanks to Puan Azira Ayu sbb order MACARONS dari saya. Rasanya insyallah ok kot, cuma bentuk belum bleh maintain lagi .. ade terbesar ade terkecik .. sorry sangat !!

Jun 21, 2011

New products - Goshoukai shimasu !

Pengenalan produk terbaru saya - Freshly Baked Homemade Macarons !

Macarons with Chocolate Mocha

 Macarons with Salted Caramel

 Macarons with Peanut Butter Cream

Chocolate macarons with Nutella

Other products will be added soon, insyallah. Dalam proses pembelajaran. Alhamdulillah lega bila usaha berlajar-belajar dan terus belajar membuat macarons ni mendatangkan hasil. Dengan sokongan dari Cikgu Nomie yang sentiasa support 24/7. Alhamdulillah hasilnya memberansangkan. Walaupun tak secantik macarons yang dijual di pasaran dan di gerai gerai online yang memang dah lama terkenal dengan ke'perfect'an macarons mereka, tapi aku bersyukur, usaha berbelas kali gagal mendatangkan hasil jua. Harapnya mendapat support dari kawan-kawan yek. 

"Sedang mengejar order Cik Azira Ayu dari Bangi .. banyak ordernye .. untuk doorgift majlis perkahwinan adik .. ganbare ganbare !! "

"TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK KEPADA YANG SUDI SUPPORT SAYA"




Jun 13, 2011

Kanak-kanak Tepung !



Hai anak-anak. inilah kerjanya bila ibu terlepa sekejap. Dah takde mainan lain nak main. Toy berkotak-kotak ibu ayah beli tak pandang pun. Bedak jugak yang suka nak diusiknya. Hasilnya ...... camni la .. aduhai anak-anak ibu .. 

Jun 10, 2011

Macarons lagi ...

Sori la, tengah giler macarons nih. layan je la ye ...

Packed for hantaran Ace & Shikin

This is Ace & Shikin - Welcome my new sister in law ...  :)

****
 Stok macarons !

 Ni yang dah siap filling - Double pack

  Ni yang dah siap filling - Single pack

Jun 3, 2011

Cubaan ke-7

Akhirnya ... usaha aku kali ke-7 membuahkan hasil yang diharapkan. Walaupun tak 100% perfect. Tapi ade la rupa berbanding cubaan 6 kali yang lepas. Aduhhh hampir kecewa !! ... dan putus asa ...

Tak tahu lah nape semangat aku untuk buat MACARONS ni begitu berkobar-kobar. Pernah jugak join kelas pastry, tapi buat sekali dua, semangat ku hilang dibawa angin lalu.

Ni lah hasilnya ..







May 31, 2011

Tribute to Nasir aka Ace !

Countdown ---> 4 hari lagi ... sorang lagi adik aku bakal menjadi suami orang. Alahai, macam tak percaya je ko nak kawen ce. Diam ubi berisi ko rupenye yek ??? Dah sampai jodoh, alhamdulillah. Akak doakan jodoh ce dan isteri berkekalan dunia akhirat.

Ayat-ayat biasa kepada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga dan pemikiran mereka yang belum merasai alam rumahtangga serta hakikat sebenar bila selesai akad nikah :-

1) Ayat biasa - Banyakkan bersabar
    Sebelum akad - Nape ye ? Bukan best ke kawen ?
   Hakikatnya - Bukan 1, 2 perkara yang memerlukan kita bersabar, malah seribu satu dugaan menanti. Antaranya, masalah persefahaman - walau bercinta seribu tahun, tak mungkin kesefahaman dapat disatukan dalam setahun dua berkahwin. Disitulah lahirnya masam manis alam rumahtangga. Kadangkala indah, kadangkala berduka .. (ewah .. )

2) Ayat biasa - Jemputlah datang rumah nanti .. ( ayat2 dari mak mak sedara dan pak pak sedara )
    Sebelum akad - Yelah, insyallah ada masa kami pi ... kami pun nak honeymoon jugak !
    Hakikatnya - Tak semudah itu. Memang kena peruntukkan masa melawat saudara-mara kedua-dua belah tak kira isteri mahu pun suami. Jangan tunggu raya baru nak pi. Susunlah jadual korang, setahun pertama, malah dua tahun pertaman, jangan harapkan weekend korang kosong. Insyallah, memang penuh dengan jadual memperuntukkan masa dengan kaum keluarga. Inilah masanya nak berkenal-kenalan meramah mesra dengan sanak-saudara. Jangan sampai org kata 'sombong' .. Time kawen kemain jemput. Orang datang tolong sana-sani, lepas kawen lesap ntah ke mana .. kalau bukan abg kakak adik parents kite yang banyak membantu, sape lagi yg nak tolong mak bapak kita siapkan majlis walimah kite tu. Jadi, hargailah pakcik-makcik kita. Susunlah jadual sebaik mungkin .. jangan nak ingat honeymoon je yek !

Sampai sini dulu. Makcik dah letih membebel. Ini antara point yang selalu org zaman la ni TERLUPA ! .. saja nak ingatkan ..

GOOD LUCK ye ce ! 

May 25, 2011

Jiwang Karat Kejap !


Tetiba rasa nak jiwang karat kejap. Tengok gambar lama-lama, alahai bile mase la amik gambar ni yek .. suda lupa la .. Rindu bangat sama ini rumah la. Bersih dan kemas ( masuk bakul angkat sendirik ) hihi .. Bila la bole pulang ke pangkuan rumah terchenta.

Pusing-pusing fb n blog terjumpa la iklan nih .. 


Waaa, macam best je .. teringin la plak nak masuk contest ni. Worth 15k kalau menang .. kalau la memang .. tapi kena bubuh gambar rumah + kite ade dalam gambar tu .. lepas tu kena bubuh gambar tu plak as profile picture kat fb .. aduhai .. tu yang lemah tu. Tak suke nye nak letak gambar cenggini kat fesbuk .. abeh sume org tgk .. kawan rapat, kawan tak rapat, client, jiran tetangga, sedara mara sume tgk .. eiii takde privacy langsung .. 

Blog ??? Blog takpe sebab org yang dikenali je boleh tgk. Abeh abeh pun org yg mmg kite tak kenal die, die tak kenal die termasuk tgk. Takpe la cenggitu .. 

Err.. ape ape pun kena tanye en.hubby dulu boleh masuk tak contest ni .. 

Mode : Rindu En. Hubby ..sob sob sob

May 24, 2011

Buat tatapan ayah !

Ayah,

Muadz dan Mus'ab rindu ayah .. Muadz selalu tanya ibu especially bila berdua dalam kereta,

" Nape lambat sangat ayah nak balik ni ?? "

Sayu pulak hati ibu dengar anak ibu cakap macam tu .. Adik pulak bila ditanya "Ayah mana ?" Dia jawab,

" Shuuuuuuuuuuuuu (bunyi kapal terbang) sambil tangan gerak ke kiri ke kanan "

Sebelum ni, abang dan adik kecik lagi, mungkin tak berapa kenal erti rindu. Kali ni, ayah tinggalkan kami, anak-anak dah makin besar dan pandai .. dah tahu erti rindu. Dah tahu erti sayang. Mungkin dah rindu sangat agaknya anak-anak pada ayah.

Cepatlah ayah balik .. anak-anak dah rindu sangat ... ---> IBU PUN ! ... hehe

 Sebelum potong rambut !

 Selepas potong rambut dan selepas mandi ..

 No komen ..

 Seronok dapat kereta baru ..

 Mata masuk habuk kot ni

 Adik dan abang ..

Ni kes nak rebut kamera la nih ..

Mad of MACARONS !!

Yeahh , mmg aku sedang kegilaan macarons. Menatang apa nih ? Err .. bukan macaroni ye .. macamana rasanya ??? Errmm actually aku pun tatau rasanya macamana sehinggalah kali pertama ia masuk ke dalam mulutku setelah selesai kelas macarons yang aku join bersama PiqaBakery di klang 20/5/2011 hari tu. Punyala teringin nak rasa macaron ni sampaikan sanggup aku meninggalkan anak-anak kejap kat mak bapak aku semata-mata nak mendalami apa itu macaron. Dan akhirnya ... ten ten ten ...

 inilah hasilnya ! Amcam, best tak ?

 Lagi satu, untuk tatapan anda ? Geram kan ?

 Lagi ...

 Dan lagi ... (pinjam pinggan jacobs sat naa)

 Haaaa .. ni la dia first tester !!

 Lihat saja keasyikan wajahnya yg sedang menikmati macarons hasil tangan kami di kelas tadi .. huhu

Walaupun banyak 'air pocket' rasanya tetap emmmphhh !! Rangup di luar, lembut di dalam .. manis dan enak. Keasyikan macarons yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Dah belajar cara buat barulah aku faham kenapa harga biskut ni boleh sampai RM4-7 sebijik. Makkkk aiiii ... sapa nak beli ?? Haaa sbb tu la aku pi belajar cara nak buat .. at least anak anak dapat gak merasa makanan mahal ni dari air tangan ibu. 

Cikgu Nomie kate, jual macarons ni bukan jual biskut, tapi jual kehandalan kita tukang yang membuat biskut nih. Bukan senang nak jadi. Banyak pantang larangnyaa. Nak buat kena tengok cuaca, kena ikut resipi bebetul..Bahan nak kena perfect .. Salah sikit je, alamat BUANG je la .. aduhai .. memang betul .. 

CUBAAN PERTAMA ---> GAGAL !!

Esok cuba lagi, insyallah. Jangan putus asa !! rugi je bayar RM120 buat separuh jalan. Buat jangan tak buat. Tengah semangat nih. Semangat fuh fuh fuh .. 

Apr 26, 2011

Syukran ... Allah permudahkan kami lagi ...

Alhamdulillah syukur. Allah permudahlan urusan kami lagi. Rumah dah basuh. Semoga urusan pindah rumah kami berjalan lancar. Setakat hari ni ... air dah masuk. Petang tadi bertungkus lumus dengan suami dan ayah mertua mendobi rumah baru. Esok, insyallah wire man datang nak pasang 9 bijik lampu kalimatang, 1 bijik lampu dinding, 2 bijik kipas siling dan 1 bijik kipas dinding. Total upah pasang RM100 .. harap harap betul la die charge banyak tu, jangan lebih. Budget pun banyak tu jek.

Insyallah esok juga kontraktor TM akan datang untuk sambung line telefon di rumah baru. Alhamdulillah deal punye deal punye deal ... dapat la jugak port kosong untuk rumah ni. Walaupun hakikatnya memang susah depa nak bagi. Tapi tu la, semua kerja Allah SWT. Lega aku dengar bila dapat juga 1 port untuk kami. Senang untuk aku call abang time dia kat Norway nanti. ( Abang nak pi lagi .. adalah hikmahnya tu aku akan di sini bersama anak-anak. Dapat jugak aku bantu mana yg patut untuk kenduri adik bulan 6 nanti )

Insyallah Sabtu ni, grill siap pasang dan bersedia untuk diduduki. Sungguh tak kusangka grill boleh siap seminggu jek sebab rumah yg kami sewa ni haritu janji 2 minggu tapi akhirnya makan bulan jugak. Harapnya tokey grill tu tak klentong kami sbb selagi takda grill, memang mustahil la kami nak duduk dengan anak anak yang begitu aktif memanjat sana sini .. Tingkat 3 plak tu .. aduhai bahaya bahaya .. 

Insyallah, minggu depan angkut barang dari KL ke Penang pulak. Lega nya bila dapat tahu proses mengemas akan dijalankan oleh kontraktor syarikat abang. Tak perlu la kami nak bertungkus lumus bukak pasang katil dan kabinet bagai .. semua A to Z , loading unloading, pack unpack .. depa yang uruskan. Kami tinggal bagi arahan je. Syukur alhamdulillah, Allah permudahkan lagi .. 

Semoga semua urusan berjalan lancar seperti yang dirancang. Harapnya rumah ni sempat la kami buat house warming, insyallah. Rumah di BM (Bukit Mahkota) tak sempat nak buat house warming dah kena pindah. Harapnya rumah di BM (Bukit Mertajam) sempat la kot. Rumah baru ni kecik ja .. penat dah ngurus rumah besar besar .. (teres besar ke ??? besar bangat dah aku rasa .. letih naik turun .. :) )

Rasanya sampai sini la dulu bebelan ku .. Ngantuks plak rasanya .. Daaa ...

Rumah baru kami .. alhamdulillah

Apr 23, 2011

Rehat kejap

Salam semua,

Perkhidmatan internet di rumah kami terpaksa diberehatkan buat seketika sehingga diberitahu. Sebarang informasi sila call atau sms ye .. Terima kasih.

Wassalam

Apr 21, 2011

Kusut

Kalau tengkorak dan kulit kepala aku ni lutsinar, boleh nampak urat saraf berselirat  dalam otak ni lebih bersimpul dari biasa, taktau mana hujung mana pangkai. Mana satu nak pi dulu mana satu nak mai dulu. Ya Allah, permudahkan segala urusan kami sekeluarga. Tenangkan hati kami ini agar hidup lebih tersusun dengan petunjuk-Mu.


Muadz : Adik, mai la ngaji sama. Allah tengah tengok kat atas tu. Nanti Allah marah adik tak ngaji.

Mus'ab : Eleee abang tu, ngaji pakai seluar pendek .. kecohhh jek !!

Erkk ...

************************************************************************

Suspen jek ! 

Takdek ape pun. Kita merancang tapi perancangan Allah swt lagi besar dan tak mampu untuk kite ubah sebab Dia tahu mana yang lebih baik untuk kite, kan ? 

Semoga hidup kami lebih tenang dan bahagia selamanya .. :)

 
Picture frame : Made for my loving sister .. Happy Birthday dear !!

Apr 19, 2011

Suka duka UITMPP

Baru selesai semester di UITM PP. Alhamdulillah semua dah berakhir. Rase-rase macam dah jatuh cinta plak nak jadi cikgu nih. hehe .. macam tak penah jadik cikgu je. tapi aura bebudak utara ni lain macam sket walaupun mostly duk KL. Agaknye derang pun dah terkena angin utagha kot. huhu .. 

Final projek, diorang kena buat video ala ala drama gitu. Yang bestnye, aduhai .. sangat sangat la kreatif bebudak nih. Tak tahu la software ape yang diorang guna nak tampal sana sini bubuh font cantik cantik siap ade bintang-bintang bagai .. aku expect kuar video seketul je .. siap ade lagu lagu .. mak ai .. memang omoshiroi .. sakit perut nengokkan video budak budak nih .. 

Anyway, congrats la ye sebab dah berjaya bagi sensei pecah perut nengok minasan punye hasil kerja yang cumil cumil belaka. Bab markah kreatif boleh dapat lebih. Bab grammar, aduhaiii kena cek balikk. Mana particle 'ni' mana particle 'no' main bedallllll je diorang ni yek. Takpela baru baru belajar memang cenggitu la .. subjek ape pun. Sensei pun dulu camtu jugak. Lagi teruk paa .. 

Walaupun dah abeh kelas, asal lalu depan uitm tu mesti teringat. Macam biasa patutnya malam ni ade kelas BJP253, bila dah takde kelas ni, rasa macam sunyi je la pulak. Tensyen tensyen mengadap si abang dan adik, bila ke kelas tu kurang la sikit tensyen. Walaupun kadang-kadang angin kus kus dengan student pulak datang... hehehe

Alamak, tak boleh lama-lama nih .. adik dan abang dah bising nak mandi .. 

P/s : Manela gambar yang amik hari tu yek, saya tunggu kat email tak sampai sampai pun .. 

Kepada student yang disayangi : 

がんばってください!GAMBATTE KUDASAI !

Hidup perlu diteruskan. Walau seperit mana pun you all rasa untuk menghadapi musim peperiksaan, semua orang melalui pengalaman yang sama dan dah berjuta orang berjaya melaluinya seterusnya berjaya dalam hidup. Yakin pada diri sendiri yang anda boleh buat. Bukan untuk siapa, tapi untuk diri sendiri dan yang penting, untuk ibu ayah tercinta. Berikan sesuatu kepada mereka kerana bukan mudah untuk menjadi ibu ayah. Jadi, berilah sesuatu untuk mereka agar mereka bangga punya anak macam you all semua. 

Mar 30, 2011

1st Order - Sent

Alhamdulillah 1st order daripada Dalila dah siap. Keychain DOORGIFT untuk birthday party Iman dan Sarah. Harap-harap Dalila puas hati dengan hasil kerja tangan saya.

Feel free to comment kat ruangan komen di bawah ye ....... 

25 pcs of keychain - DOORGIFT





Next order untuk Pn.Sufina dari Fuji Semicon Kulim plak .. gambarimaaaaasuuuu .. 

 

Sponsor Kami