Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nuwairatul Iman

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Feb 11, 2012

35 minggu

Dah dua hari contraction agak kuat dan ketara di waktu malam sampai berpeluh-peluh menahan sakit. Kusangkakan dah nak bersalin. Rupa-rupanya anak ibu masih bermain-main. Belum tiba masanya lagi sayang. 

Hari ni genap 35 minggu 3 hari dan doktor kata lagi 4 hari genap umur kandungan baby 36 minggu dan pada umur begini baby sudah bersedia untuk bertemu ibu, ayah dan abang-abang. Ibu pun dah tak sabar nak jumpa baby. Apatah lagi abang Mus'ab yang setiap malam bersembang tak putus-putus dengan baby. Mungkin dia pun teringin sangat nak ber'adik'. 

Lepas diperiksa jalan pelahiran baru 1 cm, ibu lega sebab ibu masih ada masa untuk buat sikit lagi persiapan sebelum menyambut kelahiran baby ke dunia baru. Ada few items yang perlu ibu persiapkan.

1. Ibu tak sempat nak siapkan lagi bantal, sarung bantal dan lapik tidur baby. Insyallah dalam sehari dua ni boleh siap kot dengan bantuan maktok. 

2. Ibu masih sempat untuk mengambil beberapa supplimen untuk menguatkan rahim dan dipermudahkan bersalin nanti, insyallah. Disamping membuat sedikit research mengenai proses pelahiran yang bakal ibu lalui nanti. Sebelum ni, ibu main redah je. Tapi bila 2 pengalaman melahirkan yang sangat sakit dan kurang bersedia, ibu harap kali ini ibu lebih bertenang menghadapinya.

3. Tadi, ibu baru sempat beli peralatan mandian sikit kelengkapan baby. Insyallah dengan bantuan ayah, ibu akan susun elok-elok dalam bekas yang sesuai.


Perlu ke ibu beli baru sarung tangan dan sarung kaki untuk baby ? Ni semua milik abang Muadz dan Abang Mus'ab masa kecik-kecik dulu .. sangat banyak kan ??

Ibu tak pasti abang Muadz dan abang Mus'ab faham atau tidak kelahiran yang bakal berlaku tak lama lagi ni. Tapi harapan ibu agar mereka teruja dan gembira menerima kehadiran insan baru ini dan bukan penerimaan dengan rasa cemburu kerana merasakan kasih sayang ibu dan ayah beralih arah. 

Sesungguhnya Muhammad Muadz, Muhammad Mus'ab dan baby yang bakal keluar nanti adalah harta paling berharga dan sangat tidak ternilai yang dikurniakan oleh Allah SWT buat ibu dan ayah. 

Sorang sepasang. Baju pemberian atuk opah. Terima kasih atok opah :)

Jan 15, 2012

Adik semakin matang

Ni adalah latest si adik yang semakin matang sebab nak dapat adik baru lagi .. yeyyyy .. insyallah .. hehe

hehehe .. memang seriusss kan ??

Muadz sangat excited !

Tengok je la gayanya dapat uniform. Sibuk nak pakai jugak. Kelam kabut ibu basuh. Sangat seronok dapat pakai baju hijau sama dengan kawan-kawan :)





Sangat excited kan ???

Jan 4, 2012

Hari Pertama Muadz di Sekolah :)

Ni la few pics yang sempat ibu abadikan untuk tatapan anak ibu bila besar nanti ..

 Sebelum bertolak ke seolah

 Muadz khusyuk melukis

 Beratur nak gi makan, waktu rehat

 Adik yang kesedihan tak dapat join abang :(

Dec 30, 2011

Tahniah kerana bertukar status diri


Tahniah. Sorang lagi adikku bertukar status dari single ke married... Lepas ni mungkin lambat sikit la kot nak tunggu adik ke-5 pulak nak tukar status. Selamat diijabkabulkan 4.12.2011 aritu. 

Aduhai ... bulan Disember 2011 ni memangla bulan yang paling mencabar hidup aku sekeluarga ... dengan kandunganku yang dah mencecah 7 8 bulan nih .. keletihan maksima yang tidak dapat digambarkan dengan jadual weekend yang sangat bz sehingga tak sempat duduk rumah pun weekend .. rasa-rasanya semua pun macam tu kot. Kenduri kendara dan macam-macam aktiviti untuk mengisi masa lapang anak-anak .. 

Dah pukul 12 ni .. cik abang nak balik. Hari ni cuti masak la rasenye .. tak larat pulak nak masak .. lagipun dah boring la makan masakan sendiri. Nak rasa air tangan org lain plak .. :)

Nov 20, 2011

20.11.2011

Tarikh keramat buat anak ke-2 yang hari ini genap umurnya 2 tahun. Alhamdulillah dah 2 tahun umur anak ibu. Ramai yang melangsungkan pernikahan dan majlis walimah pada tarikh keramat ini tapi ibu lebih berbangga dan berbesar hati kerana menyambuat ulangtahun anak ibu yang ke-2 pada tarikh bersejarah ni ..



Jul 18, 2011

Hasil Tanganku




Inilah beberapa contoh hasil tanganku yang sangat lambat diupdate masuk blog. Tatau la ok ke tak. Harap-harap anda suka .. Actually banyak lagi kaler yg dah buat tapi tak sempat nak ambik gambar sbbnye dah kelam kabut dengan si anak2 kecil berdua. Bile cek balik dalam kamera .. alaaaa takde rupenya gambar yang tu.. sho ga nai la .. Sebab barang sudah sampai ke tuan yang mengorder .. Harap die suke :) 


 

Ini pulak aksi dua beradik menikmati sate ayam + timun ibu buat sebagai snek di petang hari. Kemain sedap lagi si abang makan ( kalau tak, aduhai susahnya nak makan anakku seorang ini ) .. Alhamdulillah .. lega ibu tgk anak ibu makan banyak .. Insyallah lepas ni ibu akan lebih kreatif lagi menyediakan hidangan berkhasiat untuk anak anak ibu ye ..

Jul 7, 2011

Berkampung di Bangi

Minggu ni kami sekeluarga nak berkampung di Bangi sekejap sempena majlis walimah adinda tersayang Ce dan isterinya Shikin .. Semoga semua berjalan lancar .. :)


Ready to go ! Thanks to Puan Azira Ayu sbb order MACARONS dari saya. Rasanya insyallah ok kot, cuma bentuk belum bleh maintain lagi .. ade terbesar ade terkecik .. sorry sangat !!

Jun 21, 2011

New products - Goshoukai shimasu !

Pengenalan produk terbaru saya - Freshly Baked Homemade Macarons !

Macarons with Chocolate Mocha

 Macarons with Salted Caramel

 Macarons with Peanut Butter Cream

Chocolate macarons with Nutella

Other products will be added soon, insyallah. Dalam proses pembelajaran. Alhamdulillah lega bila usaha berlajar-belajar dan terus belajar membuat macarons ni mendatangkan hasil. Dengan sokongan dari Cikgu Nomie yang sentiasa support 24/7. Alhamdulillah hasilnya memberansangkan. Walaupun tak secantik macarons yang dijual di pasaran dan di gerai gerai online yang memang dah lama terkenal dengan ke'perfect'an macarons mereka, tapi aku bersyukur, usaha berbelas kali gagal mendatangkan hasil jua. Harapnya mendapat support dari kawan-kawan yek. 

"Sedang mengejar order Cik Azira Ayu dari Bangi .. banyak ordernye .. untuk doorgift majlis perkahwinan adik .. ganbare ganbare !! "

"TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK KEPADA YANG SUDI SUPPORT SAYA"




Jun 13, 2011

Kanak-kanak Tepung !



Hai anak-anak. inilah kerjanya bila ibu terlepa sekejap. Dah takde mainan lain nak main. Toy berkotak-kotak ibu ayah beli tak pandang pun. Bedak jugak yang suka nak diusiknya. Hasilnya ...... camni la .. aduhai anak-anak ibu .. 

Sponsor Kami