Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Mar 19, 2015

Pengalaman pertama jumpa dentist :)


Dentist   : Nukman minum susu tak sebelum tidur ?
Nukman : Minum.
Destist    : Lepas ni takmau minum susu sebelum tidur dah tau.  Sebelum tidur gosok gigi.
Nukman : Ok.

Erkk .. antara yakin dan tidak jer ibu ni .. tapi nampaknya doc berjaya .. sesampai di rumah minum air kosong, terus lena .. hihi hopefully tahan lama .. :)

Nukman memang dari kecik cuma minum  susu sekali jer sebelum tidur. Itu pun tak wajib. Dia minta kadang-kadang jer .. kalau susu kehabisan stok ( biasanya hujung bulan la .. hahaha ) atau dia tak rasa nak minum, no hal .. takde la nak meraung mintak susu jugak ..


Sesampai di rumah, ayah parking keta ...

Ayah       : Semua dahaga ke ? Nanti kita suruh ibu buat 'sky juice' yer ..
Nukman : Ok, Nukman nak la air yang ayah sebut tu.

hahaha .. aku tatau la dia bayang apa .. agaknya macam fresh oren kot.

Sampai jer rumah terus mintak ..

" Ibu, nak air yang ayah cakap tadi tu .. "

Ibu pun terus bukak fridge bagi air sejuk kosong .. hwaaaaaaaaa takmoooo .. nak juice yg ayah cakap tu .. jenuh jugak la explain kat dia .. ok la akhirnya redha .. kuikuikui ..

Ayahhh plsss .. lain kali jangan buat statement kontroversi okey .. dah pukul 10.30 mlm nih ..

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Doc cuba tampal satu gigi tadi tapi tak berjaya. Sebab dah ngantuk dah dia .. al maklum jam dah pukul 9.30 mlm time tu. Melayang la jugak RM15. Seb baik bleh claim. Next time kite jumpa Doktor Achghaff ( bunyi Nukman sebut la ni ) lagi naa .. Doktor tu baik la ibu .. ok la insyaAllah ..

No comments:

Post a Comment

Sponsor Kami