Alhamdulillah, proses pelahiran kali ini sangat mudah dan aku sangat teruja dengan kehadiran si kecil ini ke dunia untuk sama-sama melayari bahtera kehidupan bersama ibu, ayah, abang Muadz dan abang Mus'ab. Nama diberi Muhammad Nukman kepada si kecilku ini bersempena nama sebenar pengasas Mazhab Hanafi seorang insan berilmu iaitu Nu'man bin Tsabit. Ku berdoa padaMu agar sikecilku ini juga akan membesar menjadi insan berilmu dan cintakan Islam dewasa nanti, insyallah.
Bercerita tentang proses pelahiran, memang aku dah bersedia sejak awal lagi dan yakin Dr. Fazlina akan menasihatkan aku bersalin pada tarikh tersebut. Jadi, pagi-pagi sebelum bertolak ke hospital, sempat aku brief pada anakanda berdua, Muadz dan Mus'ab yang ibu ke hospital sebab baby nak keluar dah. Alhamdulillah seperti dijangka, doktor cuma periksa bukaan dan terus arahkan aku masuk ke labour room untuk bersalin. Aku dinasihatkan guna bantuan epidural sebab kedudukan kepala baby yang mendongak pasti akan menyukarkan proses pelahiran. Memang doktor dah jangka sebab Muadz dan Mus'ab juga sama.
Dan, kerana masalah kedudukan baby inilah walaupun kami sekarang di Penang, suami sanggup bersusah payah turun naik Bangi supaya aku dapat bersalin dengan Dr. Fazlina Hanum, satu-satunya doktor yang mengetahui sejarah pelahiran anak-anakku dan kondisi aku setiap kali di labour room. Alhamdulillah kali ni, semua berjalan dengan lancar dan mudah sekali. Syukur sangat-sangat.
Allah Maha Kaya. Berkat doa aku dan suami yang tak putus-putus memohon Allah memudahkan proses pelahiran aku kali ini, alhamdulillah proses pelahiran setelah bukaan 10cm hanya berjalan lebih kurang 20 minit sahaja berbanding Muadz dan Mus'ab yang memakan masa hampir sejam sampaikan keadaan panik dalam labour room dulu. :) Kali ni nak pastikan tenaga cukup, macam-macam aku makan .. pisang, kurma, air zam-zam, air selusuh, salindah .. semua aku makan .. doa pun macam-macam doa aku baca. Sempat mengantuk lagi dalam labour room. Dah biasa pukul 1 lebih, waktu tidur dengan anak-anak .. dalam labour room pun sempat lelap kejap .. hehe .. kena rehat jugak takut letih tak larat nak teran kan ..
Pendek kata, pelahiran Muhammad Nukman ni tak banyak cerita yang boleh dikongsikan sebab semuanya berlaku bagai mimpi. Bersyukur aku ke hadrat ilahi kerana doa-doa aku selama aku mengandungkannya dimakbulkan Allah SWT. Cuma this few days, Nukman masih kuning dan sangat merisaukan aku. Takpa lah yang ni lain kali kita story. Ni lah gambar putera-putera tersayang .. :)
No comments:
Post a Comment