Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nuwairatul Iman

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Mar 12, 2012

Home Phototeraphy : Bluelite


Nukman kena kuning tinggi sikit dari abang-abangnye dulu. Ibu risau sangat. Kalau ikut bacaan bilirubin Nukman :-

Hari ke-4 = 279 --> terus kena warded di Pusrawi Az-Zahrah atas advise Paed : Dr. Nazim Abu.
Hari ke-5 = 258 --> perlu teruskan rawatan.
Hari ke-6 = 263 --> naik balik bacaan. Ibu tak pasti nape jadi mcm ni. Kena tahan 1 malam lagi.
Hari ke-7 = 213 ---> Alhamdulillah. Dah turun dan boleh discharge.

Rehat kat rumah 2 hari. Suddenly, ibu nampak kuning Nukman macam naik balik. Terus check semula darah di Az-Zahrah.

Hari ke-9 = 247 --> aaa kan betul naik balik. Nukman pun nampak tak berapa aktif. Kami decide tunggu sehari lagi.

Hari ke-10 = .... --> Tak check darah. Dr.Nazim advice untuk warded. Tapi ibu tak larat nak naik turun hospital. Biase lah masuk wad, nak kena duit lagi. Warded yang pertama, dah kena RM1k lebih kurang. ( Nak kena amik single room, senang nak breastfeed kan ... baby 1 bilik dgn ibu ). Alhamdulillah atas advise Dr.Khansa ( sepupu ibu), dia cadangkan guna Home Phototeraphy dari company BlueLite ni. Kosnya 3 hari RM445 ( kite dapat diskaun sket sbb recommend by Dr. Khansa ).

Pendapat ibu tentang JAUNDICE.

Oh ye, sebelum tu tentang Bluelite ni. since company ni company Melayu dan memang sangat efficient servicenye ibu tak ralat nak introduce pada ibu-ibu lain. Ibu call 4:30 pm, dalam 5:20pm dah sampai dah. Siap pasang dan briefing tentang cara guna dan perkara-perkara penting tentang jaundice ni. Masa di hospital, Nukman ibu susukan sejam sekali sbb nurse suruh kerapkan susu. Tapi bila sejam sekali, ibu terpaksa kejutkan Nukman yang tengah nyenyak  tidur. Finally die hisap susu main-main.

Rupa-rupanya kalau kite biarkan baby dalam lampu at least 2 jam, baby akan lapar sendiri dan bangun untuk menyusu. Dan, memang dia minum dengan banyak. Disamping kite dapat utilize kan baby di bawah lampu. Kalau angkat sejam sekali, memang la masa baby bawah lampu pendek. Maknanya kat sini kalau 2jam, baby dapat tidur puas, minum pun puas. Memang betul, tepat 2 JAM .. Nukman akan jaga sendiri untuk minum. Macam tak percaya. 1st time ibu tahu fakta ni. selama ni ibu tahu kena bagi susu ibu kerap dan banyak tapi caranya tak pulak diberitahu. Alhamdulillah, sampai sekarang pun, Nukman akan bangun sendiri untuk menyusu. Tak payah nak kejut-kejut. Dan dia akan minum sebanyak mungkin, berbanding kalau kejutkan dia. Memang sejam setengah ke dua jam, dia akan bangun sendiri.

Walaupun banyak petua yang selalu didengari, minum susu kambing la (jgn la buat bagi fresh goat milk kat baby.. boleh rosak usus baby), mandi air daun belimbing ( mane la nak cari pokok belimbing tetengah bandar ni ..) , ubat kedai cina la dan macam-macam la ................ satu pun ibu tak percaya. Ermmm camne nak kate ye. Bukan la mengetepikan petua org tua-tua, tapi melalui pembacaan dan research pada 3 org anak yang mmg kena jaundice set tinggi punye ni, rasanya kalau takat mandi pakai daun-daun bagai ni boleh effective ke? Ape kaitan hemoglobin, bilirubin dengan daun pokok belimbing .. Yang paling ibu yakin breastfeed, breastfeed, breastfeed ... bukan air masak, bukan susu formula, bukan susu kambing ... sebabnya bilirubin dibuang 98% melalui tahi baby, dan 2% melalui air kencing baby. Kalau dah bagi air masak berbotol-botol, perut baby dah penuh dengan air masak, macam nak menyusu?? Last skali baby kencing banyak, berak kurang .. camne nak kuar bilirubin tu ..

Ibu rasa, kekadang petua org tua-tua ni mungkin ada sesetengah tu banyak assumption jugak. Ini boleh itu tak boleh. Bila sembang dengan org kampung sebelah, itu boleh, ini pulak tak boleh. Adoiii mana satu nak ikut nih. Yang penting jangan ambik 100%. Buatla research sket. Skrang kan semua di hujung jari. Jadi jangan main accept je. Yang jadi mangsa, anak kite. Ada kes, baby terpaksa masuk icu sbb ibu dia bijak sangat bagi pure susu kambing kat baby .. adusss .. bijaknye .. kekadang ade jugak yang tak sempat nak jeritttt " Nooooooooooo " ----> dah selamat baby kite disumbatkan dengan susu kambing la, air masak la, mcm2 air daun tu daun ni .. hwaaaa .. nangesss dalam hati je la ..

Itulah kan.. lumrah kehidupan. Cuma sebagai ibu, kite cuma nak apa yang terbaik buat anak-anak tersayang. Yelah kite yang mengandung 9 bulan, punye la seksa angkut ke hulu ke hilir .. selagi boleh kita nak bagi semua yang baik untuk dia. Keputusan di tangan kita. Insyallah dengan doa, usaha dan tawakal. Ibu yakin Allah sentiasa memakbulkan doa ibu-ibu yang mahukan yang terbaik untuk anak-anak.



Ni lah rupa Nukman dalam rawatan lampu 3 hari di rumah.

2 comments:

  1. kak fuza4:30 PM

    Salam,mila...oo diam2 dah tambah baby sorang lagik...tahniah dik...hihihi..tumpang hepi...:) good info ni...tks for sharing sbb aisya dulu pun warded dlm 3hari jugak sbb jaundice..dah la time tu pantang kat kg..sgt seksa dok spital...katil pun penuh...kerusi nak menuggu pun jauh...nangis bengkak2 mata akak kat spital.(drama sgt:P)

    bagus kat ada home phototheraphy ni..shiranakatta na...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Kak Fuza, hisashiburi .. actually mila pun baru tahu dari cousin. Alhamdulillah lega sket takyah turun naik hospital. Kite yg full bf + dalam pantang .. lunyai badan kalau tak jaga elok2 kan. Kalau ada member deliver, boleh la tolong sebarkan sbb ni pun company melayu. The only company yg hidup utk servis ni .. servis pun tip top. Alhamdulillah.

      Bila aisya nak dapat adik ?

      Delete

Sponsor Kami