tipu la kalau aku katakan tiada rasa sedih untuk meninggalkan bumi sakura tempat aku menimba segala macam ilmu elektrik , ilmu kehidupan dan segala jenis ilmu yang membuatkan aku lebih mengerti erti persahabatan dalam kehidupan ...
kadang kala aku merasakan diri ini tidak layak bersama mereka kerana aku merasakan mereka terlalu baik dan jarak antara aku dengan mereka terlalu jauh bagai langit dan bumi.. tetapi Rasulullah selalu berpesan supaya umatnya sentiasa mendekati para ilmuan dan untuk menjadi lebih baik aku perlu sentiasa bersama mereka ... tetapi jika kehadiran aku menyebabkan mereka difitnah .. adakah aku yang berdosa ??
kehadiran aku bersama mereka bukan kerana aku manusia perfect untuk dinilai setaraf dengan mereka ... aku bersama mereka kerana aku adalah insan lemah yang dahagakan ilmu dan nasihat-nasihat dari mereka ... aku bersama mereka kerana aku mahu belajar ... aku mahu menjadi lebih baik dari sekarang ...
adakah kehadiran aku bersama mereka memberi tafsiran bahawa aku perlu maksum ?? hebatlah manusia itu jika setiap insan yang belajar perlu gah dengan kesempurnaan dan tidak patut melakukan kesalahan sedangkan syaitan melakukan kerja 24 jam sehari semalam tanpa rehat walau sesaat ...
ingin aku nyatakan di sini bahawa mereka terlalu berharga buat diri ini ... aku bersama mereka kerana aku lah manusia lemah yang masih memerlukan nasihat dan dorongan dari insan lain .. aku ke sana bukan kerana aku manusia hebat ... aku mahukan sesuatu untuk diri ini yang lebih bermakna dari apa yang aku miliki sebelum ini ...
aku penat ... walau air mata menjadi teman setia .. aku yakin pasti ada bahagia menanti ... dan aku tahu Allah SWT Maha Adil lagi saksama ... aku ingin bahagia bersama insan-insan yang menyayangi diri ini ...
" mak .. kak ila nak balik jumpa mak ... "
No comments:
Post a Comment