Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nuwairatul Iman

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Feb 11, 2012

35 minggu

Dah dua hari contraction agak kuat dan ketara di waktu malam sampai berpeluh-peluh menahan sakit. Kusangkakan dah nak bersalin. Rupa-rupanya anak ibu masih bermain-main. Belum tiba masanya lagi sayang. 

Hari ni genap 35 minggu 3 hari dan doktor kata lagi 4 hari genap umur kandungan baby 36 minggu dan pada umur begini baby sudah bersedia untuk bertemu ibu, ayah dan abang-abang. Ibu pun dah tak sabar nak jumpa baby. Apatah lagi abang Mus'ab yang setiap malam bersembang tak putus-putus dengan baby. Mungkin dia pun teringin sangat nak ber'adik'. 

Lepas diperiksa jalan pelahiran baru 1 cm, ibu lega sebab ibu masih ada masa untuk buat sikit lagi persiapan sebelum menyambut kelahiran baby ke dunia baru. Ada few items yang perlu ibu persiapkan.

1. Ibu tak sempat nak siapkan lagi bantal, sarung bantal dan lapik tidur baby. Insyallah dalam sehari dua ni boleh siap kot dengan bantuan maktok. 

2. Ibu masih sempat untuk mengambil beberapa supplimen untuk menguatkan rahim dan dipermudahkan bersalin nanti, insyallah. Disamping membuat sedikit research mengenai proses pelahiran yang bakal ibu lalui nanti. Sebelum ni, ibu main redah je. Tapi bila 2 pengalaman melahirkan yang sangat sakit dan kurang bersedia, ibu harap kali ini ibu lebih bertenang menghadapinya.

3. Tadi, ibu baru sempat beli peralatan mandian sikit kelengkapan baby. Insyallah dengan bantuan ayah, ibu akan susun elok-elok dalam bekas yang sesuai.


Perlu ke ibu beli baru sarung tangan dan sarung kaki untuk baby ? Ni semua milik abang Muadz dan Abang Mus'ab masa kecik-kecik dulu .. sangat banyak kan ??

Ibu tak pasti abang Muadz dan abang Mus'ab faham atau tidak kelahiran yang bakal berlaku tak lama lagi ni. Tapi harapan ibu agar mereka teruja dan gembira menerima kehadiran insan baru ini dan bukan penerimaan dengan rasa cemburu kerana merasakan kasih sayang ibu dan ayah beralih arah. 

Sesungguhnya Muhammad Muadz, Muhammad Mus'ab dan baby yang bakal keluar nanti adalah harta paling berharga dan sangat tidak ternilai yang dikurniakan oleh Allah SWT buat ibu dan ayah. 

Sorang sepasang. Baju pemberian atuk opah. Terima kasih atok opah :)

Sponsor Kami