Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nuwairatul Iman

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Sep 30, 2012

8 tahun yang lalu ...

Awal tahun 2004 masa tu .. senpai (senior) duk tanya, korang dah ada blog ke belum weh ? Erkk, ape ke benda blog tu .. Saya yang buta IT ni memang tak tahu menahu la ape benda blog tu. Disebabkan saya rasa programming yang nampak macam cacing kerawit tu  sangat susah la, saya tak amik IT kat Jepun dulu. Lepas sorang-sorang senpai mula bukak blog. Sampai la ke satu blog senpai ni, saya begitu kagum sebab dia boleh buat blog yang hebat ( Masa tu kira hebat laa kalau ada lagu, gambar gerak-gerak bagai, kan ) .. Waa, senang ke susah buat blog nih ?

Jadi, saya dalam keadaan buta IT ni, cuba jaya je la buat satu blog. Kononnya masa tu, nak buat blog jadi diari hidup la. Susah senang life kat Jepun. Bagi keluarga dan sanak saudara baca ( .. padahal diorang tak baca pun, syiokk sendiri jer .. ngeh3x ). Punye la susah awal-awal tu. Yelah, dulu mana ada PLUGIN, WIDGET bagai tu kan .. semua kena guna HTML. Bersengkang mata la ubah sana-sini kat template tu. Sampai blog hanging 2 3 hari takleh bukak pun ada. Fenin la tu .. haha. Semua pakai tutorial online jer. Alhamdulillah ramai teman blogger yang bantu. Kalau tak, rasenye saya dah putus asa. 

Macam tak percaya. Dah almost 9 tahun blog nih. Waaa, kalau baby, dah darjah 3 tu. Segala susah senang pahit maung kehidupan insan bernama nosaka-ila, semua tercatit dalam blog ni. Ada yang famili tahu, kawan-kawan tak tahu. Ada yang kawan-kawan tahu, famili tak tahu. Tapi blog ni kirenye semua tahu lah. Sayang betul saya dengan blog nih. Cam sayang anak plak .. huhu. Mana taknya. Menatang bagai minyak yang penuh nih. Dulu-dulu rajin la nak tukar template, tuka link, tuka itu ini. Alahai, time belajar banyak la masa kan. Sekarang ni ... ya ampunnnn .. :p

Kejap je masa berlalu. Dulu anak dara. Masuk 2006 dah jadi isteri orang. Masuk 2007 dah jadi ibu orang. Masuk 2012 .. fhewwww dah ada 3 orang hero yang sangat lincah dan suka membuli ibu ayah .. fuh fuh .. bayangkan ... 3 hero tu !! Mana sempat je la blog ni di update. 

Kalau dulu, blog ni berkisar tentang seorang pelajar Electrical Engineering yang sangat rakus belajar sebab nak habis cepat .. balik boleh kawenn ( uppss !! rasia bocor .. hehe ). Sekarang ni, blog berubah tema, jadi blog mak-mak yang suka share resipi, jahit menjahit dan pelbagai isu rumah tangga .. hahah .. kenapa blajar tinggi-tinggi tapi tak kerja tu, saya dah jawab dalam entry dulu-dulu. Sape nak tau boleh cari .. sebab saya pun dah lupa letak tang mana .. hukhuk .. 

Jadi, sebab utama macam mana saya boleh ter-start menulis blog adalah kerana suka-suka untuk explore dunia internet disebabkan ada sedikit masa waktu belajar dulu dan akhirnya menjadi minat untuk berkongsi segala kisah kehidupan bersama rakan-rakan dan saudara-mara. Bukan untuk duit, bukan untuk kaya dan sebagainya. Sekadar untuk berkongsi. 

Inilah hero kesayangan saya sekarang :)



Sep 7, 2012

Homestay berhampiran Bukit Mahkota Club House

BERSIH . SELESA . MODEN :)



D’Mahkota Homestay ( 3 bilik tidur SEMUA ber-aircond )

Berhampiran Bukit Mahkota Club House
Rumah teres 2 tingkat di seksyen 6 Bukit Mahkota.

LOKASI BERHAMPIRAN
1. Pusat membeli belah Nilai 3
2. Berhampiran pusat pengajian tinggi KUIS, USIM, Nilai College dll.
3. 30 minit ke KLIA & LCCT
4. 5 minit ke Tol PLUS – Seri Putra Bukit Mahkota.

KEMUDAHAN
1. Master bedroom : 1 katil queen + aircond + kipas + wardrobe
2. Guest room 1 : 2 katil single + aircond + kipas
3. Guest room 2 : 1 katil single + 1 pull out bed + aircond + kipas
4. Dapur berkabinet + pinggan mangkuk + dapur memasak + peti sejuk
5. Ruang makan + set meja makan
6. Ruang tamu luas dan selesa + set sofa + TV
7. 3 bilik air bersama kelengkapan mandi.
8. Mesin basuh + kelengkapan membasuh + seterika + iron board
9. Parking kereta yang luas dan selesa

SEWA
RM 230.00/malam (isnin-khamis)
RM 250.00/malam (jumaat-ahad @ malam cuti umum)
( Malam ke-2 RM 200/malam )
Check in 2.00 ptg
Check out 12.00 tghari (negotiable)

UNTUK TEMPAHAN
En. Ali : 019-779 5884
Pn. Hamidah : 019-385 4197




Sponsor Kami