Rindu insan tersayang
Kembali lagi menulis setelah 2 hari mendiamkan diri.Dua tiga hari ni aku tak berapa sihat .. Dalam tempoh kurang sihat ni banyak pulak pengaruh suh aku balik Mesia .. adikku yg menuntut di Tokyo Kogyo Daigaku alhamdulillah telah pun selamat tiba di tanah air malam tadi ( 9.45 pm ) Dengar suara mak dan adik adik yang seronok menyambut kepulangan abang kesayangan mereka membuatkan hatiku juga memberontak untuk pulang .. rindu nak disambut oleh mak bapak dan adik adik tersayang .. tapi masakan mampu aku pulang menemui mereka cuti musim bunga kali ni .. tapi aku rasa lagi bertambah rindu ku pada mereka lagi seronok saat menatap wajah mereka di airport nanti .. tak sabar menanti bulan 7 .. tak sabar untuk pulang menemui insan tersayang ..
Petang tadi setelah pulang dari dari stesen radio OBS .. aku ke machi untuk membeli cermin mata baru setelah cermin mataku yang lame patah .. salahku sendiri .. sape suh tidur dengan spec .. hehe Terkenang kembali masa mula mula aku menggesa mak belikan aku cermin mata .. masa tu aku di tahun 6 . Sebenarnye takde la teruk sangat mata aku masa tu .. Bile tengok kawan kawan yang pakai cermin mata semua cute-cute belaka .. aku pun teringin nak pakai , setelah puas merengek dengan mak akhir nya mak benarkan aku buat .. cermin mata pertama aku berharga RM75 dengan bingkai yang agak besar .. kelakar bile tgk gambar masa dulu .. macam kumbang jek .. hehhehe lepas pada tu power cermin mataku bertambah sampai la sekarang dikira tinggi kot sebab kalau bukak zettai tak nampak menda pun ....
Sedang aku melayari internet tadi aku tertarik dengan satu artikel tentang kekuatan dan kelebihan wanita .. Nak jugak aku kongsi menda ni ngan teman teman sekalian .. semoga impian kita menjadi wanita solehah tercapai dengan usaha dan doa yang berterusan kepada Allah SWT ...
Wahai wanita ...
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
No comments:
Post a Comment