Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Jan 23, 2010

Formula nak tidurkan anak-anak

Ibu masih belum dapat formula untuk menidurkan dua putera kesayangan ibu nih. Setiap kali nak tidur tengahari mesti problem. Bukan apa, memang sejak kecil ibu manjakan si abang nih ... setiap kali nak tidur mesti ibu peluk cium sampai abang tertidur sambil berbual-bual dengan dia. Bila adik dah ada, abang masih mahukan peluk cium ibu.

Masalahnya, selagi adik tak tidur, ibu tak boleh tinggalkan adik sendirian sebab adik mesti nangis. Adik pulak 24 jam nak melekat dengan ibu. Jadi, ibu selalu pesan dengan abang suruh abang diam supaya adik boleh cepat tidur dan ibu boleh peluk abang ...

Malangnya ... abang tak pernah nak faham nasihat ibu tu ... dia sangat suka mengeliting tepi tepi adik, kejap kejap cium adik. Paling tidak pun, membebel bebel tepi telinga adik ..

MACAM MANA ADIK NAK TIDUR ???

Akhirnya, abang pun tak boleh tidur sebab adik tak boleh tidur ...

Arghhhhh tensyennye !! Ade sesape yang tahu formula nak tidurkan anak-anak waktu siang ?? Malam takpe, ayah ade .. so tugasan menidurkan abang boleh diserahkan pada ayah ..( walaupun kekadang failed jugak !! ) .. Ermm anak-anak ni kan .. ape ape pun nak carik jugak bau ibu.

BANGGA PUN ADA JUGAK !! ... :)

No comments:

Post a Comment

Sponsor Kami