Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Jan 13, 2010

Adik mana ???

Hari ni ibu sibuk sikit menguruskan macam-macam perkara. Kebetulan mbah dan maktok datang rumah. Biasalah orang tua kami memang rajin datang rumah, melawat cucu. Rindu bangat la tu. Baru sehari dua tak ke sana, insyallah mesti diorang yang ke sini. Alaah tak jauh mana pun Bandar Baru Bangi dengan Bandar Bukit Mahkota nih. Adalah dalam 20 minit naik keta. Tapi tol pegi balik RM2.80 jugaklah.

Disebabkan ibu tak menang tangan hari ni, terpaksalah ibu mintak tolong maktok bawak balik abang ke sana. Tapi jauh disudut hati, berat sebenarnya nak bagi si abang tinggalkan ibu dan adik di rumah tapi nak buat macam mana. Si abang pun memang pantang tengok mbah start kereta, dia mula lah menggedik nak ikut. Kali ni ibu terpaksa izinkan mbah bawak abang balik.

Tapi ibu perasan, masa abang dah naik kereta kat luar pintu pagar tiba-tiba muka si abang dah berubah. Agaknya dia baru perasan yang ibu dan adik tak ikut. Tapi disebabkan keinginan yang amat sangat si abang ni nak naik kereta, dia let go je perasaan tu agaknya ...

Kata maktok abang cari adik dan ibu kat sana tadi ...

" Adik mana ?? Ibu mana ?? " Si abang baru sedar yang dia rindukan adik dan ibu .. tapi nak buat macam mana. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta sape peduli ... terpaksa lah si abang tunggu sampai malam baru mbah hantar dia balik BM.

Tapi hakikat sebenarnya .... IBU PUN ANGAU JUGAK PTG TADI !!! hwaaaaaa ...

No comments:

Post a Comment

Sponsor Kami