Sejak kebelakangan ni banyak pulak persoalan tentang apa kelebihan dan keburukan menjadi suri rumahtangga. Sebagai suri rumah sepenuh masa, aku rasa terpanggil untuk menyatakan beberapa pendapat yang aku sendiri lalui semenjak 2 tahun menjadi suri rumah nih.
Faktor terpenting yang mendorong aku membuat keputusan menamatkan zaman jurutera adalah kerana ANAK. Ye, kerana anak. Masa membuat keputusan tersebut, memang sukar. Tapi aku terpaksa memandangkan kami suami isteri memang nekad tidak akan menghantar anak ke nursery mahupun mengambil 'maid'. Jadi, memang takde pilihan.
Masa keputusan dibuat, memang kecewa, sedih, memberontak dan segala macam perasaan bercampur baur hanya Allah yang tahu. Demi anak dan keluarga, aku redha. Mungkin ada hikmah disebalik keputusan ini.
Dan, hasilnya ....
Apa yang dapat aku ucapkan, ALHAMDULILLAH ... aku rasa keputusan aku tepat, insyallah. Biarlah apa orang nak kata asalkan :-
- Aku dapat melihat sendiri anak-anak membesar depan mata dan aku dapat pastikan apa yang dimakan minum setiap hari dan setiap masa. Aku boleh jaga jadual makan dan minumnya dan aku dapat pastikan khasiat yang seimbang dalam pemakanan sehariannya termasuk meal utama dan snack.
- Aku dapat bagi susu badan sepenuhnya pada anak kedua aku yang sekarang dah masuk 9 bulan. Alhamdulillah. Disamping aku dapat lihat prestasi kesihatannya yang sangat memberansangkan, aku dan suami dapat jimat, tak payah nak beli susu tepung. Lagipun aku perhatikan,perkembangan si adik sangat baik, dia sangat aktif dan sihat. Setakat ni, seingat aku baru sekali atau 2 kali si adik kena demam panas dan sihat semula lepas dua hari. Kalau kena selsema pun camtu, paling lama 3 hari je lepas tu baik sendiri. Jimat kos perubatan juga.
- Aku dapat menguruskan pakaian anak-anak dan suami yang memang aku rase kalau aku kerja, possibility untuk aku basuh kain at least 2 hari sekali pun belum tentu mampu.
- Aku dapat menyiapkan lunch dan dinner untuk keluarga dengan air tanganku sendiri walaupun kekadang sian kat suami sebab makan lauk tah ape ape. Tapi, alhamdulillah suami kate skill memasak aku semakin meningkat. Satu pujian yang boleh buat aku tak tidur malam..hehe
- Aku dapat buat ape yang aku suka dan terpendam sejak sekian lama disebabkan komitmen kerja yang mengkehendakkan aku di opis pagi sampai ke petang. Contohnya, belajar programming, designing, menjahit dan yang paling penting memenuhkan dada dengan segala macam ilmu pengetahuan especially mengenai keagamaan, kekeluargaan dan pendidikan anak-anak melalui pembacaan dari pelbagai sumber.
- Dan banyak banyak banyak lagi..
Cumanya, aku akui memang ada ketidakbest nya jadi suri rumah ini seperti :-
- Bosan bila takda kawan nak ajak berbual. Biasanya sembang dengan anak-anak je la.. Ntah diorang faham ke tak pun tatau. Tunggu suami balik, baru la ade teman nak sembang. Nak duduk depan PC chatting ??? Aduhaiii memang tak sempatnye. Jarang sangat la dapat buka PC disiang hari.
- Tak boleh la nak shopping sakan sebab sumber pendapatan terbatas. Nasib baikla aku ni bukan kaki shopping dan tak kisah baju baru ke tudung baru ke. Sebab tu la kasut Scholl yang rasenye raya 2 tahun lepas masih aku pakai. Itulah kasut jalan, itulah kasut jemur kain, itulah segala-segalanya. Bak kate orang, alah membeli menang memakai.. hehe
Rasenye tu je kot. Tapi semua rasa tak best tu boleh diatasi dengan rasa redha dan syukur. Cuma aku ni kekadang tu memang la rase stress. Sebabnya, aku pun manusia biasa. Tapi lepas kena basuh dengan suami, biasanya ok balik. Alhamdulillah.
Tapi aku yakin, ramai ibu-ibu di luar sana yang bukan tak mahu jadi suri rumah tapi mungkin ada banyak faktor yang terpaksa difikirkan membuatkan keputusan untuk berhenti tu terpaksa dihold dulu, kan? Contohnya, keputusan tidak direstui parents ataupun bebanan hutang yang ditanggung dan sebagainya.
Terpulang pada individu dan pendapat masing-masing. Tapi aku tetap salute pada ibu-ibu bekerja yang masih dapat menguruskan keluarga dengan baik sebab aku rasa kalau aku bekerja, confirm rumah tangga aku tunggang langgang. Akhirnya, duit ke mana, suami ke mana, anak-anak ke mana....
Terima kasih juga pada suami yang redha dan sanggup pulun kerja untuk mencari sesuap nasi buat kami anak-beranak. Dari Nilai, setiap hari dengan Modenas100 tu je la suami ke office di area KLCC sejauh 40km yang mengambil masa lebih kurang sejam untuk menunaikan tanggungjawab sebagai suami dan ayah dalam keluarga kami. Terima kasih sayang.
Sekian dulu untuk hari ini. Salam sayang daru Ummu Muhammad.
P/S : Happy Birthday BAPAK yang lebih dikenali dengan nama Cikgu Ali. Heheh .. Semoga Allah merahmati hidupmu dan semoga bapak bahagia dan terus bahagia bersama mak, anak-anak dan cucu-cucu bapak yang sentiasa menyayangi bapak sepenuh hati.