Semalam aku terlihat satu video perlakuan seorang maid kepada baby umur dalam setahun .. dan aku rasa ramai yang dah tengok video tu .. sangat menyiksa jiwa. Emosi aku terganggu sampai hari ni tak hilang lagi .. dan aku tertanya-tanya, apa yang kawan-kawan rasa bila tengok video macam tu ..
Macam mana seorang ibu sanggup meletakkan cctv di rumah untuk monitor kalau-kalau anaknya didera oleh maid ??? Which means, dia sanggup tengok anaknya didera dulu sebelum dia menjatuhkan apa-apa hukuman pada si maid ... Mungkin ada yang kata kalau tak letak cctv lagi la tak tahu apa maid buat pada anak kita .. yup, memang betul la tu.. Untuk memastikan anak kita selamat, mungkin itu salah satu cara terbaik yang ada dan mungkin juga sudah tiada pilihan lain bagi ibu yang bekerja.
Tapi, bagi aku ... itu samalah kisah yang pernah aku dengar sebelum ni bila si ibu bagi notis berhenti kerja 24 jam selepas anak meninggal dunia akibat perbuatan maid .. what for ?? Anak dah pergi menghadap Ilahi .. betul la ajal maut ditangan Allah SWT ... tapi begitu menyeksa jiwa bila melihat anak pergi menghadap Ilahi dalam keadaan macam tu .. boleh pun berhenti kerja sebenarnya .. tapi kenapa nak tunggu si anak dah pergi ??
Aku bukan la pandai sangat bidang agama ni tapi aku rasa macam nak menyeru kepada kawan-kawan, sahabat handai dan teman-teman tersayang, yakinlah bahawa rezeki tu datangnya dari Allah SWT, bukan dari kerajaan mahupun syarikat yang hired kita tu .. rezeki anak-anak dah tertulis. Apa yang perlu hanyalah keyakinan diri pada kekuasaan Allah SWT untuk menentukan rezeki kita sekeluarga. Yakinlah bahawa ada rezeki yang bakal tiba untuk membayar hutang kereta, hutang rumah, duit susu anak dan sebagainya. Yang penting, tunaikan HAK ANAK ... yup, kita sebagai umat Islam, wajib menunaikan hak kita kepada anak sama seperti kita menunaikan hak kita kepada suami, isteri, ibu bapa dan sebagainya.
Anak-anak mempunyai hak terhadap 24jam masa kita yang Allah SWT berikan tu. Renung-renungkan lah berapa jam masa yang kita spend untuk anak-anak dalam sehari ?? Berapa kali dalam seminggu kita dapat sama-sama main dengan mereka, suapkan nasi dengan air tangan kita, mandikan mereka, sabunkan badan mereka, beruskan gigi mereka, malah berbual-bual dengan mereka ... Biasanya apabila keletihan, apa yang mereka dapat bila seharian menanti kepulangan kita adalah herdikan yang amat mengecewakan mereka. Bayangkan betapa hancurnya harapan anak bila seharian menghitung waktu menanti kepulangan ibu dan ayah, apa yang mereka dapat hanyalah tengking herdik kerana keletihan kita yang terlalu mengejar kecukupan wang ringgit untuk menampung hutang keliling pinggang .. alangkah malangnya anak kecil itu ..
Aku bukan manusia sempurna dan aku bukan insan yang layak untuk menyeru teman-teman membuat satu keputusan yang sangat drastik .. aku sekadar ingin berkongsi sedikit rasa hati yang mungkin semua telah maklum cuma belum yakin untuk membuat satu perubahan besar dalam hidup.
Yakinlah teman-teman bahawa rezeki itu datangnya dari Allah SWT ... insyallah tiada yang perlu dikhuatirkan.
-Insan Kerdil Milik Ilahi-
No comments:
Post a Comment