Assalamualaikum wrt,
Esok GENAP 11 BULAN saya bercuti dari menulis di blog kesayang yang sudah bersawang nih. Aduhai sayangnya. Sejak tahun 2004 saya menulis, tiba-tiba tergerak hati semula untuk menulis. Rasa rugi sangat terlepas kisah-kisah comel anak-anak saya bertiga kerana kesibukan ibu mencari rezeki buat mereka.
Ah, tak boleh dibiarkan begitu aja ( fikirku sendirian ) .. alhamdulillah diberi kekuatan dan semangat untuk bangkit dan menulis semula di sini.
Walau saya yakin bukan ramai pun viewer blog ini. Tapi niat asalnya bukan lah untuk tatapan umum. Sekadar bual bicara seorang ibu bersama suami dan 3 orang anak tersayang .. jika ada yang sudi menbaca, alhamdulillah .. silakan .. tak ada apa yang menarik pun di sini .. cuma kisah suka duka yang saya ingin simpan sebagai kenangan buat anak-anak bila saya dah tiada nanti .. :)
Salam rindu dari saya buat semua sayang-sayang saya ...
Raya 2012
Psst .. raya 2013 gagal mendapatkan pose menarik .. almaklum semua dah besar panjang ! :(
No comments:
Post a Comment