Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nuwairatul Iman

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

May 23, 2012

Promosi Ramadhan 1433 - Kurma Ajwa

Assalamualaikum,

Di sini saya ingin mewarwarkan kepada semua, saya ada menjual kurma ajwa @ kurma nabi dengan harga yang sangat berpatutan. Nak tahu macam mana rupenye ?? Macam ni rupa kurma nabi .. 

Harganya seperti di bawah :-

0.5kg = RM 60
1.0kg = RM 110

(tidak termasuk kos penghantaran ye .. tapi bleh nego lagi :p )

Kenapa mahal sangat ? Ape bestnye kurma ni ?

Berdasarkan sejarah yang pernah dibaca, kurma ajwa ini asal pokok pertamanya ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW. Diceritakan Pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda.

Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa.

Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.
Istimewa ajwa dari segi perubatan pula :- 
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : 
“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Jadi apa tunggu lagi ?? Ajwa ni di pasaran harganya mencecah RM150-170 tau. Barang elok mmg mahal sikit. Biasa lah tu. Untuk kesejahteraan keluarga apa salahnya .. kan ? 

Stok baru sampai ni. 

Buahnya tak besar sangat, comel-comel gitu. Cantik dan segar. Rasa .. ermmphh maveles, tak manis menggigit. Manis just nice orang kata. Liat-liat sikit.Nak kata macam Mariami pun tak juga, nak kata macam Mabroom ( harga 2x ganda dari Mariami ) pun tak juga. Lagi sedap dari both Mariami dan Mabroom. 

Sape tak pernah cuba, kena cuba rasa. Rugi tak beli sekarang. Stok sangat-sangat terhad. Jangan salahkan saya kalau lagi seminggu dua anda call tanya saya .. stok dah habis !! Sebab skrang pun dah masuk Rejab ni .. 



No comments:

Post a Comment

Sponsor Kami