berikan aku kekutan ya Rabbul A'lamin
kadang-kala Allah sengaja memberi ujian bertimpa-timpa buat hambanya .. ujian yang datang kadang kala melemahkan , tapi kadang kala ujian itu lebih mematangkan diri ...tetapi kali ini ... aku tidak pasti ...
biar lah apa orang nak kata .. yang penting diri ini tahu apa yang dilakukan .. semoga Allah beri aku kekuatan melalui ujian seberat ini ... bukan sekali , bukan dua kali .. malah dah berkali-kali .. kadang-kala rasa kecewa , pasrah dan putus asa sering mendatang ... ntah sampai bila aku mampu melalui semua ini sendiri ...
aku sedar diri ini tidak sehebat mana .. namun begitu aku cuba melakukan yang terbaik ... aku cuba memperbetulkan diri .. menjadi sebaik mungkin ... ujian sebegini kadang-kala membuatkan aku rasa putus asa untuk berusaha lagi ... biar lah aku makin jauh ... biar lah aku dengan duniaku sendiri ...
jangan ditanya apa yang berlaku .. kerana aku sendiri tidak pasti ...
Ya Tuhanku ... Maha Pengasih Maha Penyayang ... bekalkan aku sedikit kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidup ini ... campakkan semangat dalam diri ini agar aku mampu melalui semua ini dengan redha dan tabah ... Ya Allah .. hanya padaMu aku berserah .. kerana hanya padamu tempat aku mengadu dan bergantung ...
hanya pada Mu Ya Allah ...
No comments:
Post a Comment