Bila manusia bersuara ...
Bila manusia diberi kebebasan bersuara ini lah yang terjadi. Semua nak bebas berkata-kata, semua nak menyatakan hak mereka, semua rase sendiri betul ... kesannya berlaku lah perbalahan bergaduhan dan sebagainya..
Tindakan newspaper Denmark yang menyiarkan kartun menggambarkan Rasulullah SAW pemimpin umat Islam, pesuruh Allah SWT sebagai pengganas dan digambarkan dengan pelbagai ilistrasi tu adalah tersangat melampau. Selemah-lemah iman manusia bila pemimpin dan agamanya di hina sape yang tak naik angin. Kalau takde rase ape ape tu ade la something wrong .. sile check diri sendiri...
Setiap kali disiar di TV nampak umat Islam bergaduh perang sana sini. Mana taknya bila kesabaran umat Islam sentiasa diuji. Setiap masa dihujani provokasi dari media massa , umat Islam di mana-mana saja berperang , tunjuk perasaan , bom sana sini... dan dapat la imej umat islam pengganas ...
Yang penting Allah dah sebut Islam pasti menang dan Allah SWT tidak mungkin mungkir janji. Janji Allah pasti berlaku tetapi kemenangan tidak akan tiba jika umat Islam sendiri diam, berpeluk tubuh, berhibur tak tentu hala tanpa melakukan sesuatu untuk agama-Nya.. Pertolongan Allah akan tiba jika kita bersama-sama membantu menegakkan agama Allah SWT..
Menolong agama Allah bukan bererti berperang, menolong agama Allah bukan bererti mengebom tempat tempat awam dan pelbagai lagi perkara yang dikaitkan dengan keganasan. Islam itu indah dan mudah cuma yang menyusahkannya adalah manusia sendiri maka timbullah rase benci dan susah untuk mengamalkan suruhan-Nya.
Islam itu PERFECT ... Manusia yang telah merosakkan imej Islam ... dan yang lebih menyedihkan lagi umat Islam sendiri yang telah mencemarkan imej baik Islam .. ye memang betul tiada manusia sempurna. Tiada manusia tak pernah buat silap dan sebab itulah manusia disuruh bertaubat setiap hari dan perbaiki diri. Manusia tiada hak menilai dosa pahala insan lain kerana setiap yang berlaku antara dosa pahala dan taubatnya adalah hal dia dengan Allah SWT ..
Sudah sudah la menghukum insan lain dengan dosa yang pernah dilakukannya kerana pengampunan dosa adalah hak mutlak Allah SWT .. bukan manusia :)
No comments:
Post a Comment