Aku tak tahu ape yang mengganggu fikiran aku sejak dua tiga ari nih ... aku tak kisah ape orang nak fikir tentang diri aku .. aku sedar aku bukan manusia yang layak dicontohi dan aku tak mintak semua tu .. aku juga sedar level aku kat mane banding 'mereka' dan aku dah malas nak fikir perkara yang lepas .. bagi aku setiap yang berlaku mungkin ade hikmahnya .. ternyata memang ianya ada hikmah yang tersembunyi..
Aku bukan manusia yang perfect untuk dinilai oleh insan lain.. dan aku tak minta untuk dinilai oleh 'mereka' .. yang aku mahu Allah SWT menilai sejauh mane keimanan aku kepadaNya .. aku tak minta dihormati , aku tak minta dilayan bagai puteri ... yang aku mahu sebuah persahabatan yang ikhlas dan suci ...
Puas lah hati 'mereka' mengatakan tentang diriku yang hina dina ini .. asalkan diriku tidak hina disisi Allah SWT .. Tidak perlu aku menyatakan kepada semua orang kenapa ianya berlaku dan tidak perlu aku perjelaskan kepada 'mereka' seluruh kehidupanku .. yang pasti kehidupanku selepas ini akan lebih bermakna dari kisah silamku .. semoga kita berjumpa di'sana' nanti ..
Aku akui sejauh mana aku pergi tidak mampu mengubah persepsi 'mereka' .. dan aku tak mampu untuk menghalang.. biar lah 'mereka' menilai apa yang 'mereka' mahu .. aku bahagia dengan cara hidupku .. aku perlu terus ke depan dan aku nampak MASA DEPAN aku di mana .. aku mempunyai prinsip diri ... memang sukar nak memuaskan hati semua orang , lagi sukar nak memuaskan hati sendiri .. lumrah kehidupan .. semakin banyak bilangan umur ku semakin banyak yang aku belajar tetang kehidupan ..
Yang pasti aku menyayangi insan-insan yang sentiasa menghargai diri ini.. tidak perlu aku sebutkan nama kerana aku yakin mereka tahu siapa mereka di hatiku .. aku tidak pernah memusuhi sesiapa.. dan aku berharap agar sebaliknya begitu jua .. terpulang lah .. yang pasti tiada insan yang pernah menyakiti hati ini kerana setiap yang berlaku aku biarkan ia pergi bagai angin lalu .. thanks to all my buddies who always support me and lend me your ears when i need you .. and also thanks to 'mereka' ... and also thanks to all girls in Oita who always never forget me for their slumber party .. ahaks !
No comments:
Post a Comment