Bukan tanak komen mengenai apa yang berlaku di Jepun 11/3/2011 hari tu cuma nya dah terlalu banyak pendapat yang dilontarkan di ruang maya, facebook, twitter, blog dan sebagainya. Cuma apa yang mampu aku ucapkan di sini setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana adikku Anuar, isterinya Azlin dan anak mereka 'Aaisy selamat dari malapetaka yang menimpa negara matahari terbit tu. Semua orang yakin akan ada hikmah di sebalik setiap kejadian Allah cuma bila dan di mana hikmahnya nampak, belum diketahui atau mungkin telah ada cuma belum kita sedari.
Allah tahu ujian yang Maha berat itu mampu dilalui oleh siapa di antara makluknya. Aku rasa, aku belum mampu nak menerima ujian seberat itu. Sehingga ke hari ni, aku masih terbayang-bayang jika diri aku yang berada di antara mereka. Aku antara insan yang kehilangan anak-anak sedangkan semalam masih keriuhan main bersama-sama mereka di taman. Aku antara insan yang kehilangan rumah yang dibina atas titik peluh sendiri. Aku antara mereka yang ketidakcukupan makan pakai dikala kesejukan dan kehilangan ahli keluarga.
Kejadian di Acheh tidak kurasa sedalam ini mungkin kerana aku tidak pernah berada di tempat kejadian, lalu aku tidak dapat membayangkan keadaan di sana. Tapi musibah kali ini, aku merasakan hanya jasad aku di sini tapi jiwa dan perasaan aku macam di sana bersama-sama mengharungi kedukaan mereka. Sedih kerana teman-teman dan insan yang pernah suka duka bersama, terperangkap dalam dugaan yang Maha Berat ini.
Ish, malas lah aku nak komen sebab aku pun bukan bijak pandai. Sekadar berkongsi rasa. Aku berdoa agar ujian ini tidak Allah turunkan pada aku dan keluarga aku kerana aku belum bersedia menghadapinya.
_________________________________ *** _______________________________
Baru baru ni terlihat di WHI sorang kakak manis yang sedang diperkenalkan oleh pengacara
sebagai TiniHani ( www.tinihani.com ) sedang menjahit sejenis jahitan craft yang sangat cute-miut tak terkata. Aku terus jatuh hati. Mak aiii .. canteqqq nye craft ni ..
Terus aku buat research sket. Masuk Website TiniHani, berkenalan dengan kak Tini yang begitu friendly. Kemudian berkenalan pula dengan Adik Sus ( http://kedaisus.blogspot.com/ ) ... Dapat banyak la jugak info dari mereka. Memang kreatif geng-geng kraf ni. Yang bestnya, diorang tak lokek ilmu untuk share apa yang dah dibuat dan sentiasa tolong menolong.
Apa lagi, memborong laaaaaaaaa .. Apa yang diborong .. huhu ..
1. Poly Felt (set of 15) RM28 dari Kedai Sus
2. Cari-cari punya cari kedai bunga kat Permatang Pauh, memang takde .. lari gi BM .. alhamdulillah jumpa .. beli la pelbagai barangan nak mereka-reka brg cute-miut nih .. naaahhh skali bayar .. RM37. ( Sorry ye bang, TERHABIS plak skeping abang bagi tadi .. ;p).
Abang kate " Awak tu beli benang kaler-kaler punyela banyak .. mengalahkan tukang jahit .. " .. huhu (*malu*)
3. Tak cukup lagi ..................... cari punya cari, pusing-pusing internet.. jumpa lagi satu blog yang best .. yesss !! jumpa buttons comel-comel .. kat sini .. http://buttons4crafts.blogspot.com/ skali borong naaaahhh .. RM65++ .. skali dengan eyelet plier .. senang nak buat keychain ngan hp strap..
Shhhh .. abang tatau ... alaa takpe la duit sendiri .. minat punye pasal. Ni nafsu masih membuak-buak nak cari felt cloth lagi .. tapi kena sabar dulu .. banyak dah habis minggu ni memborong .. dah siap 3 products .. insyallah nanti aku tunjuk .. kaylah nak tido dah .. nite !!
No comments:
Post a Comment