Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nuwairatul Iman

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

May 31, 2011

Tribute to Nasir aka Ace !

Countdown ---> 4 hari lagi ... sorang lagi adik aku bakal menjadi suami orang. Alahai, macam tak percaya je ko nak kawen ce. Diam ubi berisi ko rupenye yek ??? Dah sampai jodoh, alhamdulillah. Akak doakan jodoh ce dan isteri berkekalan dunia akhirat.

Ayat-ayat biasa kepada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga dan pemikiran mereka yang belum merasai alam rumahtangga serta hakikat sebenar bila selesai akad nikah :-

1) Ayat biasa - Banyakkan bersabar
    Sebelum akad - Nape ye ? Bukan best ke kawen ?
   Hakikatnya - Bukan 1, 2 perkara yang memerlukan kita bersabar, malah seribu satu dugaan menanti. Antaranya, masalah persefahaman - walau bercinta seribu tahun, tak mungkin kesefahaman dapat disatukan dalam setahun dua berkahwin. Disitulah lahirnya masam manis alam rumahtangga. Kadangkala indah, kadangkala berduka .. (ewah .. )

2) Ayat biasa - Jemputlah datang rumah nanti .. ( ayat2 dari mak mak sedara dan pak pak sedara )
    Sebelum akad - Yelah, insyallah ada masa kami pi ... kami pun nak honeymoon jugak !
    Hakikatnya - Tak semudah itu. Memang kena peruntukkan masa melawat saudara-mara kedua-dua belah tak kira isteri mahu pun suami. Jangan tunggu raya baru nak pi. Susunlah jadual korang, setahun pertama, malah dua tahun pertaman, jangan harapkan weekend korang kosong. Insyallah, memang penuh dengan jadual memperuntukkan masa dengan kaum keluarga. Inilah masanya nak berkenal-kenalan meramah mesra dengan sanak-saudara. Jangan sampai org kata 'sombong' .. Time kawen kemain jemput. Orang datang tolong sana-sani, lepas kawen lesap ntah ke mana .. kalau bukan abg kakak adik parents kite yang banyak membantu, sape lagi yg nak tolong mak bapak kita siapkan majlis walimah kite tu. Jadi, hargailah pakcik-makcik kita. Susunlah jadual sebaik mungkin .. jangan nak ingat honeymoon je yek !

Sampai sini dulu. Makcik dah letih membebel. Ini antara point yang selalu org zaman la ni TERLUPA ! .. saja nak ingatkan ..

GOOD LUCK ye ce ! 

No comments:

Post a Comment

Sponsor Kami