Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Nov 11, 2014

Tahniah Anak IBU !!

1st time ibu menitiskan air mata gembira. Pertama kali ibu rasa tak dapat nak kawal air mata gembira sangat-sangat. Rasa penat lelah ibu mengajar, bagi latih tubi, beli buku latihan dan macam-macam usaha nak biasakan Muadz dengan soalan latihan akhirnya terbalas dengan call daripada ustazah.

" Puan, Muadz ada gitau tak ? "
" Gitau apa ustazah ? Dia takde gitau ape2 pun "
" Haa, Muadz dapat No.1 "

Masa tu mmg takleh handle dah ..

" Kami cikgu-cikgu semua terkejut dia dapat No.1 "

Subhanallah .. memang tak tau nak cakap camne .. since last week dia bawak balik kertas exam, markah almost all papers 90% ke atas. Mana pernah. And yet, masa last exam, markah dia semua bawah 50%. Ibu & ayah gi skolah jumpa Penyelia Petang & Pengetua semata-mata nak bincang apa sebabnya result agak teruk masa tu. Teruk pun tak la teruk, dapat no.9 bagi ibu dah ok dah. Tapi kalau no.9 dengan markah bawah 50%, maknanya ada yang tak kena la kan .. tak kisah dapat no. berapa pun, tapi bila teruk sangat .. mesti ada yang perlu dibetulkan.

Sama ada dia main dalam kelas.
Dia tak faham cikgu ajar.
Dia tak faham soalan.
Dia faham tapi dia malas buat bebetul.
Dia kurang latihan.

Tindakan drastik, beli buku latihan sebanyak mungkin especially English & Math .. selagi ada masa, dia buat. Sangat terkejut, rupa-rupanya dia sangat minat buat latihan. Dan dia boleh fokus ! Latihan di sekolah jer memang sangat-sangat tak cukup. Tak cukup untuk latih dia berfikir dengan cepat especially untuk soalan-soalan aplikasi. Dengan latihan yang sangat banyak, alhamdulillah .. Muadz berjaya buktikan pada ustazah yang dia bukan seperti yang ustazah sangka .. jenis suka main ( tu biasa bagi boys kan .. ) tapi dalam main tu, dia sangat bijak, insyaAllah.

Budak comot baru balik skolah ;)


TAHNIAH MUHAMMAD MUADZ AL-HAFIZ .. ibu yakin Muadz anak bijak, anak soleh ~

No comments:

Post a Comment

Sponsor Kami