Ketenangan yang dicari
Alhamdulillah aku diberi kesempatan lagi untuk menulis di sini. Arini disebabkan tiada plan ke mana-mana .. aku menerima pelawaan Itosan untuk ke Ropeway dan Jikoku Meguri bersama 3 orang senpai ( Kadok , Belit, Matde ) yang akan pulang ke Malaysia akhir bulan 3 nie... Letih tapi seronok .. macam macam citer keluar , ade yang manis, ade yang pahit dan yang best kelakar diorang ni memang bagi aku dan Itosan tak kering gusi... Dalam gelak tawa tu banyak nasihat yang mereka tinggalkan... dan semua itu bakal menjadi petunjuk buatku di masa masa akan datang ... insyallah
" Dimana ketenanganku .. "
Maafkan aku kerana aku sering mengabaikan tanggungjawabku...
Maafkan aku kerana aku sering lupa suruhanmu ...
Maafkan aku kerana aku sering melakukan laranganmu ...
Maafkan aku kerana aku sering bangga dengan apa yang kau anugerah padaku ..
Aku lupa .. aku kerdil ..
Hanya engkau yang Maha Esa .. yang Maha Kuasa
Kenapa aku lupa ...
Kerana hatiku semakin gelap dengan dosa-dosa yang aku lakukan ...
Bagaimana cahaya Ilahi boleh menembusi lapisan dosa yang semakin menebal
Jika tidak ku gilap sendiri dengan taubat yang kekal ..
Ya Allah ..
Ampunkan dosa hambamu ini..
Kembalikan nur dalam diriku
Kuinginkan ketenangan
Ampunkan dosaku ... Ya Allah
No comments:
Post a Comment