Jam didinding menunjukkan pukul 9.30 pagi.Aku yang masih mamai terkejut kerana kusangkakan aku mampu terjaga pukul 8.30 pagi kerana biasanya lepas subuh aku akan tidur kembali dan terjaga sono gurai .. Agaknya keletihan semalam membuatkan mata ku tak mampu membuka tirai kelopaknya pagi ini.Kelam kabut aku dibuatnya kerana janji kenduri di Kaikan Machi bermula pukul 10.00 pagi.Alhamdulillah semua barang barang yang ingin kubawa telah kuasingkan ke tepi..Aku yang mula bercadang untuk ke sana dengan moto shj tetapi terbantut apabila melihat cuaca di luar hujan ditambah lagi dengan aku yang tak punya lesen memandu yang sah .. hehehe .. bahaya tapi aku telah pun meminta sahabatku di Malaysia memperbaharui lesen memandu aku ... Alhamdulillah Kak Bibah offer naik keta nya pagi tadi..Kalau tak .. ade yang basah kuyup pagi tadi..hehehe
Ramai betul yang hadir 'Sotsugyou Party' pagi tadi yang dianjurkan oleh kohaitachi buat senpai-senpai yang akan pulang ke tanahair akhir bulan 3 ini.Tak kusangka rakyat Malaysia di Oita ni ramai rupanya.Rasanya ade lebih 30 orang yang hadir tadi .. Alhamdulillah makanan cukup ( fhuhhhh !!! ) .. Kalau ade yang rasa makanan tak cukup tadi .. gomen ne ... Kepada senpaitachi yang ade membawa jugak juadah tadi tima kasih bebanyak la yek ...
Mereka yang akan pulang diberi peluang untuk memberi sedikit ucapan dan sepatah dua kata buat kami kohaitachi yang tinggal di Oita .. sedih dan pilu rasanya aku dan sahabat sahabat lain yang akan tinggal dan terus berjuang di Oita ini. Pelbagai nasihat yang aku dapat dan pasti akan kusimpan di dalam kotak memori hatiku ... Antara kata kata yang paling aku ingat ialah .. ' Jagalah ukhwah antara ahli keluarga' yang berulang kali diucap oleh senpaitachi.. Ya , Insyallah kami pasti menjaga ukhwah antara kami .. saling mengambil berat satu sama lain, bertanya khabar dan yang penting biarlah sama-sama susah dan sama-sama senang ..Itu yang diajar oleh senpaitachi semenjak aku berada di dalam Oita Family.. Tanggungjawab sebagai pelajar tidak kuabaikan kerana itulah tujuan utama aku di Jepun.. Insyallah
No comments:
Post a Comment