Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nuwairatul Iman

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Mar 29, 2012

Tips Berpantang 1

Sebagai ibu ber-anak 3, ni saya nak share tips berpantang. Memang banyak petua org lama tentang berpantang ni. Tapi saya kira ni paling basic la yang wajib dilakukan sejurus lepas bersalin.

Minyak angin + Kapur + limau nipis, sapu di perut sebelum pakai bengkung. Memang mujarab utk kempiskan perut.

Air mandian herba. Homemade by ibu mertuaku. Rebusan daun limau purut+inai+pandan+dll (sorry tak ingat ! ) Amalkan 2 kali sehari selama 3 hari. Memang menyegarkan.

 Sabun susu beras. Boleh je guna sabun biasa, tapi this time saya guna ni untuk menyental dan meratakan warna kulit tak sekata. Memang effective. Saya guna Bio Oil juga.

 Batu tunku. Ni wajib dan wajib dan wajib. Bertungku lah sekurang-kurangnya 2 kali sehari pagi dan petang untuk kecutkan urat-urat. Biasanya batu tungku dibalut dengan daun mengkudu @ daun lengkuas @ daun chepa. 

 Ni ubat-ubatan saya sebelum dan selepas bersalin. This time saya guna Salindah. Alhamdulillah membantu. Tapi sebab ubatnya terlalu banyak, tak sempat habis pun. Masih amalkan minuman herba dan L12.  Ubat-ubat ni penting untuk kuatkan balik tubuh yang sakit2 masa bersalin tu. Jangan tak makan ubat langsung ye ! Pengalaman lalu mengajar saya betapa pentingnya ubat2 herba ni.

 Ni ubat-ubatan + toiletries baby. Ada minyak angin ( saya guna minyak TYT sejak dari anak sulong ), drapolene ( utk sapu di punggung baby kalau makan air ), wet tissue, bedak, losyen, vicks, nasal spray, sikat, cotton buds, alcohol utk sapu di pusat baby dll.

Minyak angin keluaran NR. Sangat-sangat recommended ! Saya guna minyak ni sejurus lepas bersalin. Sebabnya kita masih dihospital, sementara nak tunggu berurut, bertungku dan sebagainya, saya guna minyak ni sapu seluruh badan. Alhamdulillah, berkesan utk buang angin dlm badan. Maklumla, masa bersalin angin masuk badan, jadi sakit2 urat dan tulang belulang. Jadi, inilah ubat saya sepanjang di hospital. Sampai sekarang saya masih guna. Sekali sapuan boleh tahan separuh hari.

 Pilis, param dan tapel ni rempah untuk sapuan seluruh badan. Dulu saya beli set mustika ratu. Rupa-rupanya ada jual loose di kedai2 jamu dan brand ni memang sangat bagus. Panasnya lama di badan. sepaket cuma RM1.50 je. Rugi rasanya beli set beratus-ratus dulu. Finally tak guna sangat pun. heheh.. 

 Ni pun keluaran NR jugak. Teh herba. Berkesan untuk buang angin dan kurangkan sakit2 urat. Saya belum sempat habiskan teh ni. Sepaket boleh pakai 3 kali. Since saya dah makan Salindah. So, saya akan habiskan Salindah dulu then continue dengan teh herba ni. Insyallah akan continue dengan Phytonatal keluaran NR ni jugak lepas pantang nanti untuk kuatkan badan. Maklumlah, anak 3 hero-hero semunya !!

Daun sireh. Bukan untuk saya. Tapi untuk baby. Tuam di perut dan di bebird (utk anak lelaki shj ye) untuk buang angin.

Satu lagi yang penting. Urut. Ye, sangat penting !! Hari ke-3 saya dah mula berurut selama 3 hari berturut-turut untuk membetulkan kedudukan rahim dan mengendurkan balik urat2 yang tegang masa meneran .. huhu .. Pertengahan pantang hari ke-20 saya urut sekali lagi tapi this time sehari je. Insyallah hari ke-40 ke.. saya akan berurut sekali lagi. Final touch. Ewah !

Kaylah, sekian sahaja tips utk hari ini. Next, saya nak share resipi berpantang pulak. hehe..
Selamat mencuba ye !!

Berita baik untuk diri sendiri --> Alhamdulillah disebabkan disiplin berpantang kali ni, beratku dah turun 15kg !!!! Yabedabedu .... huhuhu

Mar 16, 2012

Nukman umur 18 hari

2012 - Tahun Menambah Ahli Keluarga

Ape punye tajuk la kan. Alhamdulillah .. syukur-syukur. Rezeki Allah turunkan lagi buat kami sekeluarga. Sape lagi yang paling happy kalau bukan EMBAH & MAKTOK .. sekali tambah 4 daaa ...

Tahun ni, of coz yang sulong sure la dari kakak sulong. Abang Nukman ( walaupun baru umur 18 hari .. ) sebab tak bape lame lagi Nukman nak dapat sepupu baru lagi .. huhu ..

Tahniah kepada adik-adik tersayang sebab tahun ni semua pasangan KELAMIN ... bakal menimang cahaya mata.

MASIN MULUT MAK NGAN BAPAK .. nak tambah 4 cucu tahun ni .. ALHAMDULILLAH !!

Mila & Fakhri --> Bulan 2 ( Muhammad Nukman sudah keluar .. )
Nasir & Shikin --> Bulan 6
Anuar & Azlin --> Bulan 9
Idah & Fendi --> Bulan 11

Wahahaha .. bestnye bestnye !!!

Sambutan besar-besaran kalau dapat BABY GEGURL !! ..
( almaklumlah hampir se-dekad takda baby girl dalam sejarah keluarga TOKNEK ) 


Daaaannnn .. CICIT TOKNEK insyallah meningkat kepada 18 orang tahun ni. Bangga !

Kalau KEMBAR ???? ...

Mar 12, 2012

Home Phototeraphy : Bluelite


Nukman kena kuning tinggi sikit dari abang-abangnye dulu. Ibu risau sangat. Kalau ikut bacaan bilirubin Nukman :-

Hari ke-4 = 279 --> terus kena warded di Pusrawi Az-Zahrah atas advise Paed : Dr. Nazim Abu.
Hari ke-5 = 258 --> perlu teruskan rawatan.
Hari ke-6 = 263 --> naik balik bacaan. Ibu tak pasti nape jadi mcm ni. Kena tahan 1 malam lagi.
Hari ke-7 = 213 ---> Alhamdulillah. Dah turun dan boleh discharge.

Rehat kat rumah 2 hari. Suddenly, ibu nampak kuning Nukman macam naik balik. Terus check semula darah di Az-Zahrah.

Hari ke-9 = 247 --> aaa kan betul naik balik. Nukman pun nampak tak berapa aktif. Kami decide tunggu sehari lagi.

Hari ke-10 = .... --> Tak check darah. Dr.Nazim advice untuk warded. Tapi ibu tak larat nak naik turun hospital. Biase lah masuk wad, nak kena duit lagi. Warded yang pertama, dah kena RM1k lebih kurang. ( Nak kena amik single room, senang nak breastfeed kan ... baby 1 bilik dgn ibu ). Alhamdulillah atas advise Dr.Khansa ( sepupu ibu), dia cadangkan guna Home Phototeraphy dari company BlueLite ni. Kosnya 3 hari RM445 ( kite dapat diskaun sket sbb recommend by Dr. Khansa ).

Pendapat ibu tentang JAUNDICE.

Oh ye, sebelum tu tentang Bluelite ni. since company ni company Melayu dan memang sangat efficient servicenye ibu tak ralat nak introduce pada ibu-ibu lain. Ibu call 4:30 pm, dalam 5:20pm dah sampai dah. Siap pasang dan briefing tentang cara guna dan perkara-perkara penting tentang jaundice ni. Masa di hospital, Nukman ibu susukan sejam sekali sbb nurse suruh kerapkan susu. Tapi bila sejam sekali, ibu terpaksa kejutkan Nukman yang tengah nyenyak  tidur. Finally die hisap susu main-main.

Rupa-rupanya kalau kite biarkan baby dalam lampu at least 2 jam, baby akan lapar sendiri dan bangun untuk menyusu. Dan, memang dia minum dengan banyak. Disamping kite dapat utilize kan baby di bawah lampu. Kalau angkat sejam sekali, memang la masa baby bawah lampu pendek. Maknanya kat sini kalau 2jam, baby dapat tidur puas, minum pun puas. Memang betul, tepat 2 JAM .. Nukman akan jaga sendiri untuk minum. Macam tak percaya. 1st time ibu tahu fakta ni. selama ni ibu tahu kena bagi susu ibu kerap dan banyak tapi caranya tak pulak diberitahu. Alhamdulillah, sampai sekarang pun, Nukman akan bangun sendiri untuk menyusu. Tak payah nak kejut-kejut. Dan dia akan minum sebanyak mungkin, berbanding kalau kejutkan dia. Memang sejam setengah ke dua jam, dia akan bangun sendiri.

Walaupun banyak petua yang selalu didengari, minum susu kambing la (jgn la buat bagi fresh goat milk kat baby.. boleh rosak usus baby), mandi air daun belimbing ( mane la nak cari pokok belimbing tetengah bandar ni ..) , ubat kedai cina la dan macam-macam la ................ satu pun ibu tak percaya. Ermmm camne nak kate ye. Bukan la mengetepikan petua org tua-tua, tapi melalui pembacaan dan research pada 3 org anak yang mmg kena jaundice set tinggi punye ni, rasanya kalau takat mandi pakai daun-daun bagai ni boleh effective ke? Ape kaitan hemoglobin, bilirubin dengan daun pokok belimbing .. Yang paling ibu yakin breastfeed, breastfeed, breastfeed ... bukan air masak, bukan susu formula, bukan susu kambing ... sebabnya bilirubin dibuang 98% melalui tahi baby, dan 2% melalui air kencing baby. Kalau dah bagi air masak berbotol-botol, perut baby dah penuh dengan air masak, macam nak menyusu?? Last skali baby kencing banyak, berak kurang .. camne nak kuar bilirubin tu ..

Ibu rasa, kekadang petua org tua-tua ni mungkin ada sesetengah tu banyak assumption jugak. Ini boleh itu tak boleh. Bila sembang dengan org kampung sebelah, itu boleh, ini pulak tak boleh. Adoiii mana satu nak ikut nih. Yang penting jangan ambik 100%. Buatla research sket. Skrang kan semua di hujung jari. Jadi jangan main accept je. Yang jadi mangsa, anak kite. Ada kes, baby terpaksa masuk icu sbb ibu dia bijak sangat bagi pure susu kambing kat baby .. adusss .. bijaknye .. kekadang ade jugak yang tak sempat nak jeritttt " Nooooooooooo " ----> dah selamat baby kite disumbatkan dengan susu kambing la, air masak la, mcm2 air daun tu daun ni .. hwaaaa .. nangesss dalam hati je la ..

Itulah kan.. lumrah kehidupan. Cuma sebagai ibu, kite cuma nak apa yang terbaik buat anak-anak tersayang. Yelah kite yang mengandung 9 bulan, punye la seksa angkut ke hulu ke hilir .. selagi boleh kita nak bagi semua yang baik untuk dia. Keputusan di tangan kita. Insyallah dengan doa, usaha dan tawakal. Ibu yakin Allah sentiasa memakbulkan doa ibu-ibu yang mahukan yang terbaik untuk anak-anak.



Ni lah rupa Nukman dalam rawatan lampu 3 hari di rumah.

Mar 7, 2012

Hero ke-3 : Muhammad Nukman Bin Mohd Fakhri

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, tanggal 27 Februari 2012 jam 4.48 ptg ketika berkumandangnya azan asar, lahirlah seorang lagi zuriat lelaki kepada pasangan suami isteri, Mohd Fakhri Bin Mat Saad & Nor Saadatul Kamilah Binti Md Ali dengan berat 3.36kg di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi.

Alhamdulillah, proses pelahiran kali ini sangat mudah dan aku sangat teruja dengan kehadiran si kecil ini ke dunia untuk sama-sama melayari bahtera kehidupan bersama ibu, ayah, abang Muadz dan abang Mus'ab. Nama diberi Muhammad Nukman kepada si kecilku ini bersempena nama sebenar pengasas Mazhab Hanafi seorang insan berilmu iaitu Nu'man bin Tsabit. Ku berdoa padaMu agar sikecilku ini juga akan membesar menjadi insan berilmu dan cintakan Islam dewasa nanti, insyallah.

Bercerita tentang proses pelahiran, memang aku dah bersedia sejak awal lagi dan yakin Dr. Fazlina akan menasihatkan aku bersalin pada tarikh tersebut. Jadi, pagi-pagi sebelum bertolak ke hospital, sempat aku brief pada anakanda berdua, Muadz dan Mus'ab yang ibu ke hospital sebab baby nak keluar dah. Alhamdulillah seperti dijangka, doktor cuma periksa bukaan dan terus arahkan aku masuk ke labour room untuk bersalin. Aku dinasihatkan guna bantuan epidural sebab kedudukan kepala baby yang mendongak pasti akan menyukarkan proses pelahiran. Memang doktor dah jangka sebab Muadz dan Mus'ab juga sama.

Dan, kerana masalah kedudukan baby inilah walaupun kami sekarang di Penang, suami sanggup bersusah payah turun naik Bangi supaya aku dapat bersalin dengan Dr. Fazlina Hanum, satu-satunya doktor yang mengetahui sejarah pelahiran anak-anakku dan kondisi aku setiap kali di labour room. Alhamdulillah kali ni, semua berjalan dengan lancar dan mudah sekali. Syukur sangat-sangat.

Allah Maha Kaya. Berkat doa aku dan suami yang tak putus-putus memohon Allah memudahkan proses pelahiran aku kali ini, alhamdulillah proses pelahiran setelah bukaan 10cm hanya berjalan lebih kurang 20 minit sahaja berbanding Muadz dan Mus'ab yang memakan masa hampir sejam sampaikan keadaan panik dalam labour room dulu. :) Kali ni nak pastikan tenaga cukup, macam-macam aku makan .. pisang, kurma, air zam-zam, air selusuh, salindah .. semua aku makan .. doa pun macam-macam doa aku baca. Sempat mengantuk lagi dalam labour room. Dah biasa pukul 1 lebih, waktu tidur dengan anak-anak .. dalam labour room pun sempat lelap kejap .. hehe .. kena rehat jugak takut letih tak larat nak teran kan ..

Pendek kata, pelahiran Muhammad Nukman ni tak banyak cerita yang boleh dikongsikan sebab semuanya berlaku bagai mimpi. Bersyukur aku ke hadrat ilahi kerana doa-doa aku selama aku mengandungkannya dimakbulkan Allah SWT. Cuma this few days, Nukman masih kuning dan sangat merisaukan aku. Takpa lah yang ni lain kali kita story. Ni lah gambar putera-putera tersayang .. :)


Sponsor Kami