Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nuwairatul Iman

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Dec 1, 2005

Lihatlah wahai teman

dipetik dari Utusan Malaysia 1 Dis 2005

Selepas kejadian gempa bumi kuat pada 8 Oktober lalu, penduduk Pakistan dan India kini diancam maut apabila musim sejuk bermula. Dilaporkan 3.5 juta nyawa mangsa bencana alam tersebut yang kehilangan rumah mereka akan terancam akibat cuaca yang melanda Himalaya itu. Mereka kini berhadapan dengan risiko mengalami hipotermia atau penurunan suhu badan ke paras terlalu rendah akibat kesejukan. Keadaan itu juga menyebabkan bantuan dihentikan.

************************************************************************

Sayu hati ini melihat saudara-saudara kita di Pakistan bertarung nyawa melalui kesejukan musim sejuk .. tak dapat aku bayangkan bagaimana anak kecil tu mampu bertahan hidup di tempat sebegitu .. tanpa dinding tanpa pemanas ..

" Ya Allah , permudahkanlah mereka .. Ya Allah , sesungguhnya aku tidak tahu adakah aku sekuat mereka untuk melalui ujian sebegitu ... "

Bagi yang pernah tinggal di tempat bermusim sejuk tahulah macamana susahnya bila musim sejuk tiba ... walaupun di dalam rumah dengan heater sepanjang masa on , masih rase sukar untuk bergerak ke sana ke mari kerana keadaan yang terlalu sejuk .. kekadang pasang heater pun still sejuk terasa juga kan .. inikan pula adik-adik kecil dan sahabat-sahabat di sana yang cuma tinggal di dalam khemah tanpa dinding ... sungguh aku tak dapat nak bayangkan.. besar sungguh ujian Allah untuk mereka .. apa yang mampu aku lakukan hanya berdoa kepada Allah SWT semoga mereka diberi perlindungan dan diberi kekuatan..

Kita di sini ... selesa ... ade rumah , ade mofu , selimut tebal berlapis-lapis , ade tilam , ade heater , ade kotatsu , ade baju sejuk tebal .. ade nasik , ade lauk , ade joyfull .. ade sushi ... semua yang kite nak .. ade disekeliling kite ..

TAPI ...

Entah bila ujian dari Allah SWT untuk kita .. takde sape yang tahu .. mungkin esok lusa , mungkin malam ni .. siapa tahu ??? Allah SWT berfirman dalam Surah Az Zukhruf Ayat 55 :

" Maka tatkala mereka membuat Kami murka, Kami menghukum mereka lalu kami tenggelamkan mereka semuanya (di laut) "

Amaran-amaran didalam Al-Quran itu sangat jelas. Dan Allah SWT tetap tidak akan mungkir kepada janjiNya. Muhasabah untuk diri sendiri juga .. mungkin kesenangan yang Allah berikan ini juga adalah ujian kepada hambanya ... wahai teman , wahai sahabat marilah kita muhasabah diri semula , apakah balasan yang kita berikan pada Allah SWT di atas nikmat kurniaan-Nya yang terlalu banyak ini .. adakah kita sudah menjadi hamba yang bersyukur .. Aku tak tahu ape mesej yang aku nak sampaikan sebenarnye .. cume yang pasti aku takut kalau ujian sebegitu diberi kepada aku aku tak mampu nak melaluinya dengan penuh sabar...

Aku pernah dengar sebuah nasihat yang aku rasa tak mungkin aku boleh lupa .. ayatnya berbunyi begini .. " JANGAN CABAR KUASA ALLAH " .. pendek tapi berisi ... fikir-fikirkan lah ..

p/s : tokorode .. dalam keadaan sekarang ni sangat perlu persediaan diri jika berlaku sesuatu yang tidak diingini .. sekadar cadangan ... siapkan satu beg yang diisi dengan segala menda penting seperti selimut , mancis api , lilin, torchlight , baju beberapa helai , biskut dan sebagainya .. utk maklumat lajut bleh amik list kat skolah ... beringat sebelum kena .. :)

No comments:

Post a Comment

Sponsor Kami