Terlalu banyak peristiwa yang berlaku pada diri aku dan semuanya aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi limpahan rahmat bagi diri dan keluargaku. Alhamdulillah semuanya telah berakhir dan aku telah pun selamat menjadi isteri kepada Mohd. Fakhri Mat Saad, suami tersayang. Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin juga ramai yang belum tahu ... Aku cuma mengharapkan mereka memahami diri ini.. bukan aku lupa tetapi terlalu banyak yang perlu aku lalui sebelum selesai segalanya.. dan aku mengharapkan doa dari semua agar kehidupan kami akan lebih bahagia dan sentiasa dilindungi rahmat Allah SWT.
Mulai hari ini dan hari hari seterusnya, Insyallah bermulalah kehidupan aku semua sebagai penulis blog yang tak seberapa.. sekadar mengisi masa lapang dan berkongsi kehidupan aku bersama mereka yang sudi meluangkan masa merenung blog buruk aku ni ..
Pendek kata, blog usang yang dah berumur dekat 3 tahun ni kalau tak dijaga ... berhabuk bersawang jugak nanti .. Penat aku jaga makan minum 2 tahun lebih .. tak mungkin aku stop ... ishh tak mungkin .. cuma mungkin penulisan aku berbanding dulu lain sket la kot .. " kate dah jadi bini orang ... " kalau macam dulu jugak .. payah dehhh ..
Nanti aku letak beberapa keping kenangan majlis walimah aku dulu tu .. masalahnya masa belum ade nak membasuh, mencuci gambar gambar aku tu .. tunggu-tunggu la dulu eh .. aku sendirik pun tak sabo nak tgk gamba gamba tu .. hehe ..
Okaylah .. sampai sini dulu .. nanti sambung lagi ..
No comments:
Post a Comment