Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nuwairatul Iman

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Mar 11, 2004

Menikmati Keindahan Bandar Lama

Kali ini destinasi kami bebudak Oita adalah bandar Yufuin yang terkenal dengan keindahan bangunan lama dan kedai kedai menarik ...seawal pukul 9.00 pagi kami bertolak dengan dua buah kereta ... Cantik .. memang cantik bandar Yufuin ...

Selepas menikmati kecantikan tasik Kinrin yang dipenuhi ikan ikan besar ... kami bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Yufuin Fuji satu tempat pelancongan yang menyediakan perkhidmatan 'hot spring' (onsen)..
Alangkah bernasib baiknye kami kerana tuan punye tempat itu pernah ke Malaysia .. jadi dia pun tak kisah kami menikmati onsen dia lame-lame .. bukan senang nak dapat mandi sambil menikmati keindahan alam bukit bukau .. sampai tak sedar dah terlebih 45 minit ... Selepas mandi ape lagi .. perut berbunyi-bunyi minta diisi .. nasi goreng udang dan teh karamel menjadi pilihan aku .. perghhh sedap gilerr sampai malam kenyang lagi .. hehhe .. keunikan bandar Yufuin ni ialah bandar ini akan senyap dan kedai kedai mula tutup pada pukul 3.00 petang dan kembali buka pukul 5.00 petang .. jadinya lebih kurang pukul 3 bandar jadi senyap sunyi macam bandar hantu .. hehhehe ... menarikkan .. dalam perjalan pulang kami singgah di Tannoura Beach .. pantai buatan manusia .. cantik ... selepas menunaikan solat asar kami berjalan sambil mengambil gambar dengan pelbagai pose yg agak mantap .. kepada teman teman yang ingin melihat gambar gambar kami sepanjang berjalan semalam .. sila la klik link di bawah .

Tasik Kinrin

Depan Tasik Kinrin

Bandar Yufuin

Tannoura Beach


Dan hari ni aku bersama seorang teman ditugaskan plak untuk menjadi cikgu masak .. menu pilihan kami ialah kurma telur , ikan bakar dan air asam serta pengat pisang ... itu adalah yang paling mudah dan ringkas pada pandangan kami .. nampak macam mudah tapi sukar rupanya .. makcik makcik jepun yang begitu semangat belajar menjadikan kami naik bingung menjawab soalan mereka .. kelakar pun ade .. aku jarang masak guna resipi .. jadinya resipi yang aku buat pun main hentam keromo je la .. rupanya makcik makcik jepun tu ikut sebijik .. pueh kami menerangkan semula resipi sebenar .. alhamdulillah satu pengalaman yang best dan akan aku simpan dalam kotak memori hatiku sampai bila-bila insyallah .. kalau ade peluang rasa macam nak buat lagi .. dapat simpan duit .. heheh .. a long journey starts from a baby step ..

No comments:

Post a Comment

Sponsor Kami