Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nuwairatul Iman

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Nov 11, 2014

Flash Back !

Berkenaan ENTRY : Yeyyy, saya sudah berhenti kerja !!!

Ini adalah testimonial selepas 6 tahun 7 bulan saya bergelar SURI RUMAH SEPENUH MASA. Ops ! silap .. WORK AT HOME MOM ker ???

Alhamdulillah, syukur teramat sangat atas keputusan yang telah dibuat 6 tahun lepas untuk melepaskan tittle RND Engineer semata-mata nak tumpukan perhatian pada suami dan anak-anak. Keputusan yang tak terbayang dek akal 10 tahun lepas masa saya sibuk mengejar segulung ijazah. Rupa-rupanya segulung ijazah itulah yang digunakan bukan untuk diri sendiri. Tetapi digunakan untuk mendidik anak-anak kami yang 3 orang nih.

Bidang kejuruteraan tapi pengalaman 4 tahun di Jepun banyak mengajar saya untuk berdikari dan menjalan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri di rumah. Tanpa ilmu mana mungkin terdidik anak-anak. Dan rugilah ilmu yang tinggi itu tidak disalur pada anak-anak saham akhirat kami berdua.

Pernah suatu masa, kami tak punya apa-apa melainkan beberapa ringgit untuk meneruskan kehidupan keluarga tapi hidup tidak berakhir di situ. Usaha tetap perlu berusaha. Tapi, setiap kali kesusahan itu datang, ia datang sekejap sahaja untuk menguji dan terus menguji. Rezeki yang datang bukan dari manusia. Tetapi dari Allah SWT. Tak pernah satu masa pun kami mengalami ketidakcukupan yang kritikal. Malah, walaupun bersederhana, kami bahagia.

Buktinya pada 3 hero kami yang sihat walafiat, alhamdulillah. Dengan perancangan pendidikan, dan terjaga makan minum sakit perit mereka. Harapnya perkembangan hidup mereka akan tersusun sebaik mungkin. Semoga Allah pelihara keluarga kami :)

Wallahua'lam.

Tahniah Anak IBU !!

1st time ibu menitiskan air mata gembira. Pertama kali ibu rasa tak dapat nak kawal air mata gembira sangat-sangat. Rasa penat lelah ibu mengajar, bagi latih tubi, beli buku latihan dan macam-macam usaha nak biasakan Muadz dengan soalan latihan akhirnya terbalas dengan call daripada ustazah.

" Puan, Muadz ada gitau tak ? "
" Gitau apa ustazah ? Dia takde gitau ape2 pun "
" Haa, Muadz dapat No.1 "

Masa tu mmg takleh handle dah ..

" Kami cikgu-cikgu semua terkejut dia dapat No.1 "

Subhanallah .. memang tak tau nak cakap camne .. since last week dia bawak balik kertas exam, markah almost all papers 90% ke atas. Mana pernah. And yet, masa last exam, markah dia semua bawah 50%. Ibu & ayah gi skolah jumpa Penyelia Petang & Pengetua semata-mata nak bincang apa sebabnya result agak teruk masa tu. Teruk pun tak la teruk, dapat no.9 bagi ibu dah ok dah. Tapi kalau no.9 dengan markah bawah 50%, maknanya ada yang tak kena la kan .. tak kisah dapat no. berapa pun, tapi bila teruk sangat .. mesti ada yang perlu dibetulkan.

Sama ada dia main dalam kelas.
Dia tak faham cikgu ajar.
Dia tak faham soalan.
Dia faham tapi dia malas buat bebetul.
Dia kurang latihan.

Tindakan drastik, beli buku latihan sebanyak mungkin especially English & Math .. selagi ada masa, dia buat. Sangat terkejut, rupa-rupanya dia sangat minat buat latihan. Dan dia boleh fokus ! Latihan di sekolah jer memang sangat-sangat tak cukup. Tak cukup untuk latih dia berfikir dengan cepat especially untuk soalan-soalan aplikasi. Dengan latihan yang sangat banyak, alhamdulillah .. Muadz berjaya buktikan pada ustazah yang dia bukan seperti yang ustazah sangka .. jenis suka main ( tu biasa bagi boys kan .. ) tapi dalam main tu, dia sangat bijak, insyaAllah.

Budak comot baru balik skolah ;)


TAHNIAH MUHAMMAD MUADZ AL-HAFIZ .. ibu yakin Muadz anak bijak, anak soleh ~

Nov 5, 2014

Alkisah hadiah cik abang

Alhamdulillah selamat sampai hadiah yang ditunggu-tunggu .. seb baik sempat sampai sebelum cik abang sampai umah petang semalam. Anak-anak dah tidur, jam 12.30 tgh malam, baru ku bawak keluar hadiah cik abang ..

Memang takleh lupa la riak wajah encik suami keluar bilik air nampak cik adik sayang pegang hadiah .. memang jarang sangat dia dapat hadiah. And this is so suprise for him. Pagi ni masih mengucapkan ribuan terima kasih lagi atas hadiah tak seberapa itu. hihihi ..

Just wondering, sbb rasanya i beli yang fake. Tapi dapat warranty card semua macam full-set. Abang kata tu ori .. sebab dia pernah beli oakley ori dapat sebijik macam tu jugak setnya .. puas ku tegakkan jua kata " I beli yang fake la sayang " .. hahaha .. fake pun ratusan ringgit okeyyyy ..

So, arini ku contact semula seller untuk kepastian. Dan ini la resultnya. ... hahaha.. Confirmed it is FAKE !!! Walaupun siap printed Made In USA .. ntah made in mana pun tatau .. yang penting, cik abang suka sangatttttt .. senyum sampai pagi dapat spek itam baru .. hahaha

Abang comel ~

Nov 4, 2014

HAPPY BIRTHDAY LARLING ❤

Hari ni hari jadi ayah.
Memang jarang sekali ibu belikan hadiah untuk si jantung hati ibu ni.
Bukan ape, sebab bile keluar, i keluar sekali dengan u.
Camne nak beli hadiah.

So this year.
Ibu decide, beli online jer.
Harap-harap sampai arini.
Kalau tak sampai, punah harapan.

Memandangkan sunglass larling tu dah almost 20 yrs, siap dah few times hero2 ni patahkan dan glass die pun dah bertepek-tepek ( aduhaiii kesiannye laki aku ~~~ ) haha ..
So, ibu decide beli yang ni .. harap-harap ok laaa .. Jangan kena scam suda ..

Oh ye, larling punye oakley ori .. sori la, i tak mampu la nak beli oakley ori ..
i beli yang fake jer .. tapi nampak macam ori tau ..
Belasah je la .. nanti barang dah sampai ibu tempek testimoni aa ..

Harap-harap larling suka la .. muah muah muah ❤

Nov 3, 2014

Kesukaan Hero-Hero Saya

Bila nak diorang diam ! 

Haaa, bagi sebekas LEGO.
Nah ! sejam pun boleh. 

Takde gaduh. 
Takde menjerit. 
Takde bertumbuk. 

Sunyi ~ 

Fheww ibu lega. 
Time for ibu ayah berchit chat.  

Be good boys na ! 
 


Sponsor Kami