Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nuwairatul Iman

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Feb 29, 2004

Patah tumbuh hilang berganti

Jam didinding menunjukkan pukul 9.30 pagi.Aku yang masih mamai terkejut kerana kusangkakan aku mampu terjaga pukul 8.30 pagi kerana biasanya lepas subuh aku akan tidur kembali dan terjaga sono gurai .. Agaknya keletihan semalam membuatkan mata ku tak mampu membuka tirai kelopaknya pagi ini.Kelam kabut aku dibuatnya kerana janji kenduri di Kaikan Machi bermula pukul 10.00 pagi.Alhamdulillah semua barang barang yang ingin kubawa telah kuasingkan ke tepi..Aku yang mula bercadang untuk ke sana dengan moto shj tetapi terbantut apabila melihat cuaca di luar hujan ditambah lagi dengan aku yang tak punya lesen memandu yang sah .. hehehe .. bahaya tapi aku telah pun meminta sahabatku di Malaysia memperbaharui lesen memandu aku ... Alhamdulillah Kak Bibah offer naik keta nya pagi tadi..Kalau tak .. ade yang basah kuyup pagi tadi..hehehe

Ramai betul yang hadir 'Sotsugyou Party' pagi tadi yang dianjurkan oleh kohaitachi buat senpai-senpai yang akan pulang ke tanahair akhir bulan 3 ini.Tak kusangka rakyat Malaysia di Oita ni ramai rupanya.Rasanya ade lebih 30 orang yang hadir tadi .. Alhamdulillah makanan cukup ( fhuhhhh !!! ) .. Kalau ade yang rasa makanan tak cukup tadi .. gomen ne ... Kepada senpaitachi yang ade membawa jugak juadah tadi tima kasih bebanyak la yek ...






Mereka yang akan pulang diberi peluang untuk memberi sedikit ucapan dan sepatah dua kata buat kami kohaitachi yang tinggal di Oita .. sedih dan pilu rasanya aku dan sahabat sahabat lain yang akan tinggal dan terus berjuang di Oita ini. Pelbagai nasihat yang aku dapat dan pasti akan kusimpan di dalam kotak memori hatiku ... Antara kata kata yang paling aku ingat ialah .. ' Jagalah ukhwah antara ahli keluarga' yang berulang kali diucap oleh senpaitachi.. Ya , Insyallah kami pasti menjaga ukhwah antara kami .. saling mengambil berat satu sama lain, bertanya khabar dan yang penting biarlah sama-sama susah dan sama-sama senang ..Itu yang diajar oleh senpaitachi semenjak aku berada di dalam Oita Family.. Tanggungjawab sebagai pelajar tidak kuabaikan kerana itulah tujuan utama aku di Jepun.. Insyallah


Feb 28, 2004

Ketenangan yang dicari

Alhamdulillah aku diberi kesempatan lagi untuk menulis di sini. Arini disebabkan tiada plan ke mana-mana .. aku menerima pelawaan Itosan untuk ke Ropeway dan Jikoku Meguri bersama 3 orang senpai ( Kadok , Belit, Matde ) yang akan pulang ke Malaysia akhir bulan 3 nie... Letih tapi seronok .. macam macam citer keluar , ade yang manis, ade yang pahit dan yang best kelakar diorang ni memang bagi aku dan Itosan tak kering gusi... Dalam gelak tawa tu banyak nasihat yang mereka tinggalkan... dan semua itu bakal menjadi petunjuk buatku di masa masa akan datang ... insyallah

" Dimana ketenanganku .. "

Maafkan aku kerana aku sering mengabaikan tanggungjawabku...
Maafkan aku kerana aku sering lupa suruhanmu ...
Maafkan aku kerana aku sering melakukan laranganmu ...
Maafkan aku kerana aku sering bangga dengan apa yang kau anugerah padaku ..

Aku lupa .. aku kerdil ..
Hanya engkau yang Maha Esa .. yang Maha Kuasa

Kenapa aku lupa ...
Kerana hatiku semakin gelap dengan dosa-dosa yang aku lakukan ...
Bagaimana cahaya Ilahi boleh menembusi lapisan dosa yang semakin menebal
Jika tidak ku gilap sendiri dengan taubat yang kekal ..

Ya Allah ..
Ampunkan dosa hambamu ini..
Kembalikan nur dalam diriku
Kuinginkan ketenangan
Ampunkan dosaku ... Ya Allah

Feb 26, 2004

Hari Khamis malam Jumaat adalah hari yang dinanti-nantikan oleh warga Oita kerana setiap minggu diadakan majlis bacaan yassin dan kenduri.Alhamdulillah malam ni ramai juga yang hadir.Seronok dapat jumpa Kak Bibah dan Kak Huda ..dan senpai senpai lain .. banyak yang dibualkan .. tak jemu melihat telatah Ayong dan Adik yang aktif berlari ke sana sini bawak kaado masing masing.. Ayong masih mampu bergelak tawa walaupun cedera teruk semalam di skolahnye.. kakko iii ayong ne .. Asyraf yang tak lepas dari pelukan ayah dan mamanya menangis bila servis bertukar tangan kepada kakak dan abang yang tak dikenali .. ' sape plak mamat ni .. ?' kate Asyraf .. hehhe

Melihat telatah adik adik kecil ni .. teringat aku pada adik adik aku di Malaysia. Rindunya aku pada mereka. Tiba-tiba Kak Fuza ajak balik plak .. ni yang gundah gulana nih .. ermmm nak balik ke .. uwaaaa .. aku cuba kuatkan diri untuk tidak pulang ke Malaysia cuti musim bunga nih .. bukan ape .. disamping nak kumpul duit ... senpai senpai kesayangan ramai yang balik akhir bulan 3 nih .. Kadok , Abo , Belit , Matde , Aj , Farah , Abang Man dan keluarga serta Abang Mie dan keluarga .. boleh dikatakan separuh ahli keluarga Oita balik kepangkuan keluarga masing masing di Malaysia tahun ni.bak kate orang ...' Your Life Is Waiting ' .. nak tak nak terpaksa la aku menerima hakikat kepulangan mereka walaupun hati ini berat nak berpisah ..

Pertemuan dan perpisahan itu memang lumrah kehidupan. Aku paling lemah bile terpaksa berhadapan dengan perpisahan. Dan setiap kali berlaku perpisahan, air mata aku tidak malu untuk mengalir menggambarkan betapa sukar untuk menerima kenyataan itu. Tetapi realiti terpaksa kulalui. Kehidupanku tidak berakhir di situ jadi setiap kali berlaku perpisahan , aku terpaksa menguatkan hati untuk melaluinya.

Saat perpisahan yang paling sedih dan tidak dapat aku lupakan ialah ketika di KLIA masa mula mula nak berlepas ke Jepun 2 tahun lepas. Masa tu nak je menjerit gitau JPA tak jadi nak gi Jepun .. uwaaaaaa ...Sejak bertolak dari rumah lagi hati aku dah gundah gulana .. mampu kah aku meninggalkan mak, bapak dan adik adik tersayang .. melihat sahaja kapal terbang yang kejap-kejap berlepas tu .. terus air mata mengalir dan masa tu rasa macam nak suruh bapak yang tengah drive tu pusing balik keta balik Johor.Alhamdulillah dalam sedar tak sedar dah 2 tahun aku di Jepun. Dalam tempoh 2 tahun pun 3 kali dah aku balik Malaysia .. tu sebab cuti kali ni aku kuatkan diri ..

Bercerita tentang perpisahan ni aku teringat satu lagu yang sangat menyentuh hati. Lagu ni dalam bahasa Jepun .. kepada yang faham bahasa Jepun .. lagu ni pasti mengalirkan air mata anda ketika terpaksa melalui saat perpisahan bersama insan tersayang ...

"SAYOUNARA DAISUKINA HITO"

Sayounara daisukina hito
Sayounara daisukina hito
Mada daisukina hito

Kuyashii yo totemo
Kanashii yo totemo
Mou kaettekonai
Soredemo watashino daisukina hito

Nanimo kamo wasurerarenai
Nanimo kamo sutekirenai
Konna jibun ga mijimede
Yowakute kawaiiso de daikiraii

Sayounara daisukina hito
Sayounara daisukina hito
Zutto daisukina hito
Zutto zutto daisukina hito

Nakanaiyo imawa
Nakanaide imawa
Kokoro hanarete iku
Soredemo watashino daisukina hito

Saigo dato iikikasete
Saigo made iikikasete
Namidayo tomare
Saigoni egaoo
Oboete iku tame

Sayounara daisukina hito
Sayounara daisukina hito
Zutto daisukina hito
Zutto Zutto daisukina hito
Zutto zutto zutto daisukina hito

- kiroro -

Feb 25, 2004

Bangun pagi baru teringat rupenya aku ade kerja yang belum diselesaikan. Nakamizo sensei mintak tolong dua orang wakil pelajar Malaysia untuk mengendalikan satu program memasak untuk nihonjin 11/3 nanti. Jadinya arini ni aku dikehendaki menyiapkan resipi masakan yang bakal dimasak nanti. Setelah difikirkan masakan Malaysia yang mudah dan sesuai dengan selera masyarakat jepun , kami telah membuat keputusan untuk masak kurma telur , ikan bakar dan air asam... simple kan .. heheh sebenarnye maleh nak buat yang payah payah. Nihongo pun berterabur lagi.. kalau kena tanye ade yang berpeluh kang ..

Eh .. melody deringan yang sangat kukenali berbunyi tiba tiba .. alhamdulillah rezeki bila mengetahui ade salah sorang senpai ku yang akan mendirikan rumah tangga cuti haru ni sudi nak balanja aku dan rakan rakan lain makan Joyfull .. muahhhh bak kate pepatah rezeki jangan ditolak .. memang tak tolak pun .. heheh tima kasih daun keladi , lain kali leh banje lagi .. yek pekan .. Aku pun dengan muka selambernye mengorder makanan kegemaranku ebifurai teishoku .. seronotnya dapat menjamah ebifurai yang karikari .. ditambah dengan sosnye yang enak .. hehehe ..

Balik dari Joyfull terus mengadap pc balik belajar nak mencantikkan blog sendiri tapi malangnya masih gagal .. setelah ditukar berkali kali dan meng'copy' 'paste' kan pelbagai command .. aku masih gagal dan akhirnya aku pasrah .. esok la plak .. letih dah pala .. yappari kepala ku masih belum bersedia menerima command command programming yang melampaui tahap penerimaan manusia biasa seperti aku .. heheh ..

Tadi aku tertarik dengan satu sajak yang aku dapat dari satu laman web .. ni aku pastekan sebelum aku lelapkan mata untuk arini ..


Lembaran Hidup Wanita Solehah

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....





Hari ni seperti biasa hari hari lepakku di bilik . Memandangkan exam dah abeh dan aku pun takde menda nak buat . Aku hanya mengadap PC tersayang dan belajar mencantikkan blog aku yang baru nih. Try repair sane try repair sini tak jadi jadi jugak .. last last aku yang pening .. dah pening ape lagi .. bantal dan futon masih terbentang dan bagai memanggil manggil aku untuk terus berada bersama mereka ... hehe tanpa berlengah lagi aku pun terus terlelap sampai petang.

Eh ! baru teringat arini ari Selasa .. Su Pa Ka Yo Ichi ... setiap minggu ari selasa memang Jusco mengadakan jualan murah untuk sayur, makanan laut, dan sebagainya .. yang paling penting ari selasa roti 98 yen .. disebabkan satu satu nya jenis roti yang boleh makan kat Oita ni adalah roti jusco maka kesejukan malam tidak kuendah asal dapat kumakan roti idamanku malam ni. Rasanya dah lebih sebulan aku tak beli roti .. bukan ape .. jauh jusco dari rumah aku .. naik moto pun dalam 10 minit gurai... tapi ntah kenapa petang semalam hatiku berkobar kobar nak dapatkan roti.Akhirnya dapat jugak aku beli 2 paket roti idaman. hehehe tak berasap la dapur aku 2 minggu...

Balik dari jusco tetiba dapat mail dari syiwi , kohai Hokudai yang mengatakan dia dah sampai Oita. Kak ima ajak aku temankan dia bersama-sama jemput syiwi di Oita Eki .. heheh dapat jugak aku menghilangkan boring satu ari . Ape lagi aku pun terus setuju .. Malam tu kak ima dan syiwi dinner di Joyfull shikido. Aku temankan je .. sebab sebelum keluar aku dah pun makan malam sambil mengadap citer melayu kelakar ( Jutawan Fakir ) .. pecah perut aku nengok citer tu. Lawak Apek Senario memang menjadi. Minat betul aku dengan mamat tu memang kelakar abeh...

Ermmm dah lewat nih .. Bantal dan futon ku masih setia memanggil walaupun aku buat bodoh je .. heheh oyasumi

Feb 23, 2004

Assalamualaikum ...

Ini hari pertama aku menulis di blog aku ni. Baru belajar nak guna blog nih . Orang lain dah berzaman dah tapi takpe kalau tak belajar tak bertambah pulak ilmunya. Cuti musim bunga baru bermula. Alangkah seronoknye dapat berehat dan nombiri di bilik sendiri setelah sekian lama berhempas pulas menghabiskan koki nih . Aku harap keputusan peperiksaan aku kali ni memberangsangkan . Bukan ape .. tak sanggup rasanya nak ryunen. Bile dengar suara mak , bapak dan adik adik di corong telefon .. hati memberontak untuk pulang menemui mereka .. insan insan tersayang dalam hidupku.. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidupku di hari ini , esok dan seterusnya hari hari mendatang .. Insyallah

Sponsor Kami