Siapa kawan baik saya ?
☆Bukannya senang nak cari kawan yang baik☆Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik☆Kawan yang baik-tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya☆Kawan yang baik-tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya☆Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan☆Kawan yang baik-tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia☆Kawan yang baik-adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan☆Kawan yang baik-adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira☆Kawan baik -menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa☆Kawan yang baik-tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya☆Kawan yang baik -tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik☆ Kawan yang baik-tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya☆Kawan yang baik-akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya☆Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna☆Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita☆Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya☆Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya☆
*******************************************
Ye betul .. seorang kawan yang baik juga sentiasa berlapang dada untuk menerima teguran dari temannya sendiri. Seorang kawan yang baik mampu tersenyum ketika menerima teguran dan berusaha ke arah pembentukan diri yang lebih baik bukan menjauhkan diri darinya. Kita ditegur means kita disayangi ... kalau tak sayang mesti die biar je kite buat salah ...
Aku rindukan kawan-kawan baikku yang sering menegur aku setiap kali aku melakukan kesalahan. Aku tahu diorang still sayangkan aku ..Sile la tegur insyallah aku boleh menerima dengan hati yang terbuka ... Amalkan budaya tegur menegur insyallah Islam selamat kerana Allah SWT telah berfirman dalam surah As-Saff ayat 4 ...
" Sesunggugnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh ."
Means , untuk mendapat kasih sayang Allah kenalah saling tegur menegur ke arah kebaikan.. Tidak dinafikan cara menegur ada pelbagai cara , gunakan akal dan fikirkan cara terbaik untuk menegur supaya tidak menyakiti hati insan lain .. yang penting komuniti Islam bersatu .. Dengan teguran dan nasihat insyallah takde masalah tak puas hati , mengata belakang dan sebagainya .. bukan berpecah belah mengikut pendirian masing-masing. Allah tak suka semangat asobiyah ... Marilah kita saling tegur-menegur dan berlapang dada menerima teguran teman-teman..
Kepada mereka yang ade bengang ke tak puas ati ke sile la tegur secepat mungkin .. mane la tau aku mati esok lusa ke .. tak sempat mintak maaf .. sian la kat aku .. uwaaaa .. sile la tegur .. ne .. !!!
No comments:
Post a Comment