Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nuwairatul Iman

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Oct 5, 2005

semoga mereka memahami

Tiada manusia yang hidup tanpa kesalahan ... dan setiap kesalahan akan terus menjadi kesalahan tanpa teguran dari insan yang tahu bahawa itu adalah kesalahan dan perlu diperbetulkan ..

Tetapi ....

Malangnya .. kite sering takut untuk menegur.. kerana bimbang dia berkecil hati .. tapi kita tak kisah dia ditempatkan di dalam api neraka yang panasnya membara ... kenapa berlaku fenomena begini ? Mungkin kerana kite dilatih untuk terlalu menjaga hati kawan dan tidak menjaga tepi kain orang ...

Hasilnya ...

Teman yang dalam kesalahan akan terus melakukan kesalahan ... Insan yang sedar tindakan temannya itu satu kesalahan akan terus merasa gundah gulana .. serba salah .. nak tegur tak tegur .. nak tegur tak tegur .. susahkan ? bila dari kecil dah dilatih dengan suasana begini .. silap-silap ada yang memulaukan sahabat sendiri sebabnya tak mampu nak tegur ... fenomena ini memang berlaku .. jangan katakan tidak ..

Seorang teman kecewa bila sahabat yang selama ini sering bersama tiba-tiba hilang ntah kemana ... setelah di selidik .. rupa-rupanya dia takut untuk sering bersama kerana temannya itu sering menjadi bahan fitnah orang ... huh ? apa salahnya tanya ? apa salahnya tegur ? kau yakin yang dia sengaja melakukan kesalahan itu ?

Jangan sampai di akhirat kelak dia katakan kau teman baiknya tidak pernah menegur kesalahannya ... dengan kau sekali diheret bersama .. jangan main-main .. !!

Memang mudah untuk berbicara ... tapi ingin aku katakan di sini bijaknya manusia itu terletak pada kepandaian dia meletakkan diri dalam diri insan lain dan cuba memahami hati dan perasaannya ...

Ada persoalan yang sukar untuk dijawab dan hanya mengharapkan mereka memahami tanpa perlu diberi jawapannya .. ( dipetik dari blog seorang sahabat .. )

semoga mereka memahami ....

No comments:

Post a Comment

Sponsor Kami