Minggu ni tak banyak aktiviti menarik yang berlaku di Oita .. jadi aku pun berkurung je la dalam bilik ... aku banyak mengadap PC tersayang , melayari internet sambil melihat website website menarik sambil belajar membina website sendiri.Maklumla aku ni orang letrik .. jadinye bidang IT ni memang lemah sangat .. ramai jugak cikgu cikgu IT aku .. terima kasih kepada semua yang sudi mengajar ..
Aku rasa terpanggil untuk bercerita tentang 'perasaan' di sini .. sebagai manusia aku bersyukur kerana dikurniakan perasaan iaitu sesuatu yang amat bermakna dalam hidupku.. perasaan sayang , marah , kesal , gembira dan macam-macam lagi .. bayangkan hidup ini tanpa perasaan .. mesti bosan dan tak meriah .. cuma yang penting sebagai manusia kita perlu bijak mengawal perasaan ... perasaan marah, perasaan sayang .. semua itu perlu dikawal sebelum dikawal oleh nafsu yang menggila ... bayangkan jika nafsu menguasai diri ketika marah ... boleh berlaku pergaduhan , pembunuhan dan macam macam lagi .. sesungguhnya perjuangan yang paling besar adalah perjuangan melawan nafsu dalam diri .. betul kan ? bile kite terlalu menyayangi seseorang pun .. kalau tidak dikawal oleh otak akan perasaan sayang itu .. pelbagai perkara buruk boleh berlaku tanpa disedari .. boleh berlaku zina dan macam macam lagi .. syaitan tak pernah putus asa mempengaruhi manusia ... aku sendiri takut bile nafsu menguasai diri , syaitan yang tak jemu menjalankan tugasnya terus mempengaruhi manusia .. kalau tak kuat ... otak sukar menjalankan tugas ...
Kita pasti sering berhadapan dengan situasi begini... Sedang enak berbual bersama teman-teman .. tiba-tiba seorang teman mengutarakan perkara yang tidak bersekongkol dengan pendapat kita ... tanpa disedari kita membidas kata-katanya tanpa memikirkan perasaan dia dan teman-teman lain ... itu lah masalahnya bila diri tidak melatih hati untuk bersabar .. kan lebih elok jika kita mendiamkan diri jika ianya lebih baik dari membidas .. Setiap kata-kata yang dikeluarkan tanpa berfikir panjang biasanya mengundang masalah ... kan ... aku juga sering tersalah laku begitu .. ntah bile akan berubah aku tak pasti namun aku cube sedaya upaya untuk melatih diri menjadi insan penyabar .. insyallah
Kemudian , bila perasaan marah menyelubungi diri .. kadang-kadang tak sempat berfikir terus sahaja tindakan luar kawal seperti menengking dan sebagainya lancar keluar dari mulut walaupun kadang kadang hati tak merelakan... Sebagai makhluk Allah yang kerdil .. layakkan kita sesama manusia memarahi antara satu sama lain ??? Bila difikir kembali ... hanya Allah yang layak memarahi hambanya sedangkan kita dijadikan sama ...yang membezakan kita sesama manusia adalah IMAN seseorang itu ... menjadi pemaaf tak rugi malah disukai Allah SWT .. kalau dilayan ego diri memang rasa diri sentiasa tinggi .. tapi setinggi manakah diri kita sebagai manusia jika nak dibanding dengan kekuasaan Allah yang Maha Esa ..
Kesimpulannya di sini .. sebagai manusia kita perlu melatih hati mengawal perasaan .. untuk membersih hati .. perbanyakkan membaca Al-Quran dan berzikir .. insyallah hati yang bersih membawa kepada kehidupan yang baik dan diredhai Allah SWT ...
No comments:
Post a Comment