Salam Ramadhan
insyallah lepas maghrib ni kembali la kita seluruh umat islam menyambut kedatangan bulan istimewa penuh rahmat .. ramdhan al-mubarak .. semoga ramadhan kali ini membawa seribu erti dalam kehidupan kita semua..bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya kita diberi peluang merasai lagi kenikmatan bulan umat Rasulullah SAW ini..
sesungguhnya setiap kali di akhir ramadhan pasti akan timbul rasa menyesal dalam diri kerana rasa kurang beribadat .. dan mengharapkan diri masih sempat menemui ramadhan seterusnya..insyallah jika dipanjangkan umur sempat lagi kita pertambahkan amal ibadat di ramadhan kali ini.. dan diharapkan juga agar amalannya berterusan ke akhir hayat..
manusia .. setiap hari diri dibelenggu dosa-dosa lalu .. rasa tak tenang , rasa kekurangan sesuatu .. dan bagi yang sedar .. sesungguhnya amat berat rasa memikul dosa yang dilakukan .. ingin menyucikan diri .. membersihkan diri dari dosa silam bukan di bulan ramadhan sahaja.. setiap masa .. ya setiap masa .. dan sementara diberi peluang menemui bulan penuh barakah ini .. mari lah bersama-sama membersih dan memperelokkan diri .. pintu rahmat Allah SWT sentiasa terbuka bagi mereka yang menyedari ..
Allahuakhbar !!!
No comments:
Post a Comment