Fakhri & Mila

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Muadz Hero No.1

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Mus'ab Hero No.2

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Nukman Hero No.3

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nuwairatul Iman

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Dec 25, 2010

Relocate

Alhamdulillah dah dua minggu kami berada di tempat baru dan rasanya kehidupan di sana lebih tenang dan sangat menenangkan .. segala-galanya berjalan dengan perlahan .. especially MASA .. sangat tenang .. Kalau di KL masa dirasakan terlalu pantas berlalu sehinggakan terlalu banyak perkara yang tak sempat nak diselesaikan. 

Perkara yang paling membuat aku teruja tinggal di tempat baru ni ialah kepulangan suami setiap hari untuk makan tengahari .. walaupun hidangan tak seberapa yang sempat aku sediakan, tapi melihat suami makan dengan selera membuatkan aku rasa sangat teruja kerana walaupun tak banyak, dapatlah sikit suami merasa air tangan aku sebagai isteri menyiapkan hidangan buat suami tercinta .. 

Alhamdulillah, rumah sewa yang telah suami siapkan untuk kami anak beranak pun sangat selesa dengan suasana yang sangat tenang. Insyallah, target kami di sini untuk lebih menumpukan perhatian pada anak-anak dan mengurangkan perkara-perkara yang takk berapa baik .. Semalam, ade jugak sound suami, nak minta pasangkan Astro, tapi dia suruh sabar dulu dan cuba hidup tanpa 'benda' tu dulu .. Ermm, takpela .. so far anak-anak pun takde bising nak tgk kartun sangat.. ape yang ade pun dah cukup la tu .. hopefully anak-anak dapat tune lifestyle baru ibu dan ayah ye ..





 



Dec 6, 2010

Muadz kate

Ibu : Muadz, tolong ibu bawakkan botol susu muadz dengan adik tu tak ?

Muadz : Yela yela ..

Ibu, Muadz dan Adik pun gerak naik atas sambil Muadz pegang 2 botol berisi susu suam-suam kuku ... ibu pun macam biasa la, melawat bilik sini bilik sana kemas sikit-sikit ... tiba-ibu ibu dengar Muadz ngomel sorang-sorang ..

Muadz : KANG TANGAN MUADZ MELETUP CAMNE ???

Adoiii ... rupenye die tak puas ati ibu minta tolong bawakkan botol susu tu ... sian muadz, dah la demam ...

Thanks sayang, tolong bawakan botol tu ye .. anak ibu memang rajin ... : )

Dec 2, 2010

Doa lepas solat

Saje nak share dengan kawan-kawan ...


Sape nak guna boleh la print sendiri ye. Gojiyuu ni ..

Nov 30, 2010

Jangan risau, rezeki anak Allah dah siapkan ...

Semalam aku terlihat satu video perlakuan seorang maid kepada baby umur dalam setahun .. dan aku rasa ramai yang dah tengok video tu .. sangat menyiksa jiwa. Emosi aku terganggu sampai hari ni tak hilang lagi .. dan aku tertanya-tanya, apa yang kawan-kawan rasa bila tengok video macam tu ..

Macam mana seorang ibu sanggup meletakkan cctv di rumah untuk monitor kalau-kalau anaknya didera oleh maid ??? Which means, dia sanggup tengok anaknya didera dulu sebelum dia menjatuhkan apa-apa hukuman pada si maid ... Mungkin ada yang kata kalau tak letak cctv lagi la tak tahu apa maid buat pada anak kita .. yup, memang betul la tu.. Untuk memastikan anak kita selamat, mungkin itu salah satu cara terbaik yang ada dan mungkin juga sudah tiada pilihan lain bagi ibu yang bekerja.


Tapi, bagi aku ... itu samalah kisah yang pernah aku dengar sebelum ni bila si ibu bagi notis berhenti kerja 24 jam selepas anak meninggal dunia akibat perbuatan maid .. what for ?? Anak dah pergi menghadap Ilahi .. betul la ajal maut ditangan Allah SWT ... tapi begitu menyeksa jiwa bila melihat anak pergi menghadap Ilahi dalam keadaan macam tu .. boleh pun berhenti kerja sebenarnya .. tapi kenapa nak tunggu si anak dah pergi ??

Aku bukan la pandai sangat bidang agama ni tapi aku rasa macam nak menyeru kepada kawan-kawan, sahabat handai dan teman-teman tersayang, yakinlah bahawa rezeki tu datangnya dari Allah SWT, bukan dari kerajaan mahupun syarikat yang hired kita tu .. rezeki anak-anak dah tertulis. Apa yang perlu hanyalah keyakinan diri pada kekuasaan Allah SWT untuk menentukan rezeki kita sekeluarga. Yakinlah bahawa ada rezeki yang bakal tiba untuk membayar hutang kereta, hutang rumah, duit susu anak dan sebagainya. Yang penting, tunaikan HAK ANAK ... yup, kita sebagai umat Islam, wajib menunaikan hak kita kepada anak sama seperti kita menunaikan hak kita kepada suami, isteri, ibu bapa dan sebagainya.

Anak-anak mempunyai hak terhadap 24jam masa kita  yang Allah SWT berikan tu. Renung-renungkan lah berapa jam masa yang kita spend untuk anak-anak dalam sehari ?? Berapa kali dalam seminggu kita dapat sama-sama main dengan mereka, suapkan nasi dengan air tangan kita, mandikan mereka, sabunkan badan mereka, beruskan gigi mereka, malah berbual-bual dengan mereka ... Biasanya apabila keletihan, apa yang mereka dapat bila seharian menanti kepulangan kita adalah herdikan yang amat mengecewakan mereka. Bayangkan betapa hancurnya harapan anak bila seharian menghitung waktu menanti kepulangan ibu dan ayah, apa yang mereka dapat hanyalah tengking herdik kerana keletihan kita yang terlalu mengejar kecukupan wang ringgit untuk menampung hutang keliling pinggang .. alangkah malangnya anak kecil itu ..


Aku bukan manusia sempurna dan aku bukan insan yang layak untuk menyeru teman-teman membuat satu keputusan yang sangat drastik .. aku sekadar ingin berkongsi sedikit rasa hati yang mungkin semua telah maklum cuma belum yakin untuk membuat satu perubahan besar dalam hidup.

Yakinlah teman-teman bahawa rezeki itu datangnya dari Allah SWT ... insyallah tiada yang perlu dikhuatirkan.

-Insan Kerdil Milik Ilahi-

 









Nov 26, 2010

I-City

Saje nak bawak anak-anak jalan I-City dengan abang sepupunye, sape lagi kalau bukan Danial Arief. So, balik kerja dari NEC di Teluk Panglima Garang, ayah datang pick-up bersama mama, along dan anak-anak, terus kami gerak ke I-City. Err.. singgah rumah Idah dulu, solat Maghrib then dinner Pizza Hut .. almaklumla ade dua orang tu baru dapat gaji .. ahaks ! Ingatkan order banyak .. macam tak habis .. rupenye licinnnn .. hehe .. by the way .. to abang, tengokla gambar kami kat sana tadi.. Mus'ab tak turun tadi sebab hujan + die dah tertidur sebelum sampai I-City .. so, tunggu dalam kereta dengan atok, opah ..............

 I'm so much in LOVE with this guy ...
 Danial dan Muadz
 Happy sungguh Danial ni dapat tengok lampu ..
 Danial dan mama
 Danial dan mama lagi ...
 Ni Muadz lepas kena paksa bergambar ..
 Aksi dua beradik ...
 Jurassic Park !
 Ni ape plak ye ?
Awek cun ... ;p

Nov 21, 2010

Buat tatapan ayah.

Entry kali ni khas buat tatapan ayah yang rindukan anak-anak tersayang. Abang, ni la kisah anak-anak abang sepanjang ketiadaan abang ... semoga terhibur dan terubat rindu abang pada anak-anak !

 Birthday boy tgh tak sempat sempat nak potong 'keyett' ...

 Adik, ibu geram la tengok lidah adik tu ...

 Sedia, 1, 2, 3 .. potong .. !!

 Menu pagi raya : Jelly Kelapa RM1.00 satu cup

 'Keyett' birthday Muadz, Mus'ab dan Mak Lang.

 Macam kat Arafah tak ??

 Mus'ab ambil diam-diam balance potongan carrot dan beruasaha keras gigit batag carrot tu ..

 Baju raya Muadz pemberian Pak Ngah dari Mekah.

 Baju raya Mus'ab pemberian Pak Ngah dari Mekah.

Abang baik hati ... bawak adik jalan-jalan.
 Mus'ab tertidur sambil makan roti coklat Gardenia tu .. 

Sampai sini dulu ye .. wassalam






Nov 17, 2010

Pengubat rindu

Alhamdulillah walaupun berjauhan masih dapat menatap wajah insan tersayang nun jauh di sana.. ewah. These are few pics sent by my really really really missed loving hubby. Thanx dear ! Adik n abang mesti sukeee .. ibu pun suke .. hikhikss ..


Take care, dear !

Nov 13, 2010

Happy Birthday Sayangku

BUAT INSAN-INSAN TERSAYANG DALAM HIDUPKU ... 

Suami tercinta ... Mohd Fakhri b Mat Saad  (4th Nov)

Puteraku yang pertama ... Muhammad Muadz b Mohd Fakhri (7th Nov)

Puteraku yang kedua ... Muhammad Mus'ab b Mohd Fakhri (20th Nov)

********************

Impian ibu tahun ini untuk mengadakan sebuah majlis kesyukuran buat kalian bertiga terpaksa ditangguhkan lagi memandangkan pelbagai perkara perlu diselesaikan. Kebetulan pula, suami tercinta dikejauhan dan kesibukan ibu mengemas untuk berpindah menyebabkan ibu terpaksa menyimpan dulu angan-angan mengadakan majlis hari jadi buat anak-anak dan suami tersayang. Insyallah, ibu doakan tahun depan kalau ada kelapangan dan umur panjang, dapatlah ibu buat majlis special buat suami dan anak-anak ibu ..

********************

Doa ibu semoga kehidupan kita di tempat baru nanti lebih bermakna dan lebih bahagia daripada sekarang. Ibu harap ibu dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu dengan lebih sempurna di sana. Ibu yakin, dengan pertolongan Allah SWT, ibu mampu melakukan yang terbaik buat keluarga ibu di sana nanti. Insyallah.






Nov 12, 2010

Selamat Jalan Sayangku

Alhamdulillah semalam jam 9.50 pm, suamiku selamat sampai ke apartment penginapannya di Norway untuk menjalani training selama sebulan setengah di sana. Cuma aku yang masih antara percaya dan tidak, bila pertama kali berjauhan dengan suami sebegini lama, aku jadi gundah gulana. Mampu ke aku nak hadapi semua tanpa abang di sisi ? Mampu ke aku nak lalui keadaan kalau-kalau anak demam ? Bila barang dapur habis, aku yang kena pergi sendiri beli .. yang biasanya memang suami yang bertanggungjawab menyiapkan segala keperluan harian. Aduhhh, sakitnya jiwa bila berjauhan dengannya. Sehari bagai setahun lamanya.. ewah !! 

Bukan tak kuat nak menjalani kehidupan bersendirian dengan anak-anak, cuma mungkin aku ni terlalu dimanjakan. Itulah kata orang, sayang isteri tinggal-tinggalkan. Tapi , hwaaaaaaaaa ... "Janganla tinggalkan yang lama-lama, bang .... rindu bangat nih... " 

Kalau lah tiket kapal terbang ke Norway tu seribu dua, dah lama aku ikut terbang skali. Aduhhh bila dikira-kira plus minus RM10k .. mane lah aku nak korek duit .. lagi pulak skrng ni tgh winter .. nak kena belikan pulak baju sejuk anak-anak lagi .. aaahh lupekanlah hajat nak ikut abang ke sana. 

Takpelah bang, yang sabar je menanti kepulangan abang di sini. Moga-moga bila abang pulang nanti barulah rasa rindu yang dah lama hilang kembali semula dan harapannya dari situ bermula satu kebahagiaan  baru yang telah lama kita abaikan. Kata orang, bila ada depan mata buat 'deekkk' je .. aa bila takda baru padan muka .. adoyaiii .. kena kat diri sendiri la nih .. 

'Abang ............ balik la cepat ... !!! " 

Oct 11, 2010

Nape takde gambar raya ?

Nape nape nape ??? Whaaa sedihnye .. tahun kedua takde gambar raya .. tak sempat nak ambik gambar raya .. kecoh-kecoh pagi raya sesedar dah tengah hari, anak-anak dah bising nak tukar baju .. biaselah baju melayu kan panas. Macam best plak tgk blog kengkawan bergambar raya dengan anak-anak .. wahai anak-anakku, kenapalah kamu ikut ayahmu yang sangat tak suka ambik gambar .. nangis nih ..

"Wahai suamiku, tolonglah support minatku yang suka simpan kenangan dalam gambar .. hwaaaa" 

Oct 10, 2010

Menu di Haji Tapah minggu nih


Thosai 2  RM2.40
Roti banjir 1 RM0.80
Nescafe ais 2 RM3.20
Teh o limau suam RM1.20

Total RM7.80

Muadz makan thosai sekeping abeh ke die sorang tu ?? huhu .. tu maknenya berselindung di sebalik menu .. ahaks ! 

THOSAI

Bahan-bahan:
3 3/4 cawan Beras
1 1/4 cawan mumbung Kacang Hitam/Urundhu
1 sudu besar rata Halba
1 sudu besar Nasi Sejuk
garam secukup rasa

Cara-cara:
Bilas beras hingga bersih. Masukkan ke dalam bekas bersama air untuk rendaman.
Longgokkan halba di tengah-tengah beras [jangan dikacau] dan rendam semalaman.
Bilas kacang hitam hingga bersih dan direndam semalaman.
[Anggaran masa rendaman – 12 jam]
Toskan kedua-dua bahan secara berasingan.
Kisar kacang dengan sedikit air hingga betul-betul halus.
Beras dikisar bersama nasi sejuk sehingga halus.
Campurkan kedua-dua bahan kisar tadi bersama sedikit garam dan gaulkan satu arah dengan tangan hingga sebati.
Masukkan ke dalam periuk/bekas stainless steel yg bertutup rapat dan peram semalaman.
Masak thosai seumpama membuat dadar/ketayap

Nota:
Jika bancuhan terlalu pekat, cairkan sedikit dengan menggunakan air sejuk.
Bancuhan thosai mentah ini mampu bertahan selama 2-3 hari jika disimpan di dalam peti sejuk

CHUTNI KELAPA MANIS

Bahan-bahan:
Sedikit Halba campur
Bawang merah – dimayang halus
Cili kering – dipotong pendek-pendek
Sedikit daun kari

Dikisar halus:
1 biji Kelapa Parut [putih sahaja]
3 biji Cili Kering
3 biji Cili Padi

sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumiskan halba campur, bawang, cili kering dan daun kari hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar dan kacau di atas api sederhana panas. Biar sebati dan jangan sampai pecah minyak.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Moga-moga cubaan membuat thosai sendiri berjaya .. boleh kurangkan budget Haji Tapah every week tuuuuuu ...

Oct 6, 2010

Jangan biasakan anak nyusu malam-malam....

 Sumber : http://www.bellaonline.com/articles/art20220.asp

"But what about books like The Baby Whisperer who warn that if you allow your baby to fall asleep nursing, they'll never be able to fall asleep on their own without nursing? What do we say to friends and family that say the same?

The first thing I would say is "Never… really?" I nursed my first to sleep for 18 months, and am still nursing my 22 month old to sleep. My first has gone to bed every night since and I'm pretty confident I won't need to pull up a sidecar mattress in my second's college dorm to get her to bed at night. It's simply a ridiculous notion. I take serious issue with those who deny babies what they need now because of concerns over what we want them to do later. The simple fact is that what babies need now isn't what they'll need later. 

Young babies need their mothers (or fathers or caregivers) beside them. If we want our elementary school-aged children to develop independence, the best way we can encourage that is to show them that they can count on us to meet their needs and give them the confidence that they can strike out on their own and know that we are there for them. We show them that by meeting their needs, not holding them at arms length, when we know, both scientifically and instinctively that in our arms and at the breast is where they need to be."

Tertarik dengan pendapat di atas membuatkan aku rasa nak menulis sementara anak2 masih tidur. Memang ramai yang kate jangan biasakan nyusu anak malam-malam nanti die tak pandai tidur sendiri.. Ermm betul ke ?

Yang selalu doktor kata ...Baby kena susu setiap 1 - 2 jam and its true becoz my baby wake up every an hour for milk. Kadang-kadang mereka yang suka bercakap mengikut logik sehingga melanggar fitrah manusia ni mungkin tak berfikir akan fitrah kasih sayang yang Allah swt kurniakan antara ibu dan anak. Memang diakui susah, letih, sakit, tak selesa dan semua yang kurang best tapi bak kata suamiku, itulah pengorbanan seorang ibu. Rasanya orang laki tak mampu buat camtu kalau Allah swt suruh pun.

Mengikut kajian, kanak-kanak yang dibelai dan dimanja sejak kecil akan lebih independent berbanding kanak-kanak yang dibiar independent sejak kecil. Orang kata, "ko ni manjekan sangat anak tu, sekali sekala kena biarkan aje, nanti sendiri susah .. " ermm betul ke pendapat ni ?? Tepuk dada, tanya selera .. ikut la mane yang nak ikut .. 

Yang penting, baby dilahirkan bukan untuk didera jiwa dan perasaan mereka supaya kita senang di kemudian hari.. Baby dilahirkan untuk merasai kasih sayang seorang ibu...

"Walaupun kadang-kadang memang hilang sabar dalam mendidik anak.. tapi tulah pengorbanan seorang ibu "

Oct 4, 2010

Open House

Tinggal lagi seminggu je nak abis bulan Syawal. Selesai bulan Syawal, kuranglah jemputan rumah ke rumah ni kan.. Kan best kalau sepanjang tahun ade program camni, boleh merapatkan silaturrahim. Alhamdulillah tahun ni buat pertama kali nye aku dan suami dapat invite jiran-jiran bertandang ke teratak burok kami di Bukit Mahkota nih. Cita-cita dah lama nak ajak tapi selalunya sibuk dan seringkali tahap semak yang mengalahkan tongkang pecah telah menggagalkan rancangan kami. Alhamdulillah, seronok betul dapat kenal jiran-jiran tetangga. Baik-baik jiran area rumah kami ni. Pendek kata memang bersyukur sangat lah dapat duduk di area sini. Insyallah lepas ni boleh la selalu buat aktiviti bersama. Rupanya masing-masing segan nak bertegur sapa. Bila dah jumpa baru la tau macam-macam citer..

Buat teman-teman dan saudara-mara yang belum sempat bertandang ke teratak burok kami ni, jemputla datang. Janganla tunggu Open House sebab rumah kami sentiasa terbuka buat semua teman-teman dan saudara-mara. Takyah tunggu raya baru nak datang. Kalau ke Nilai 3 tu, dialu-alukan sangatlah singgah sini. Insyallah kami boleh jadi 'Tourist Guide' ke sana. Mintak maaf bebanyak sebab tahun ni tak buat Open House lagi sebabnya :-

1) Tak mampu nak masak banyak-banyak sekali gus.. Order katering ?? ermm belum mampu kot .. ;p

2) Kalau ajak semua serentak takut tak terlayan. So, kena invite group by group baru boleh borak panjang kot...

3) Disebabkan aku sentiasa di rumah, jadi rumah ni sentiasa diopen untuk semua. Bila nak datang just 'text' me .. insyallah kalau ade rezeki adelah juadah disediakan untuk tetamu yang datang .. tinggal lagi sedap ngan tak sedap je la..

Kepada kawan-kawan Sato yang diingati selalu .. bila korang nak mai rumah aku nih .. habaq mai la .. walau jauh beribu batu , kalian tetap dihatiku..And kepada invitation Open House yang tak dapat kami attend, minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Teringin sangat nak join kawan-kawan dan sanak saudara semua tapi kami terpaksa adjust jadual perjalanan. Kalau satu utara satu selatan ..yang mana sempat kami join, yang mana tak sempat, insyallah bila kami ke sana kami singgah .. Masa tu tanti akyah prepare ape ape pun .. air kosong je pon ok ..

Sekian dulu kisah open house 2010. Semoga kita bertemu lagi di Syawal 2011 dan harapannya hidup ini lebih barakah disamping insan tersayang. Wassalam.

Sep 8, 2010

Salam Aidilfitri

Baper banyak la reader blog aku ni kan .. saje tanak bubuh statistic sebab tau memang sikit punye.. walau ape pun aku tetap akan terus menulis sebabnya blog ni lah yang aku simpan since 2006 ni banyak menyimpan kenangan pahit manis aku selama ni.

Anyway, raya ni alhamdulillah akhirnya buat pertama kali aku, suami dan anak-anak dapat beraya di rumah sendiri ... tahun lepas memang dah duduk sini tapi balik Kulim. So, alhamdulillah disebabkan tahun ni giliran raya di kampung aku .. which means di Bangi, jadi pagi-pagi raya nanti baru la balik kampung halamanku di Bandar Baru Bangi .. hehe kampung ke ?

Teruja betul nak sambut raya tahun ni walaupun persiapannya ala kadar .. tapi suasana menyambut raya di rumah sendiri ni sangat mengujakan .. actually belum siap kemas lagi pun nih .. malam ni aku dan suami akan bertungkus lumus mengemas .. bukan ape, siang memang confirm takleh kemas .. sebabnya kecoh dengan anak-anak lagi ..

ALAMAKKKK ... jage la plak si kecik nih .. daaa .. sambung nanti ..

Aug 27, 2010

Kenapa suri rumah ?

Sejak kebelakangan ni banyak pulak persoalan tentang apa kelebihan dan keburukan menjadi suri rumahtangga. Sebagai suri rumah sepenuh masa, aku rasa terpanggil untuk menyatakan beberapa pendapat yang aku sendiri lalui semenjak 2 tahun menjadi suri rumah nih.

Faktor terpenting yang mendorong aku membuat keputusan menamatkan zaman jurutera adalah kerana ANAK. Ye, kerana anak. Masa membuat keputusan tersebut, memang sukar. Tapi aku terpaksa memandangkan kami suami isteri memang nekad tidak akan menghantar anak ke nursery mahupun mengambil 'maid'. Jadi, memang takde pilihan.

Masa keputusan dibuat, memang kecewa, sedih, memberontak dan segala macam perasaan bercampur baur hanya Allah yang tahu. Demi anak dan keluarga, aku redha. Mungkin ada hikmah disebalik keputusan ini.

Dan, hasilnya ....

Apa yang dapat aku ucapkan, ALHAMDULILLAH ... aku rasa keputusan aku tepat, insyallah. Biarlah apa orang nak kata asalkan :-

  1. Aku dapat melihat sendiri anak-anak membesar depan mata dan aku dapat pastikan apa yang dimakan minum setiap hari dan setiap masa. Aku boleh jaga jadual makan dan minumnya dan aku dapat pastikan khasiat yang seimbang dalam pemakanan sehariannya termasuk meal utama dan snack. 
  2. Aku dapat bagi susu badan sepenuhnya pada anak kedua aku yang sekarang dah masuk 9 bulan. Alhamdulillah. Disamping aku dapat lihat prestasi kesihatannya yang sangat memberansangkan, aku dan suami dapat jimat, tak payah nak beli susu tepung. Lagipun aku perhatikan,perkembangan si adik sangat baik, dia sangat aktif dan sihat. Setakat ni, seingat aku baru sekali atau 2 kali si adik kena demam panas dan sihat semula lepas dua hari. Kalau kena selsema pun camtu, paling lama 3 hari je lepas tu baik sendiri. Jimat kos perubatan juga.
  3. Aku dapat menguruskan pakaian anak-anak dan suami yang memang aku rase kalau aku kerja, possibility untuk aku basuh kain at least 2 hari sekali pun belum tentu mampu. 
  4. Aku dapat menyiapkan lunch dan dinner untuk keluarga dengan air tanganku sendiri walaupun kekadang sian kat suami sebab makan lauk tah ape ape. Tapi, alhamdulillah suami kate skill memasak aku semakin meningkat. Satu pujian yang boleh buat aku tak tidur malam..hehe
  5. Aku dapat buat ape yang aku suka dan terpendam sejak sekian lama disebabkan komitmen kerja yang mengkehendakkan aku di opis pagi sampai ke petang. Contohnya, belajar programming, designing, menjahit dan yang paling penting memenuhkan dada dengan segala macam ilmu pengetahuan especially mengenai keagamaan, kekeluargaan dan pendidikan anak-anak melalui pembacaan dari pelbagai sumber.
  6. Dan banyak banyak banyak lagi..
Cumanya, aku akui memang ada ketidakbest nya jadi suri rumah ini seperti :-
  1. Bosan bila takda kawan nak ajak berbual. Biasanya sembang dengan anak-anak je la.. Ntah diorang faham ke tak pun tatau. Tunggu suami balik, baru la ade teman nak sembang. Nak duduk depan PC chatting ??? Aduhaiii memang tak sempatnye. Jarang sangat la dapat buka PC disiang hari.
  2. Tak boleh la nak shopping sakan sebab sumber pendapatan terbatas. Nasib baikla aku ni bukan kaki shopping dan tak kisah baju baru ke tudung baru ke. Sebab tu la kasut Scholl yang rasenye raya 2 tahun lepas masih aku pakai. Itulah kasut jalan, itulah kasut jemur kain, itulah segala-segalanya. Bak kate orang, alah membeli menang memakai.. hehe
Rasenye tu je kot. Tapi semua rasa tak best tu boleh diatasi dengan rasa redha dan syukur. Cuma aku ni kekadang tu memang la rase stress. Sebabnya, aku pun manusia biasa. Tapi lepas kena  basuh dengan suami, biasanya ok balik. Alhamdulillah.

Tapi aku yakin, ramai ibu-ibu di luar sana yang bukan tak mahu jadi suri rumah tapi mungkin ada banyak faktor yang terpaksa difikirkan membuatkan keputusan untuk berhenti tu terpaksa dihold dulu, kan? Contohnya, keputusan tidak direstui parents ataupun bebanan hutang yang ditanggung dan sebagainya.

Terpulang pada individu dan pendapat masing-masing. Tapi aku tetap salute pada ibu-ibu bekerja yang masih dapat menguruskan keluarga dengan baik sebab aku rasa kalau aku bekerja, confirm rumah tangga aku tunggang langgang. Akhirnya, duit ke mana, suami ke mana, anak-anak ke mana....

Terima kasih juga pada suami yang redha dan sanggup pulun kerja untuk mencari sesuap nasi buat kami anak-beranak. Dari Nilai, setiap hari dengan Modenas100 tu je la suami ke office di area KLCC sejauh 40km yang mengambil masa lebih kurang sejam untuk menunaikan tanggungjawab sebagai suami dan ayah dalam keluarga kami. Terima kasih sayang.

Sekian dulu untuk hari ini. Salam sayang daru Ummu Muhammad.
P/S : Happy Birthday BAPAK yang lebih dikenali dengan nama Cikgu Ali. Heheh .. Semoga  Allah merahmati hidupmu dan semoga bapak bahagia dan terus bahagia bersama mak, anak-anak dan cucu-cucu bapak yang sentiasa menyayangi bapak sepenuh hati.

Aug 14, 2010

Muadz semakin matang

Lama betul tak edit blog ni. Tak sempat langsung nak bukak pc, sibuk dengan anak anak ... Muadz semakin petah bersembang sampaikan kadang-kadang buat aku gelak besar.. Ni kisah sebelum tidur tghari tadi... sengaja aku tanya soalan ni pada dia dan jawapan dia memang memeranjatkan aku dan membuatkan aku ketawa terbahak-bahak tadi .. 

Ibu : Muadz, Muadz sayang ibu tak ?
Muadz : Sayang.
Ibu : Sayang sampai bila ?
Muadz : Ermm, sampai pukul lima ... 

Haaaaa .. ape kejadahnya pukul 5 peginye .. maklumlah orang baru belajar nombor .. aduyaiii anak ibu .. geli hati aku nengok keletah Muadz nih ..

Sebagai abang, Muadz sangat pandai melayan Mus'ab. Tapi kekadang caranya je tak berapa nak betul. Jenuh jugaklah nasihat tapi alhamdulillah sekarang ni dah banyak jugak nasihat yang masuk ke dalam mindanya .. 

Sekarang ni kalau nak naik atas dia mesti pesan kat ibu dulu .. 

"Ibu, Muadz naik kejap je tau. Nanti Muadz turun balik, teman ibu"

"Ibu tak takutkan ? Takpe, Muadz ade"

Anak ibu... anak ibu ... 
Disebabkan ibu selalu sangat marah dia, bila sekali sekala ibu tak marah, Muadz naik pelik ... 

"Ibu...ibu tak marah Muadz ke ?"

Sayu pulak hati ibu ni bila si anak tanya macam tu .. kekadang sambil main-main tiba tiba Muadz datang kat ibu ... 

"Ibu, Muadz minta maaf" ... "Kenapa minta maaf?" ..."Saje, minta maaf ye......" 

Hwaaaa... sucinya hati sikecilku ini...


Sayang ibu

Jalan-jalan Putrajaya...adik Mus'ab lupa pakai kasut..hwaaa
 

Jul 15, 2010

Kidz Game

Tiba-tiba terdapat idea nak main game dengan Muadz. Tak sangka pulak dia sangat suka main game nih. Senang je ..

1. Copy gambar-gambar comel dari internet. Aku search gambar characters dalam Play House Disney yang Muadz minat .. sape lagi kalau bukan Handy Manny, Agent Oso, Animal Mechanical dan few more ..  Cari dalam 8 gambar yang cute-miut ..

2. Print atas kertas tebal ( setiap gambar mesti ada 2 ) then potong jadikan kad-kad kecik.

3. SIAP !!

Cara main :

1. Tutup semua kad.

2. Suruh anak buka 2 kad.

3. Kalau SAMA, biar kad tu terbuka.

4. Kalau TAK SAMA, tutup balik kad dan ulang lagi cari sehingga dapat kad yang sama.

* Mula dengan 2 pasang kad dulu dan tambah lagi sampai dia expert. Seriously, anak-anak sangat enjoy main game ni. In stead of diorang main game ni kat PC, baik main sama dengan ibu ayah ..

Kebaikan game ni :

1. Meningkatkan daya ingatan anak.

2. Mengeratkan silaturahim ibu dan anak.

CUBALAH !!

Jul 13, 2010

Majalah Pa&Ma

Setiap bulan memang aku ternanti-nanti posmen menghantar majalah kesayanganku.. ape lagi kalau bukan Majalah Pa&Ma. Dulu memang setiap awal bulan aku sibuk pegi kedai buku nak beli Pa&Ma tetapi biasanya memang hampa. Sebab biasanya majalah ni bertahan paling lama pun 3 ke 4 hari. Lewat sikit confirm HABISSS !! Jadi aku mintak kebenaran hubby untuk langgan dan alhamdulillah setiap bulan memang tak terlepas lagi. Dah ada almari koleksi Majalah Pa&Ma kat rumah nih ..


Bulan ni menarik sikit citernye. Memandangkan kesibukan yang teramat sangat, majalah yang dah sampai ke meja ofis (ofis dalam rumah le ni .. ) lebih 2 minggu, tak aku sentuh langsung. Cadangnya bila free nak bace la .. tapi sampai ke sudah tak berkesempatan lagi nak baca .. ( sampai arini baru baca 30% je rasenye .. )

On d way ke Bukit Merah Lake Town Resort awal bulan 7 lepas, aku bawa skali la majalah nih. Dalam kereta, aku pun selak punya selak punya selak .. ( Biasanya memang aku selak habis dulu baru baca ... )

" Aikkkk, Muaaaaaaadddzzzz .... Abang, ade gambar Muadzzzz niiiii ... "


Aku tersangatlah excited bile gambar Muadz ade dalam ruangan 'MANDI MANDA'. Alahai anak ibu, kenapa lah ibu tak selak majalah ni lagi awal .. Rasenye ade la dalam 2 ke 3 bulan lepas aku hantar gambar nih .. Memang sengaja aku cuci lebih gambar Muadz ni, ade yang nak bagi pada Opah dan Maktoknya. Yang balance tu saja 'cuba jaya' hantar ke Majalah Pa&Ma ni, mane lah tahu ada rezeki anak ibu nak masuk majalah...

Alhamdulillah, masuk jugak .. yang bestnye, gambar Muadz paling besar .. ade dapat 'IKAN' lagi .. ( yang bertanda 'IKAN' dapat hadiah .. aku pun tak sure hadiah ni kena call diorang balik atau die memang hantar .. tak sempat nak call Karangkraf lagi ..

Jadilah kan, satu pengalaman indah anak ibu yang ibu dapat abadikan untuk dia .. Nanti dah besar boleh tgk balik ..Rase nak frame besar besar plak letak kat rumah .. hahaha ibu pulak yang excited terlebih .. !!

Jul 9, 2010

Pics of Us

Lame betul tak menulis. Sibuk sangat dengan karenah anak-anak. Kekadang sampai tak sempat makan minum sedar-sedar dah malam. Aduih, agaknya sebab tu la ramai kaum wanita yang suka bekerja dari jaga anak-anak di rumah. Letihnya 24 jam. Siang malam tak tidur. Semoga Allah SWT memberi barakah dalam keluargaku ini. 

These are few pics of us dalam tempoh lebih kurang sebulan aku tak update blog nih .. 
Sharing is caring .. :) ...nak sharing ngan sape tah .. ahaks !

 Upacara Pijak Tanah Muhammad Mus'ab
26 / 06 2010
Camne bleh tersame ni ibu ?
Ibu dengan Mus'ab di Sekinchan Ikan Bakar ...
yummy memang best !
Ni lah die restorannya, lokasinya di Setiawangsa.
Jauh dan MAHAL bangat tapi puas ati.
Amboi senyum melebarnye anak ibu ni...
 Nak senyum ke tak tu sayang ?

Oklah nanti baru citer ... baby dah nguit nguit tu tanda nak 'ngempeng' .. huhu .. nite !


May 22, 2010

ANPANMAN

Sebenarnya nak ambil gambar ANPANMAN kat belakang tu tapi .....

" Jusco IOI, Puchong 15-05-2010 "


My Kidz Play Room :p

Alhamdulillah, impian ibu untuk menyiapkan sebuah 'PLAY ROOM' untuk Muadz dan Mus'ab tercapai jugak. Inilah hasilnya ..

Ni lah keadaan Play Room masa KEMAS ...

Simple je, takdela hebat mana pun tapi alhamdulillah ibu berpuas hati dan lega bila impian ibu tercapai jugak sebelum bilik ni jadi stor atau sekadar tempat longgokan kotak-kotak toys. Sebelum ni bilik yang dah dicat biru seawal sebelum pindah ni jadi tempat longgokan baju-baju tak sempat lipat. Tapi ibu tekad, masuk bulan Mei, playroom anak-anak ibu mesti SIAP !! Alhamdulillah .. selesai satu kerja .. 

Semua orang bagi nih !! ELMO tu je ayah belikan untuk Muadz

Bukan ape .. memang betul-betul senang bila ruang bermain untuk anak-anak kita sediakan sebaik mungkin .. Hasilnya, rumah dah tak bersepah sebab Muadz dah faham dia hanya boleh sepahkan Play Room ni dan lepas main kena kemas balik .. Memang Muadz follow .. dan setiap kali dia rasa nak bawak keluar satu toy, dia akan minta kebenaran ibu ...

" Ibu ... Muadz bawak keluar ... SATUUUU je ye .. "

Kadang-kadang ibu bagi, kadang-kadang ibu tak bagi .. Tapi bila ibu bagi, ibu akan pastikan mainan tu mesti diletakkan semula dalam Play Room balik .. Kotak-kotak dalam tu pun dah dibahagi ikut jenis-jenis mainan .. Ada kotak kenderaan, ada kotak soft toy ( teddy bear yang Muadz panggil 'bebet' ), ada kotak ABC and few more .. 

Target ibu lepas ni nak letak few picture frames dan pelekat ABC .. Alhamdulillah at this moment Muadz dah kenal few ABC and colours .. tu pun kena tanya everyday sampai dia dapat .. tapi macam tak percaya tiba-tiba dia dah kenal .. ibu memang suka tanya muadz dan awal-awal memang jawapan muadz tunggang langgang .. tapi lately banyak jawapan dia yang betul .. kalau tanya 5 colours, insyallah 4 betul ... 

Seronoknye dapat tengok anak membesar depan mata .. Bersyukur sangat sebab hubby faham dan bagi kebenaran untuk aku bersama anak-anak 24/7 .. 

Thanks abang, insyallah saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk anak-anak kita  !!!

May 12, 2010

Salah ke kalau ibu marah ??

"Jadual tidur anak-anak ibu dah fix ... antara 9-10 malam adalah waktu kritikal untuk ibu menguruskan anak-anak ibu masuk bilik ... nak salin lampin, salin baju, urut-urut dan sebagainya adalah antara proses  yang dijalankan untuk menidurkan muadz dan mus'ab yang memakan masa at least sejam .. salah ke kalau ibu dah fixkan jadual tidur anak-anak ibu ???"

Bukan ape, memang jadual dalam rumah ni, aku dah fix mengikut peraturan-peraturan yang sepatutnya. Contohnya, mandi pagi antara 8-8.30am, tidur tghari 12-2pm ( untuk muadz ), mandi petang antara 5-5.30 pm, makan malam sebelum maghrib ( pukul 7pm, muadz makan pukul 6pm ),dan bersiap-siap untuk tidur pukul 8.30pm. Jadual makan muadz aku dah tetapkan setiap hari mesti ada hidangan karbohidrat, protien,  buah-buahan ( as desert ! ) ... dan segala khasiat yang diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar.

Inilah jadual dan peraturan yang aku dah praktikkan buat anak-anak since diorang baby lagi ... setiap hari menjalani rutin yang sama .. dan diorang pun dah biasa dengan jadual yang aku tetapkan dan secara automatiknya diorang akan mengantuk / meragam pada waktu-waktu tersebut untuk ditidur atau dimandikan .. alhamdulillah tiada masalah !

Yang menjadi masalah bila ada yang cuba nak ubah jadual dan peraturan anak anak aku tu ... itu sebab aku marah ... kecewa bila usaha aku mendidik anak dipandang remeh dan diperkotak katikkan sedangkan semua yang aku buat bukan sekadar buat tanpa ilmu .. semua telah aku studi melalui pelbagai sumber bacaan sejak diorang dalam rahim lagi .. semua dah aku hitung apa yang patut apa yang tak patut .. kenapa pula tanggungjawab aku sebagai ibu kepada anak-anak aku diketepikan ???

Apa salah aku ??

Salah ke kalau aku marah ???

-Titik-

May 8, 2010

Bila burung terlepas sangkar

Inilah ungkapan yang paling sesuai sekali buat aku petang tadi .. Kenape ?? Sebab berjaya meloloskan diri 3 to 9 pm .. 1st pegi celcom kajang, nak tukar plan .. sekarang pakai power tools which is too expensive for me ..monthly payment almost rm70 .. hakikatnya handphone tu banyak call mak je .. yang jadi mahal sebab basic fee RM50 .. so tambah tolak jadilah banyak tu .. so decided nak jadi suppliment under mak je .. jadinye aku call mak free and basic fee is RM20.. boleh la kurang sikit .. tapi malangnye `brother slow` yang jaga counter customer service tu punyela lambat menguruskannya .. penat menunggu, aleh aleh dia kate takleh buat tanpa surat kebenaran dari mak .. hangiiinnnnnnye ..

Pada pandangan aku, servis kat mesia ni sangat direct sound customer and definitely tak pandai jaga hati customer .. agaknye diorang yang duduk meja customer service ni tak diberi training kot .. main amik  sesape je ..eiii geram betul .. dengan bahasa kurang `tuuuttt`, kalau ikut hati dan nafsu, memang nak penampar je ..

Lepas tu kami pun memulakan misi menjejak hadiah sempena hari ibu .. sambil mengusha barang, aku sempat mencapai ;

1. Marroon shirt for abang - RM39.00
2. Ball point PARKER  -RM45.00 ( Birthday along)
3. Female Timber handbag - RM77.00 (For me ...heheh)
4. Ball point ZEBRA 2pcs - RM20.00


Bukan selalu shopping .. Muadz aku tinggalkan dengan mak, aku jalan dengan idah, makngah bersama 2 hero iaitu Muas`ab dan Fahim. Ke mana ?? Mana lagi kalau bukan Alamanda, Putrajaya... Sempat asar dan maghrib di sana .. punye la lama .. rasenye baby Mus`ab sampai lemau duduk dalam carrier ..

Eh, tetiba ngantuk pulak .. kaylah nanti sambung .. wassalam

May 6, 2010


Actually 'Kete Tapi Thoma' (sebutan keretapi Thomas pada Muadz) ni dapat masa birthday Muadz yang kedua, bulan 11 tahun lepas daripada Tokcik. Kebetulan birthday Muadz dekat dengan abirthday anak Tokcik, Alif Zakuan .. Thanks Tokcik .. 

Kesian Muadz, setelah almost setengah tahun baru dapat bukak toy nih .. pernah bukak skali dah toy nih  tapi disebabkan terlalu complicated, ayah simpan balik sebab tak sempat nak melayan Muadz belek toy nih .. Akhirnye malam tadi tercapai jugak impian Muadz nak main 'Kete Tapi Thoma' nih .. 

Kagum betul ibu tgk teknologi pada train nih .. mechanical engineeringnya sangat perfect .. quite complicated, terang kat sini pun susah nak faham kot, tapi mmg hebat lah pencipta toy nih .. 

Tapi biaselah, dapat kat Muadz, tak sampai sejam dah terbarai semua .. alahai anak ibu ...

May 4, 2010


 
Muhammad Muadz
Muhammad Mus'ab
Abang dan adik .. same tak ??

Kalau nak tau .. ni la dua hero ibu yang sering digembar gemburkan nih .. si abang manjenye la sangat .. tak boleh tidur kalau takde ibu .. dapat bau ibu dari jauh pun jadik la .. yang adik pun same, susah nak share ibu .. kalau time adik .. adik je la .. abang nak dekat pun marah .. 

Malam tadi adik mengamuk .. ntah kenapa .. pukul 11 masih tanak tidur .. agaknye sebab ibu bijak sangat bagi die rase oren sunkist .. ape tidaknye, petang tu ibu makan dengan abang, sibuk pulak si adik nak merasa .. tak banyak pun ibu bagi, sejeretttt je .. yang bestnye lepas makan oren, tiga-tiga kami memerutttt .. ape lagi kena ikut giliran la .. memula ibu, lepas tu ibu setel adik plak .. dah setel adik baru la ibu setelkan abang pulak .. alahai sian anak ibu .. 

May 3, 2010

Alhamdulillah Allah beri sedikit ruang untuk aku menulis lagi dalam blog yang aku simpan segala kenangan hidup sejak 2004 .. dah 6 tahun tu .. kalau diari, kire tebal jugak tu .. walaupun takde follower, yang penting segala kisah hidupku tercatit dalam blog tersayang ni .. Sejak anak dara sampai dah anak dua nih .. Manalah tau ada rezeki nak menulis sampai bercucu ker .. whupppss .. sempat ke tu ??

Muadz dah 2 tahun 5 bulan dan Mus'ab 5 bulan .. senang je nak ingat sebab dua-dua lahir bulan sama .. ayah dia pun bulan 11 jugak .. pandai ayah budget time ek .. ahaks ! senang kat ibu jugak .. nak buat birthday party .. Insyallah tahun ni dah angan angan nak buat birthday party untuk hero kesayanganku 3 orang tu .. Muhammad Muadz, Muhammad Mus'ab dan last but not least my loving hubby ... Mohd Fakhri  .. nak order cup cakes cumil-cumil banyak banyak .. so boleh la mulai sekrang sape yang business cup cakes tu nak promosi kat kite .. hehhehe .. 

Tak sempat rasenye nak citer panjang this time sbb tgh busy ade job nih .. insyallah from now on, dah bertekad nak menulis semula .. curi curi masa lepas all my boys dah tido .. (termasuklah ayahnye .. hehe) ... rasa rindu nak menulis .. tapi masa memang terhad dengan jadual rumahtangga yang sangat ketat .. aduihh semua hobi dan impian terpaksa di hold dulu .. sebabnya hanya satu .. BUAT KELUARGA TERSAYANG !! 

IBU SAYANG SEMUA ...

Jan 26, 2010

Perkembangan Adik & Abang

Adik dah pandai borak ! Alhamdulillah. Seronok betul tengok perkembangan adik dan abang. Adik dah pandai senyum bila ibu berbual dengan dia. Ternganga-nganga mulut nak sembang walaupun suara tak keluar. Cukup 60 hari yang lalu adik dah pandai pusing badan. Pantang letak atas bantal mesti bergolek. Tak boleh letak tepi-tepi katil dah, sangat bahaya.

Abang pulak, berbual dah macam orang tua.Geram pun ada kadang-kadang. Tapi masih senang nak mintak tolong ambilkan itu ini. Alhamdulillah senang nak ajar si abang nih. Dah pandai mengira sampai nombor 10. Asal nampak nombor kat TV atau buku, mula lah nak mengira. Setiap kali panjat tangga pun nak kira anak tangga. Tapi sampai 10 je la .. hehe

Sekarang adik n abang tengah tidur. Tadi abang tidur bawah. adik masih belum tidur. Berangan agaknya. Ntah masa bila abang  naik atas pun ibu tak perasan. Sedar-sedar abang tengah peluk adik, dedua dah terlelap... Alahai cutenye hero ibu duorang nih!!

Ibu doakan anak-anak ibu jadi anak soleh dan ringan tulang bantu ibu dah besar nanti ye, sayang!

Ayah ke Brunei pagi tadi. Rindu pulak ibu pada ayah. Tapi nak buat camne, ayah pergi pun atas urusan kerja. Sebulan sekali mesti nak kena ke sana. Tinggal la ibu dengan anak-anak ibu. Ayah cecepat balik ye.. kami rindu nih...
 








Jan 25, 2010

Holiday

Orang kata bagi family yang ada anak-anak belum sekolah, bawaklah diorang bercuti bukan musim cuti sekolah. Memandangkan kami satu family ni dah lama tak pergi bercuti, rase ceciwi la pulak nak balik kulim minggu lepas. Bukan anak-anak yang ceciwi ... mak ayah yang excited tak ingat.

Aku memang dah lama tak berkelah sejak adik bongsu dah membesar nih,bapak malas dah nak bawak pegi waterfall, wet world and so on. So, we decided to go to Bukit Merah Lake Town. Yang lagi best kami stay one night kat sana. Dengan kata lain, lebih rilek untuk mandi manda.

So, these are few pics to share! ... whupppss, kami pergi satu keluarga belah abang.. with atok, opah, maklong, abang danial and tokcik. Seronok betul walaupun penat melayan tentera-tentera atok and opah yang dua orang tu ...














Waiting for entrance. Arrived before 10am. Punyelah excited !




















Bebudak ni lagi la excited !














Takcaya tengok tu !

Pelampung hero-hero tu ibu belikan sehari sebelum bertolak, di Nilai 3. Kalau tak, sure kena pau kat sini. Bankrup ibu...hehehe... sape bijak??


Sponsor Kami